Teman-Temanku

Thursday, January 16, 2014

Purple Torenia

Selamat bersua, hari ni Reen nak kenalkan kengkawan dengan sejenis pokok bunga renek, namanya Torenia. Pokok bunga berwarna ungu. Pokok nie…kejap ada, kejap x ader. Macam biskut la pulak ye..Dulu banyak tumbuh tepi-tepi longkang bawah pokok ros lepas tu ilang kejap. Lepas tu muncul dalam pasu…

Baru Reen perasan, semenjak akhir-akhir ni Reen selalu update pokok, anak bulus, motivasi, dan etc... jahit menjahit dah sepi... tak tau le.. macam tak der mood.

So berbalik kepada pokok Torenia,ini pun Reen jumpa anak pokok yang tumbuh dalam pasu, Reen dah pindahkan ke pasu yang lebih besar supaya perkembangannya lebih baik. Tambah-tambah Reen letak baja untuk tumbesaran… so makin gemuk la dia dan kluar bunga banyak-banyak… Alo.. alo… sangat suke.





Wednesday, January 15, 2014

Suka Duka Sepanjang 2013 (Part 1)


Salam kengkawan,

Tahun 2014 dah 14 hari berlalu….Hari ini Reen nak kongsikan sepanjang jalan kenangan dalam tahun 2013. Macam dalam entri Reen sebelum nie yang Reen nak kongsikan suka dan duka tahun 2013. Pahit, manis, masam, kelat… semua pun ada.

Okey… kita mula dengan yang happy2 dulu ok.


  1. Hujung tahun 2012 dan awal tahun 2013 – Reen dapat anak-anak bulus baru….namanya Boboy, selain tu Reen dapat juga Dolly, Princess, Smokey, Tobby,Robert, Simba, Nemo, Adik, Kakak, Mak Aji, Panther, 2nd Tuah, Sinchan dan ada yang meninggal masa kecil. So semua tu tak sempat bernama lagi. Huiiii… banyak juga anak2 Reen nie.
  2. Hubby memenuhi permintaan Reen bawa pergi Orchid Fest kat Kulim ujung tahun 2012… dapat la rembat beberapa pokok bunga orkid dan anak orkid termasuk pokok Australian Mango dan Pelam Lemak Manis.
  3. Anak saudara Reen masuk Nasuha masuk Tahun Tiga, Afrina masuk Tahun Satu dan Qistina ke Tadika. Adik lelaki Reen yang last, Muhd Aliff Zulfaiz dah masuk Tingkatan Satu.
  4. Sebelum CNY… hubby bawa Reen ronda-ronda nursery sekali lagi… beli pokok2 bunga, pokok orkid lagi. Beli juga pokok anggur beberapa pokok.
  5. Reen bakal dapat adik ipar baru bila adik lelaki Reen bertunang pada 10/2/2013. Mereka berdua dijangka melangsungkan perkahwinan pada Disember nanti. Tarikhnya belum ditentukan.
  6. Bulan Mac 2013, Reen tukar job scope… dulu fully buat Pentadbiran  dan Sumber Manusia tapi tukar jadi ISO Document Control Officer pulak. Company Reen kerja dah certified ISO dan adik Diana dah resign dapat kerja dengan government. Jadi Reen kena ganti tempat dia la coz Boss nak Reen belajar benda baru. Bagi Reen tak jadi masalah kerana dapat ilmu baru. Tak rugi pun. Banyak belajar luas pengetahuan.
  7. Anak buah Reen…. Wan Nur Qasrina dah setahun…dah mula pandai berjalan dan pandai bercakap. Kelakar kengkadang tengok perangai dia. Even kecik… tapi mulutnya adoiii…berkicau jer macam burung.
  8. Anak buah Reen yang lain pun dah besar… Wan Nur Azmina Nasuha  (9 thn), Wan Nur Afrina Nazifa (7 thn), Wan Nur Qistina (5 thn), Wan Muhammad Asyraf (2 thn) dan Wan Nur Qasrina (1 thn).
  9. Dapat gi jenjalan ke Penang bulan Mei 2013 dengan emak, ayah, adik dan adik ipar serta anak saudara. Ronda-ronda kat Bukit Bendera, Kebun Bunga, Batu Feringgi dan makan2 kat Penang.
  10. Lepas ronda-ronda kita ke Sungai Petani, makan mee udang dekat D’ King Mee Udang Banjir. Meriah dapat makan ramai-ramai. Happening.
  11. Reen dapat anak bulus baru, namanya Ahmad Albab. Warna hitam pekat. Muncul pada waktu maghrib 21 Oktober 2013. Menangis sorang2 belakang rumah. Cari2 ibunya atau sedara yang lain, tapi cuma dia seorang…so, adopt aje la. So… Ahmad Albab aka Black dah jadi anak angkat mama. Nama Ahmad Albab hubby yang kasi coz masa jumpa dia suka nangis… 
  12.  30 November 2013, adik lelaki Reen dah bergelar seorang suami. Welcome to our family Makcik Sue.
  13.  7 Disember 2013 dan 8 Disember 2013 kenduri kahwin adik Reen dan isterinya. Thanks to all sedara mara, jiran tetangga, orang kampung dan kengkawan yang datang memeriahkan majlis kenduri ini. 

Tuesday, January 07, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum.. dan salam Sejahtera,

Hi... readers & bloggers..

Selamat bersua kembali...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014. Sedar tak sedar tahun 2013 dah 7 hari meninggalkan kita. Meninggalkan seribu macam cerita...suka dan duka.Pahit dan manis... Nanti bila ada kelapangan Reen storykan apa yang gembira dan apa yang sedih ditahun 2013....

Walau apa pun... hidup perlu diteruskan.   Apa-apa pun Reen doakan semuanya beroleh keberkatan Yang Maha Esa.Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Moga semua kengkawan termakbul segala azam dan hajat ye...