Teman-Temanku

Thursday, March 20, 2014

Ros Jepun Menguntum Lagi Di Tengah Rembang Panas Lit... Lit...

                                                           RJ Bicolor Putih dan Pink

Hi… hi…acik Reen bersiaran lagi…

Memang cheewii…bak kata orang Kedah..Yelah…asyik-asyik dengan Rose Jepun ajer sekarang nie…Ros Jepun..Ros Jepun..Nak tambah koleksi Ros Jepun…ha…ha…

Sebenarnya bukan cheewii..tapi happy bila tengok Ros Jepun yang acik Reen tanam dah start berbunga. Ros Jepun yang beli ngan Kak Rohani Kamis pun dah mula menguntum walaupun tak banyak…Iyalah..namapun baru tanam, akan ambik masa sikit untuk membesar dan berbunga. Kalau dah besar…penuhla bedding RJ tu nanti…tak sabar rasanya menuggu saat tu…

Ahad lepas…acik Reen terbeli lagi 3 pasu Ros Jepun selapis pulak kat Lee Nursery sebelah Mengkuang Damn masa gi makan bihun sup kat tepi nursery tu……dapat rembat RJ warna Pink, Oren dan RJ Bicolor campuran Pink dan Putih…Hubby pun dah tak boleh cakap apa..layan ajerla isterinya nie…

Dalam misi mencari RJ ni…en. Hubby pun dah terheret sekali…pantang nampak nursery…pasti acik Reen minta suruh singgah…nak skodeng Ros Jepun..nak tengok2 kot2 ada stok ros jepun yang acik Reen tak ader…

Pokok Ros Jepun yang Acik Reen beli ari tu dalam proses nak letak baja…lepas ni mestilah lagi bloom..bloom..meriah RJ ditepi laman.  Semasa tanam RJ ari tu pun acik Reen dah campurkan baja organik ‘tayam’ (taik ayam) so…daun RJ yang kluar pun memang menghijau…

Apapun..acik Reen sangat happy dengan bebunga RJ ari ni yang menguntum nie walaupun acik Reen cuma dapat nikmati keindahannya 2 hari jer dalam seminggu…hu..hu..

Yelah…masa kita kluar gi kerja dia tak kembang lagi…bila dah balik dia dah tutup…ha..ha…x per la…seminggu 2 hari pun dah berbaloi-baloi…nak buat camno kan….


Sekarang ni misi diteruskan dengan memburu Ros Jepun Jambul dan Ros Jepun Hibrid pulak…



RJ Berlapis Putih dan RJ Berlapis Merah Terang

RJ Bicolor Pink dan Pink

RJ Selapis Oren dan RJ Pink

Raj Bicolor Pink dan Putih

RJ Berlapis Pink Terang

RJ Selapis Oren

Wednesday, March 19, 2014

Pokok Bakawali..


                                                     Pokok Bakawali ( foto dari internet)

Ini pokok bunga bakawali…bunga yang sangat klasik…

Kalau ikut kata mak sedara acik Reen bunganya kaler putih…sebab masa kat rumah lama dia dulu pokok nie dah pernah berbunga. Benih bakawali ni pun arwah suaminya yang tanam. Bila dia pindah rumah..mak sedar acik Reen pun bawa pokok tu sekali.

Masa acik Reen ke rumah mak sedara baru-baru ni nampak pokok bakawali ni dah tumbuh banyak daun..Mintak dengan mak sedara acik Reen, dia kata ambil la..

Acik Reen ambik 2 helai daun bakawali tu untuk bawa balik untuk dibiakkan. Balik rumah potong-potong daunt u dapat le 5 keping…ambik pasu..masuk tanah..cucuk ajer daun tu dalam pasu.

Dok belek-belek juga kot-kot dah tumbuh…tapi lambat juga. Tak der pun tunas yang keluar. Tapi daunnya masih hijau…jadi maksudnya daun ni masih hidup la…

At last beberapa hari yang lepas macam ada pucuk yang mula kelihatan di hujung –hujung daun bakawali tu..…Wow…dia dah bertunaslah…..kembang kuncup-kembang kuncup hidung acik Reen gembira…lihat eksperimen berjaya lagi…

Oleh kerana ini adalah pertama-tama kali tanam bakawali…jadi tak banyak info yang acik Reen tahu…so kena google lah.. Yang tahu pun bunganya kembang tengah malam dan bungannya wangi… itu ajer…

Nak tahu juga bagaimanakah proses pertumbuhan pokok bakawali ini. Nanti kalau dah jumpa infonya acik Reen share ye…

Kat bawah ni adalah semaian pokok bakawali acik Reen....











Tuesday, March 18, 2014

Si Purple Torenia ( torenia fournieri )



Hari ni kita cerita pulak pasal pokok Torenia. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Wishbone atau pokok bunga tulang garpu. Lazimnya torenia ditanam didalam pasu, sebagai tanaman sempadan (border) boleh juga sebagai window planter.  

Dulu masa di rumah mak mertua memang ada juga acik Reen berkebun bunga…tanam juga bunga serba sedikit tapi taklah sebanyak sekarang. Ada sedikit pokok bunga ros, bunga kertas, bunga raya dan juga torenia purple yang comel nie.

Masa kat umah mak mertua memang banyak acik Reen tanam torenia purple ni. Ada juga yang berwarna pink lembut. Tapi disebabkan torenia adalah bunga semusim, jadi dia akan tumbuh, berbunga, mati dan tumbuh kembali. Begitulah kitaran hidup torenia. Anak-anak dia akan tumbuh merata dibawa angin dan juga air bila biji benihnya pecah.

Pokok torenia purple ni pun asalnya anak yang acik Reen jumpa di rumah mak mertua, ada dalam 3 pokok kot. Anak-anak pokok pun tak berapa besar lagi. So acik Reen cabut  anak pokok tu dan bawa balik tanam dalam pasu di rumah.


Bila dah besar memang berbunga agak meriah…dan acik Reen semai balik benihnya supaya pokok ini hayatnya berterusan…

Antara torenia yang ditanam di Malaysia dari beberapa jenis antaranya Torenia Deep Blue, Torenia Blue White, Torenia Cherry White, Torenia Light Pink, Torenia, White Yellow dan Torenia Suzie Wong (nama-nama ini acik Reen ambik dari blog cik Lynn Abdullah. Nak tahu info lanjut dan beli benih boleh ke blog Cik Lynn seedsandothersforsale.blogspot.com atau pun Facebook GO GREEN)

Berikut adalah cara yang acik Reen guna untuk semai pokok torenia ni ….. orang lain maybe guna cara lain :

  1. Pilih benih yang dah betul-betul masak. Warna benihnya akan bertukar dari warna hijau ke warna kuning coklat. Benih torenia sangat halus. Dalam satu kelonsong benih akan terdapat berpuluh-puluh benih di dalamnya.
  2. Masukkan tanah dalam pasu, selalunya gunakan tanah yang dicampur kompos ataupun tanah organik. Mengikut kata En. Iskandar dari blog Tanam Sendiri.com. Nota : Untuk dapatkan tanah semaian yang bagus, tanah yang ingin digunakan perlulah digaulkan dengan bahan organik, seperti bahan kompos ataupun baja organik seperti tayam (tinja ayam) sebelum 2 minggu anak pokok disemai ataupun dialihkan. Kenapa perlu dibiarkan selama 2 minggu ? Ini supaya bahan baja atau kompos dapat terurai dan sebati dengan tanah tersebut. Selepas 2 minggu tanah tersebut sudah sedia dan boleh digunakan.
  3. Siram air ke dalam pasu hingga air mengalir keluar dari lubang pasu. Gembur-gemburkankan tanah supaya sekata.
  4. Kemudian, bolehlah ambil biji benih dan taburkan ke dalam pasu. Siram sekali lagi hanya menggunakan penyembur (spray) air kerana biji benihnya sangat halus. Jika guna air paip mungkin benihnya yang kecil akan terpelanting keluar disebabkan semburan air paip sangat kuat.
  5. Dalam beberapa hari biji benih akan tumbuh. Anda akan nampak anak-anak pokok kecil akan keluar.

Sunday, March 16, 2014

Enchanted/Scented Evening Rose Dan Social Climber Rose “Mac spice”

 
Enchanted/Scented Evening Rose yang berkembang dilamanku...


Enchanted/Scented Evening Rose (Foto Cik Google)



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Selamat bersua kembali…

Sejujurnya…ini adalah kali pertama acik Reen beli pokok bunga secara online. Biji benih dan tuber memang dah kerap, tapi pokok bunga memang 1st time. Kali ni siap beli pokok ros lagi…

Pokok ros ni acik Reen beli dengan akak Rohani Bee dari Group FB Ros Rosa Rose Mawar with HoneyBee. Dalam group tu memang bercerita tentang ros ajer. Kak Rohani Bee ni memang pakar dalam pokok bunga ros. Dari penjagaan, baja dan semuanya yang berkaitan dengan ros.

Buat permulaan Reen beli Enchanted/Scented Evening Rose dan Social Climber Mac Spice Rose. Okeyla..pokok-pokok dia pun tak mahal. Yang acik Reen beli pun Cuma sepokok 35 ringgit dan 40 ringgit ajer. Kalau jenis & spesis yang cantik-cantik dan ada karekter yang tertentu, harganya mungkin lebih mahal kot.  Itu acik Reen tak tanyalah pulak. Tapi kalau mengikut list kak Rohani semua pokok ros yang dia jual dalam lingkungan 35 hingga 40 ringgit sahaja. Kira harga mampu milik la tu…

Masa dapat ari tu hanya Enchanted/Scented Evening saja yang berbunga. Ada segugus bunga yang masih lagi kudup dan sekuntum bunga telah kembang. Masa tanam sempatla acik Reen cium…wangi juga ye bunga nie.

Sekarang nie tak sabar nak menunggu bunga yang sepokok lagi tu..my Social Climber Mac Spice… kalau ikutkan bunganya memang jenis yang banyak dalam bentuk gugusan. Dan ada sedikit bau yang agak wangi seperti bau rempah. Ingat selepas nie kena minta en. Hubby buatkan rangka dawai untuk ros nie menjalar…

Misi seterusnya…adalah memburu pokok ros di Cameron Highlands
Cameron Highlands…mu tunggu aku datang weiiii…


Sampai jumpa lagi di siaran seterusnya….Wassalam.

Pokok Ros Mac Spice yang baru ditanam

                                                  Rose Mac Spice (cik google)

Saturday, March 15, 2014

Ros Jepun Dah Mula Berkembang


 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam siaran semua teman-teman. Kita bersua lagi...

Semenjak menanam ros jepun/moss rose/bunga kembang pukul sepuluh /portulaca grandiflora...
asyik mengupdate pasal ros jepun ajer..Layan ajerla...ye...

Ini foto-foto ros jepun yang tak seberapa. Kembang pun tak penuh lagi. Dalam sepasu ader le dua tiga kuntum.  Kira okey la untuk permulaan.

Tapi acik Reen happy coz pokok bunga RJ yang ditanam ari tu dan mula tumbuh dan membesar dengan sihat….Suke…suke…Lepas ni dah stabil boleh le letak baja yang dibeli dari Islinda…baja subur 3 in 1. Harap-harap boleh bloom bunga banyak-banyak…


Jomlah skodeng bunga-bunga RJ acik Reen yang dah kembang…







Friday, March 14, 2014

Cili Habanero Dah Masak


Ini cili habanero yang terbiar tu…bila dah confirm memang betul cili habanero, acik Reen pun cuba jaga sebaik mungkin. Memang dah ada banyak bunga-bunga baru yang nak keluar, jadi acik Reen tambah tanah baru masa gembur-gembur tanah ari tu. Lepas tu letak sikit baja tayam (taik ayam) dan sikit baja bunga hopefully dia akan kluar lagi banyak bunga dan berbuah.

Tengok ni…cepat sangat dia dah mula masak. Dari warna hijau sekarang dah jadi warna oren dan lagi beberapa hari akan jadi merah. Kalau nak makan tak lah kot sebab pedasnya cukup tak tahan. Pedas sungguh. Tambah pula acik Reen ni bukan tahan pedas.Tanam buat suka-suka ajerla…sebab bentuk buahnya sangat comel.


Lagi pun dah ada kawan yang nak benihnya…so acik Reen biar masak dahulu. Lepas ni boleh ambik benih dan share dengan kawan-kawan lain pulak. Sama-sama menghijaukan bumi….


Thursday, March 13, 2014

Bedding Ros Jepun



Ros Jepun yang dibeli dari kak Rohani hari tu dah siap transfer ke pasu. Dah mula membesar dengan sihat bagaikan sang juara. Daun-daun baru tumbuh kehijauan. Memang pokok ini cepat membesar.

Misi seterusnya bermula..acik Reen nak buat bedding RJ kat tepi pintu pagar utama masuk ke rumah..apa yang perlu cuma batu bata dan tanah ajer untuk tanam RJ…memang plan pun nak buat bedding yang simple-simple ajer. Sebagai permulaanlah katakan. Kita mula dengan yang simple dulu lepas tu nak touch up boleh le pelan-pelan.

Ingat nak mula tengahari tu lepas semai semua RJ dalam pasu… tapi tak tahan lah…cuaca panas betul kat Lunas nie…suhu dah mencecah 37°C….mau terbakar kulit acik Reen. Dah ler tak berapa nak cerah sangat…kalau berjemur lagi, makin gelaplah kulit yang tak berapa gebus ni…

Tengahari hanya sempat susun bata ajer…oooiiii panasnya. Dapat la buat bedding yang ala kadar aje..alah..bolehlah tu…esok-esok sambung lagi..Hai Mat Jenin betul la…

Hari Ahad…x sempat nak sambung banyak urusan coz nak kena ambil bantuan BRIM mother in-law. Oleh kerana dia terlantar tak boleh bangun jadi en. Hubby dan acik Reen kena wakilkan pergi ambil. Lepas siap bagi makan MIL…dalam pukul 3 lebih baru kita berdua ke Padang Awam Kulim aka Dataran Sejahtera Kulim. Nasib baik orang dah tak berapa ramai jika dibandingkan pada sesi pagi. Tak sampai 10 minit urusan mengambil duit BRIM ibu mertua selesai. Alhamdulillah..

Berbalik kepada bedding RJ yang acik Reen nak buat tu. Oleh kerana tak sempat punya pasal dan takut RJ yang disimpan mati dan tak boleh tanam lagi, acik Reen buat overtime di malam hari. Kalau orang tengok mesti gelak… tanam bunga malam-malam. Tak pernah dibuat orang…tapi nak buat macam mana. Dah darurat…malam pun malam la…Ada aku kisah. Yang penting kerja beres..
Malam tu lepas semua urusan selesai, agak-agak dalam pukul 9 malam lebih acik Reen mulakan projek RJ bedding nie. Nasib baik ada lampu jalan dan lampu porch. Cahaya agak terang la juga…tapi lawak betul tanam pokok malam-malam. Sampai en. Hubby pun cakap dah tak ada siang ker…sampai tanam pokok-pokok malam-malam. Ye la…dah sampai umah sekarang nie pun hari-hari dah malam coz ke umah MIL, so bilanya nak tanam pokok siang-siang… Acik Reen buat tak peduli dan biarkan ajer....yang penting kerja selesai. Pokok pun tak  mati…hu..hu..

Acik Reen ambik tanah nurseri tuang masuk dalam petak bedding yang dah dibuat dengan  batu bata…ambik tayam (taik ayam) gaul juga dalam tanah…campur tanah lagi…dekat 4 kampit kecil jugalah nak penuhkan bedding tu…

Dah siap ratakan tanah barulah acik Reen tanam RJ…cucuk-cucuk pokok RJ..akhirnya siap juga. Lenguh juga la dok bertinggung tanam pokok RJ di malam hari. Malam-malam punya kerja susun ajerla apa yang patut. Kalau tak ok esok-esok betulkan balik. Harap-harap RJ ni boleh hidup dengan suburnya…dan bunganya bloom-bloom…

Lepas dah siap semua, masuk pulak dok belek-belek RJ yang ditanam dalam pasu..memang pokok RJ  malam-malam akan tido.. daunnya macam tertutup gitu. Belek punya belek…nampak siput t***t tengah syok bertenggek dalam pasu. Check lagi…oooiii banyaknya yang tengah panjat nak masuk ke dalam pasu. Patutlah hari tu nampak macam pokok kena makan rupanya cik siput t***t punya kerja. Rupa-rupanya malam-malam kerja cik siput t**t inilah ye…yang memakan 2 pasu pokok RJ daun bulat ari tu…


Lastly acik Reen ambik keputusan angkat semua pasu RJ pindah ke bedding kat luar. Beberapa pasu letak atas batu bata bedding. Lagi 2 pasu acik Reen letak atas tiang tembok pagar. Kena panas pagi dan tengahari hopefully boleh kembang bunga dengan banyak….mesti cantik nanti…


Wednesday, March 12, 2014

Percubaan Pertama ~ Semaian Petunia

                          Anak-anak petunia (yang kecik  daun tirus tu anak Dahlberg Daisy)


Masih ingatkah pembaca semua dengan petunia yang acik Reen beli masa CNY ari tu…Oleh kerana ini adalah kali pertama acik Reen beli petunia..memang banyak benda yang kena ambil tahu dan belajar pasal pokok petunia ni.

 Bak macam orang tua-tua berkata, kalau malu bertanya boleh sesat jalan…so.. semasa berjalan-jalan kat muka buku aka Facebook dan hasil pembacaan pasal petunia yang dikongsi oleh kengkawan, acik Reen baru tahu petunia yang kita beli pun boleh kita tanam dan biakkan semula.

Ooo…macam mana tu. Rupa-rupanya bunga yang kluar tu boleh kita tuai benihnya dan semai semula. Ada sorang kakak dalam group guna plastik dan ikat pada bunga yang dah kering untuk mengutip benih-benih petunia. Caranya senang ajer, cuma ambil plastik dan gelang getah aje. Ikat pada bunga yang dah kering...jadi bila benih dah masak, benih akan pecah masuk dalam pastik tu lah..tak terabur merata. Boleh simpan benih tu dan biakkan semula.

Acik Reen punya style pula, bila bunga dah kering..acik Reen biarkan ajer. Sampai masa kena pergi la check benihnya dah okey ke belum. Kalau nampak warnanya dah bertukar ke warna agak coklat kerana kelonsong benih asalnya warna hijau, bila dah masak akan tukar jadi warna kuning coklat. Benih tu bolehlah diambil, pecahkan kelonsong benih dan anda akan nampak benih-benih halus berwarna hitam. Benih tu anda semailah…boleh dapat anak petunia baru..

Ada yang kata petunia yang ditanam sendiri lebih tahan lasak kerana dah biasa dengan cuaca persekitarannya. Acik Reen pun baru nak cuba
Tapi macam best juga coz percubaan pertama dah berjaya…tengokla anak-anak petunia yang comel tu..

Warnanya nanti memang akan surprise coz ari tu beli 3 jenis petunia iaitu putih, ungu dan warna belang putih ungu yang orang kata macam lollipop candy crush tu…

Tak ingat nak label pulak…bukan sebab apa, mana taknya asal jumpa benih aje pi tabur, jumpa benih ajer tabur…semua dah bercampur aduk..tak tahu dah kaler aper…memang surprise la nanti. So terpaksa la acik Reen tunggu beberapa bulan lagi sampai bunga tu besar dan berbunga…lama lagi tu…hu..…hu…

Benih Petunia (Sumber : Cik Google)


Benih petunia yang dikumpulkan (Sumber : Cik Google)


Tuesday, March 11, 2014

Baby Adenium Obesum aka Kemboja Cina

                                                       Anak-anak Adenium di dalam pasu


Ini baby adenium aka kemboja cina yang baru tumbuh…sangat comel dan cutekan.

Benihnya kawan ofis acik Reen yang bagi…ini jenis warna pink yang banyak ditanam oleh kebanyakan peminat kemboja cina.

Benih adenium ni sangat halus jer..ringan…boleh terbang merata-rata..Bentuk biji benihnya macam tanduk. Selepas masak, biji benih akan pecah dan keluarlah biji-biji benih berbulu halus. Selalunya biji benih ini akan dikutip dan boleh disemai dan hasilkan anak pokok adenium yang baru.

Nak tanam pun mudah saja.. kalau ikut apa yang acik Reen buat. Selalunya acik Reen akan guna tanak biasa yang memang guna untuk tanam pokok. Tanah organik 6 in 1 yang beli dari nursery bunga.

Masukkan tanah dalam pasu semaian, spray air sampai basah kemudian tabur biji benih. Yang ni sebab benihnya ringan jadi acik Reen timbus sikit tanah supaya benihnya tak terbang.. Untuk siram septiap hari acik Reen cuma guna spray ajer. Jangan siram gunakan paip air kerana siraman air yang kuat boleh buatkan benihnya terbang kluar…karang tunggu-tunggu benihnya tak tumbuh tapi yang sebenarnya benih dia dah terbang ke mana entahlah.


Lepas dah besar sikit bolehlah acik Reen transfer ke pasu yang lebih besar supaya dia dapat hidup bagaikan juara.

Monday, March 10, 2014

Cili Habaneroku Dah Berbuah

Masih ingatkah cili habanero ini…..cili yang memang sangat pedas ..…

Cili yang telah membuat tangan acik Reen jadi pijar satu malam. Cili yang acik Reen ambil sikit ajer untuk buat telur dadar yang kemudiannya acik Reen dan En. Hubby pun tak boleh makan….hu…hu…pedasnya mak oooiiii….

Semuanya bermula untuk eksperimen punya pasai la…terbeli pun coz suka tengok bentuknya yang cantik dan comel….

Sebenarnya kalau diikutkan acik Reen pun memang dah terlupa pasal pokok cili nie. Masa beli ari tu memang ada simpan benih cili ni tapi tak tahu pulak bila acik Reen pi semai..

Mungkin benih cili habanero ni dah tercampur dengan cili-cili lain, kemudian tersemai sekali agaknya. Anak pokok ni pun memang jumpa dalam pasu..ada beberapa pokok cili lain, jadi acik Reen pun semai la dalam pasu yang lebih besar supaya dia boleh hidup…

Pokok ni pun tak terjaga dengan betul, cuma siram dan letak baja apa yang perlu..pokoknya pun tak la subur dan besar sangat…Lagi pun sekarang ni selalu balik agak lewat..jadi pokok-pokok pun dah tak nampak

Tapi sangat surprise…masa dok cabut-cabut rumput dalam pasu ari tu nampak 2 biji buah cili comel nie… dok fikir-fikir balik..cili aper ya…macam pernah nampak…

Dan baru teringat…bentuknya macam cili habanero.. ini memang sah ler cili habanero…Ya Allah…macam tak percaya pulak yang dia boleh hidup…walaupun buahnya hanya 2 biji…nampak membuatkan diriku ini sangat puas….Tapi macam ada lagi bunga-bunga yang tengah kluar… So acik Reen ambik keputusan untuk gemburkan tanah, letak baja apa yang patut…hopefully lagi banyak buah yang kluar…

Sunday, March 09, 2014

Kebun Ayahku Di Kampung

Kolam Itik Dan Kolam Ikan Keli

Pisang Nangka yang Sedang Membesar


                                                          Pokok Selom Yang Subur Menghijau

Pokok Kesum 

Pokok Pandan Yang Gemuk-gemuk Dan Lebar-lebar Daunnya

Assalamualaikum….selamat bersua…

Dua minggu yang lepas masa acik Reen dan Hubby balik kampung, sempat la kami melawat kebun-kebun ayah kat tepi rumah…sempat la menghirup udara segar kat tepi batas ban sungai…meronda-ronda kebun dan tanaman ayah yang sedang diusahakan. Macam-macam ada…dari pokok

Seperti yang sedia maklum…ayah acik Reen sekarang dah pencen dari kerja so sepenuh masa dia boleh berkebun. Buat apa yang dia suka…

Memang dari dulu ayah tak boleh duduk diam atau Orang Kedah kata tak boleh dok saja. Waima ari cuti pun ayah ada kerja ynag nak dibuat… teringat masa acik Reen kecik2 dulu ayah ada bela lembu dan kambing, arnab, ayam selasih, ayam gajah, burung merpati, itik angsa, ayam kampung, ayam katik, burung puyuh dan macam-macam lagi…Tangan ayah memang menjadi…bela lah apa pun pasti membiak.

Dulu masa acik Reen belajar kat Universiti Malaya…kalau balik ajer kampung pasti kengkawan rumah sewa dapat makan burung puyuh dan burung merpati yang ayah bela. Ayah akan sembelih dan siang dan bersihkan elok-elok lepas tu bawa balik KL untuk dimasak… memang time tu puas betul makan burung puyuh dan burung merpati. Sempatlah kami merasa puyuh dan merpati masak kicap, goreng kunyit dan macam-macam masakan lagi.

Sekarang ni ayah dah bela itik dan ayam kampung pulak..dari beberapa ekor itik ajer dah membiak jadi banyak. Itik tu pun bertelur tak berhenti…ayah dan mak pun dah tak lalu nak makan terlur itik. Finally ayah buat telur masin…saper jer anak-anak yang balik mesti ayah bagi bawa balik telur masin sebagai buah tangan.

Baru-baru ni pun masa acik Reen dan Hubby balik ada seekor ibu itik tengah mengeram 24 biji telur…cuba bayangkan…kalau semua menetas… meriah lagi lah anak-anak itik ayah dan penuhlah reban ayah. Mesti best tengok anak-anak itik berenang dalam kolam yang ayah buat kat tepi reban itik tu…

Sebelah kolam itik ayah juga bela ikan keli…pun kerana suka-suka…ayah tak makan pun ikan keli tapi dek kerana anak menantu dan cucu-cunya suka makan ikan keli…so ayah pun start la membela ikan keli…itu pun sekadar suka-suka. Masa kenduri kahwin adik acik Reen bulan Disember 2013 ari tu pun masa kenduri tahlil waktu malam kita masak ikan keli sambal pedas. Bila dipotong-potong ikan keli tu dapat sampai 130 ketul.. Ikan keli yang ayah bela memang besar…Malam tu menunya gulai pisan, ikan keli sambal pedas, kacang goring hati dan pedal, sambal belacan dan ulaman..
Semua yang datang untuk kenduri tahlil malam tu cakap memang sedap….lauk pun habis malam tu..mungkin sedap sangat penangan lauk kampung…

Jom tengok apa yang ayah tanam…ini baru sebahagian…ada pisang, pokok kelapa, pokok limau kasturi, pokok serai, lengkuas, pandan, daun selom, daun kesom, kangkung dan macam-macam lagi…


Nanti kalau sempat acik Reen snap foto lain ye… kita masuk part 2 ok…

Saturday, March 08, 2014

Rose Jepun dari Kak Rohani Kamis

Assalamualaikum..

Kan dah cakap… nak seribu daya..tak nak seribu dalih…

Cewah….cewah… intro tu macam happening la sangat…dalam misi mencari dan menambah koleksi Ros Jepun/Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora atau nama manjanya Bunga Kembang Pukul Sepuluh……

Semenjak ada Facebook aka Muka Buku dan wujud berbagai-bagi group yang ado…acik Reen dah terjebak dalam banyak group tanam menanam. Dari group pokok bunga, pokok buahan-buahan, masak-masak, deko-deko umah, deko-deko taman, group pokok anggur, group adenium, group kaktus dan succulent, group pokok stoberi, group pokok ros, group rose jepun dan sebagainya….

Dah semangat tu makin memuncak bila kengkawan post koleksi pokok2 bunga memasing.. buat permulaan… acik Reen menjalankan misi mencari ros jepun…skodeng punya skodeng akhirnya terjumpa dengan kengkawan group yang menjual ros jepun secara online melalui cutting aka keratan batang…

Memang banyak yang menjual kat group FB Kelab Peminat Ros Jepun/Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora, tapi buat permulaan ni acik Reen cuba beli dengan Kak Rohani Kamis…teruja tengok pokok ros jepun kat laman rumah dia… penuh berwarna warni..macam-macam kaler. Dari yang selapis hinggalah  yang berlapis-lapis. Bila tengok foto yang dia post kat wall group…makin mengebu-gebu semangat acik nie…

He… he… misi berjaya bila acik Reen berjaya contact Kak Rohani Kamis.. tapi sedihnya coz tak semua bunga ader stok… hanya 7 warna jenis yang berlapis jer yang ada… yang lain jenis selapis dan jenis berjambul kak Rohani kata sedang membesar coz sebelum ni banyak yang dah borong. Jadi kena tunggu. Semuanya campur-campur 7 kaler…merah, pink, oren, pink gelap, putih, kuning dan pink campur putih. Tak per la.. Reen order 3 ringgit setiap jenis..itu pun coz nak share dengan emak yang juga peminat bunga RJ nie.

Selepas urusan transaksi pembayaran selesai..akhirnya RJ dah berada di depan mata.  Senangkan.. order online nie.. dengan Poslaju pun bunga dah dapat dihantar. RJ sampai pada hari Khamis..dah dekat hujung minggu…jadi kena tunggu hujung minggu la baru dapat ditanam. Hari biasa memang tak sempat coz balik pun dah malam kengkadang selepas singgah kat rumah MIL uruskan keperluan dia.

Tak per la RJ oooi… harap-harap okeyla dalam parcel Poslaju tu..Tapi acik Reen sempat le buka…tengok2 RJ tu, nampak semua pokok bunga RJ tu kak Rohani dah balut dengan tisu yang dah dibasahkan dengan air…so..tak jadi masalah coz pokok RJ nie jenis yang agak tahan lasak juga. Tunggu yer… nanti hari Sabtu kita pindah umah masuk ke tanah ye…

So Sabtu yang lalu misi menanam bermula…semua RJ yang dibeli dari Kak Rohani Kamis dah selamat masuk ke pasu.. Dek kerana pasu pun x mencukupi terpaksa ler ada yang kena tanam agak banyak rasanya lebih dari 10 poko dalam satu pasu.. tak per la…yang penting dapat tanam dulu.. lepas nie pergi beli pasu baru dan transfer balik…hidup subur-subur ye sayang… nanti mama tukar pasu cantik-cantik yer…boleh bloom bloom menggebus dan bunga banyak-banyak yer…

Bila dah siap dan disusun… oooiii… banyak la pulak pasu RJ nie…termasuk dengan beberapa pasu Rj yang dah lama ditanam. Macam boleh buat kebun ros jepun ler pulak… banyak pulak bila dah disusun. Yang nie acik Reen letak dalam compound rumah lagi coz masih dalam pemantauan… Esok-esok dah berbunga baru boleh pindah kat tepi pintu pagar masuk umah. Kalau dah berbunga nanti mesti cantik…heppynya acik ari nie…


Tapi Reen dah tinggalkan sedikit RJ tu untuk buat bedding kat tepi pagar rumah. Batu bata pun dah ambil balance project En. Hubby…Jadi selepas habis tanam dalam pasu jadi operasi membuat bedding kat tepi pagar la pulak…

Ros Jepun Yang Dipetik Oleh Kak Rohani Kamis

Ros Jepun - Dah Sampai Dengan Poslaju

                                                        Ros Jepun Selepas Ditanam....

Penangan Group FB Geng Stoberi Tanah Rendah

Pokok Baby Stoberi Yang Baru Sampai (masih dalam kotak)


Assalamualaikum….selamat bersua kembali….

Tik… Tok.. Tik…Tok… ada orang kat rumah…oo….
Ada rupanya… ingatkan x der orang…Ini le…nak cerita lagi…pasal penangan buah dan pokok strawberry…aka pokok Stoberi….

Kalau nak ceritakan sejarahnya… acik Reen memang suka makan stoberi tapi En. Hubby x suker…so slow la sikit kalau nak beli stoberi… tapi baru-baru ni terjumpa pulak group yang terkena karenzzz ngan buah stoberi. Dan geng ni dah try bawa balik stoberi tanah tinggi dan ditanam di tanah rendah…dan memang dah berhasil sampai beranak pinak kat tanah rendah… bagai pucuk dicita ulam mendatang…acik Reen teramat la sukanya….
Teruja sangat nak start menanam dan jadikan stoberi sebagai koleksi tanaman kat taman yang sekangkang kucing tu….

Berkobar-kobar dan berkepul2 azam dan semangat nak menanam stoberi la lupak. Maklumlah sebab dah tengok ramai yang berjaya mentanah rendahkan stoberi yang kita tahu memang hidup subur kat tanah tinggi…Dan yang paling berjaya yelah.. En. Joe Jalil, Kak Siti Zaleha Samad, Siti Sarah…sekadar menyebut beberapa nama.

Skodeng FB Joe Jalil… rupanya dia menjual baby stoberi…Banyak pokok-pokok stoberi induk dia… buat permulaan..acik Reen order 10 pokok jer baby stoberi dengan En. Joe Jalil…lepas ni fikir-fikir boleh la bela pokok stoberi, petik kat depan pintu jer.. berangan la sangat kan..

Hari yang dinanti telah tiba bila baby stoberi dah sampai…tengok pokok stoberi lagi la berkepul-kepul semangat nak menanam stoberi..

Hujung minggu pokok stoberi dah dipindahkan ke pasu…guna campuran tanah nursery yang sudah dicampur coco peat, tanah merah, sekam padi…harap-harap anak dtoberi dapat hidup subur…

Dalam beberapa hari semua baby stoberi tu segar bugar…sihat walafiat…ada chance la nie hidup…tapi lepas balik ofis petang tu…aikkk… macam layu ler pulak.. kenapa yer…terus blank…mati akal. Takkan nak mati kot.. lagi pun cuaca sekarang sangat panas hingga mencecah 37°C….

Tanya-tanya dengan geng stoberi…ada ler beberapa petua yang diberi…Antaranya dari Sifu Stoberi, En. Joe Jalil… dia kata pokok stoberi tu kena cabut… cuci akar yang terlibat , potong yang hitam-hitam kot2..terlebih siram air..cuci bersih. Kemudian daun ditogelkan..tinggal pucuk jer…so…buat ler…ari kedua pokok stoberi tu macam okey… lepas tu akhirnya K.O jugak..

Macam putus asa juga ler… satu persatu baby stoberi ku jadi arwah… macam sayu jer… tengok baby stoberi yang layu. Tapi bak kata kak Siti Zaleha, percubaan pertama kekadang tak semua berjaya… akhirnya acik Reen tak sedih lagi… x per, jadikan ini sebagai cabaran. Dah order lain baby stoberi ngan Joe Jalil… harap percubaan kali kedua berjaya..Insyaallah. Lepas tu nak mengorder baja BOOM dengan kak Siti Zaleha harap-harap percubaan kali ini akan membuahkan hasil….


Lagi pun ujung bulan Mac nie acik Reen dan En. Hubby serta adik & wifenya nak ke Cameron Highlands…so memburu pokok stoberi dan seangkatan dengannya adalah salah satu misi acik Reen ke sana… tunggu ye…sama-sama kena karenzzz…ngan buah stoberi…Acik Reen nak borong banyak-banyak pokok stoberi… misi akan diteruskan…


(Gambar : Cik Google punya yer..)


Friday, March 07, 2014

Anyaman Surat Khabar (Sumber Cik Google, Cik Yahoo)

Assalamualaikum...

Ingat tak dulu acik Reen pernah share pasal anyaman dari surat khabar...
acik Reen pun dah lama tak menganyam...menjahit ...menyulam riben..mengait...aduh...semua dah lama tak sentuh..

Semua dek kerana sibuk dengan urusan seharian termasuk kerja, gila bercucuk tanam....dan lain-lain urusan...hu...hu...

Tapi tak per la...untuk mengubat kerinduan untuk yang berminat dengan anyaman surat khabar ni...
acik Reen kongsikan beberapa DIY anyaman yang acik Reen simpan..so boleh le try sendiri ye..
acik Reen tak sempat nak buat foto sendiri...semua ni acik Reen jumpa dalam internet..so semoga semua dapat manfaatnya...Thank you cik Google..Cik Yahoo...dan seangkatan dengannya...


  



Membeli Benih Dari Blog

 

Semenjak  berjinak-jinak kembali ke alam tanam tanaman nie… bila tengok pokok jer… macam semua nak tanam..tambah2 pokok bunga… lagi la.. buat makcik nie hilang ingatan sebentar… hiiii… tamak betul kan ??? Itu la manusia…

Pantang nampak pokok bunga… macam semua nak dibeli dan nak ditanam…Macam la laman rumah tu besar sangat…

Dek kerana semangat yang begitu menggunung dan berapi-rapi…maka acik Reen nie skodeng-skodeng ler blog yang jual seed online…konon2nya nak daptkan benih yang berkualiti dan gerenti hidup…

Actually banyak blog sebenarnya yang jual seeds. Dulu pernah beli dengan En. Iskandar, blog tanam sendiri.com dan Kebun Bahagia Bersama. Sekarang Reen jumpa blog lain pulak iaitu blog Cik Lynn Abdullah, blog seedsandothersforsale.blogspot.com. Banyak juga benih yang dia jual dari ke sayuran, bunga-bungaan, cutting etc…

Bila dok merayap kat blog dia tu… macam semua seeds nak beli semua cantik2 bunga dia…dari bunga yang biasa-biasa hinggalah ke bunga2 yang x pernah kita jumpa…


Banyak juga ler yang acik Reen nie terbekenan, tapi kena control yer……dan nasib ini ajer yang ado stok.. yang lain kena tunggu dah out of stock…kalau tak acik Reen dah borong semua… huuu…hu…