Teman-Temanku

Tuesday, October 26, 2010

Bunga - bunga








Minggu lepas ke Carrefour Seberang Jaya... shopping2... akhirnya terpandang pokok2 bunga cantik punya.. maklum la Deepavalli dah dekat so.. kat situ ada jual bunga2 stok baru..macam2 ada.. dari green plant, orchid, roses, keladi, kekwa...

Apa lagi.. dari jauh cepat jer kaki melangkah laju sampai Cik Abang hairan kenapa... Oh.. syiot.. cantik tu..... Actually x berapa pasti jenis bunga apa.. bunga purple.. daun mmg mcm plastik. So.. apa lagi belek2.. rembat la satu pasu.

Pusing sebelah sana pulak.. mak oooooi... bunga ros pulak pujaan hatiku..Warna merah terang pulak tu.. meruntun jiwa betoi. kalau tak beli memang x boleh tido la dok teringat. Jadi nak dijadikan cerita.. fikir2 tak sudah. Dua pasu bunga dalam tangan...rasanya bunga purple tu.. bunga Bluebell kot coz bentuknya macam loceng gitu.. Tambah la koleksi bunga kat taman kecilku..Kira berbaloi juga coz kudup bunganya banyak, dekat2 15 kuntum gitu dan harga pun x mahal...

Sebelum ni aunty sebelah rumah ada bagi pokok orchid harimau dia yang dipotong.. dah semai dan hidup subur pun..alahai pokok orchidku bila la nak berbunga... kira pokok baru tu temankan orchid tu la.. Pokok orchid tu jenis yang ditanam dalam tanah.. tinggi betoi dia.. terpeluk tiang roman depan rumahku..

Mari Kait-Kait (Crocheting)




Salam Semua...

Terasa sungguh lamanya tak up-date entry kat sini. Actually rindu sebenarnya.. namun apa nak buat sooo busy lately. Lagi pun x ada cerita syok yang nak dikongsi..

Anyway entry kali ni kita balik ke kait-kait pulak @ crocheting. Ini kira projek tahun lepas... baru siap sebelum raya puasa hari tu..Oleh kerana saiznya agak besar.. jadi ambik masa lama la juga.. maklumla makcik kait masa dok tengok TV jer... Soo hayatilah..Design bunga nenas warna oren.. matching dengan sofa L shape kat umah. Oleh kerana x berapa faham crochet guna tulisan.. so guna diagram jer la.. Nanti saya akan uploadkan designnya.. ok.