Teman-Temanku

Thursday, October 31, 2013

Ruellia brittoniana 'Purple Showers'   






Ini pokok Mexican Petunia ‘Purple Shower’, Mexico Bluebell. Reen jumpa masa tengah cuci longkang depan umah yang tersangkut dengan ranting kayu. At first tak tau apa nama pokok ni dan Reen panggil pokok bunga lavender jer coz warna purple.

Selepas menggoggle baru le tahu apa nama saintifiknya iaitu Ruellia brittoniana 'Purple Showers' . Bunga cantik warna ungu. Kelopak bunganya sangat lembut. Namun bunganya kembang sehari saje… Dia pun tak der bau. Berdaun panjang runcing, berbatang hijau. Sangat mudah dibiakkan terutamanya dengan keratin batang. Jika dengan biji benih, boleh tapi pertumbuhan agak lambat jika dibandingkan dengan keratan batang.


Pokok ini sebenarnya berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat. Tidak terlalu tinggi dan dikelaskan sebagai tumbuhan renek. Jika tumbuh pun mungkin sehingga 2 atau 3 kaki sahaja. Boleh ditanam terus di atas tanah atau di dalam pasu dan boleh juga dijadikan sempadan pagaran. Cantikkan.


Limau Kasturi


Selamat bersua kembali di alam maya.

Limau kasturi ini Reen beli bersama pokok limau purut dan pokok amra. At last yang hidup subur Cuma pokok limau kasturi dan pokok limau purut.


Pokok amra dah arwah coz kena serangan bena putih. Serangan kali pertama, masih hidup lagi selepas Reen sembur dengan semburan racun organik (Cili Padi + Air Sabun + Kunyit). Namun selepas serangan kedua, nampaknya pokok amra tu dah tak dapat bertahan.  Dapat la rasa buah sulung tapi pokoknya digigit anai-anai la pula. Hairan juga kenapa pokoknya kekuningan, rupa-rupanya akarnya dah dimakan anai-anai. Pokok tu  akhirnya Reen cabut. Ingat lepas ni nak cari juga lagi sepokok coz hubby suka sangat jus amra asam boi. Kalau ada pokok sendiri bolehla buat jus sendiri. 




Wednesday, October 30, 2013

Rabu Tanpa Kata- Kata

                                                                     Letihnya Lion

Tuesday, October 29, 2013

Petua Mencegah Rambut Gugur


(Foto : Kredit tu Google)

Rambut gugur merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh setiap orang di pelabagai peringkat usia. Namun terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur iaitu :


  1. Campurkan air asam jawa dan santan pekat di dalam bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi mengikut kesukaan anda seperti kenanga, melur dll. Lumurkan campuran ini ke rambut sampai ke kulit kepala. Urut perlahan-lahan agar serata ke seluruh akar rambut. Biarkan seketika selama 15 minit. Kemudian bilas seperti biasa hingga bersih. Boleh diamalkan selalu agar rambut menjadi lebih kuat dan harum.
  2. Hiris limau nipis kepada bentuk kepingan. Gosokkan isinya ke kepala terutama dibahagian yang bermasalah. Kemudian sapukan telur ayam yang dipukul sedikit ke kepala. Bungkus kepala dengan tuala beberapa jam. Bilas seperti biasa. Rawatan ini akan menguatkan akar rambut.
  3. Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak (sesetengah tempat disebut sebagai minyak tanak). Tutupkan api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan minyak tanak ini keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air keesokan harinya. Jika diamalkan selalu, ia dapat menguatkan akar rambut.
  4. Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air rebusan tersebut ke kepala setiap malam sebelum tidur. Syampu rambut keesokan harinya. Jika diamalkan selalu, ia akan dapat menguatkan akar rambut.
  5. Sapukan lendir pokok lidah buaya, lendir daun bunga raya, lendir pokok tutup bumi dan sedikit minyak zaitun di dalam bekas. Lumurkan campuran ini ke kepala hingga ke kulit kepala terutama akar rambut selepas mandi. Bungkus kepala semalaman. Cuci seperti biasa keesokan harinya. Amalkan seminggu sekali dan ia boleh kuatkan akar rambut.
  6. Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan sapukan ke kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu. Anda akan lihat keberkesanannya.
  7. Ambil 3 biji limau nipis dan ambil jusnya. Campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan ke keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilas dengan air bersih seperti biasa.

Saturday, October 26, 2013

Orkid Merpati Berkembang Lagi





Setelah beberapa bulan tak berbunga, pokok orkid merpati berkembang lagi pada 22 Oktober 2013 yang lalu. Banyak sekali ranting berbunga. Walau sekejap namun mengharumkan lamanku. Warna putih yang sangat cantik sekali.


Thursday, October 24, 2013

Si Bobby Yang Berekor Kontot

                                            Bobby ketika tumpang menyusu dengan Jojo







Ini salah seekor anak bulus Reen namanya Bobby. Masa Reen adopt dia, umurnya dalam lingkungan 3 atau 4 bulan berdasarkan bentuk fizikalnya ketika itu. Ekornya kontot dan sangat cute. Bulunya warna putih bersih dan ada sedikit tompok warna hitam cair. Hidungnya merah pink. Bobby ni bukan anak kandung but cuma anak angkat yang muncul pada tahun lalu pada tarikh 25hb Mac 2012. Kini sudah genap setahun lapan bulan Bobby hidup sebumbung bersama keluarga Reen.

Bobby muncul bersama hujan yang sangat lebat. Masa Reen ambik pun Bobby basah kuyup kerana berlindung disebalik pasu tepi longkang di hadapan rumah Reen. Mula-mula memang tak perasan ada kucing di sana, namun selepas dengar bunyi kucing mengiau Reen cuba cari. Rupa-rupanya dia menyorok dibalik pasu kesejukan. Nasib baik tak jatuh ke dalam parit. Kalau tak mungkin dia sudah arwah di dalam longkang besar. Reen cuba cari kot-kot ada ibunya namun tak ada. Mungkin ada orang buang dia disana.
Sangat sedih tengok dia ketika itu.  

Reen bawa masuk dalam rumah dan mandikan dia. Selepas dilap sampai kering, dia agak takut-takut kerana melihat suasana yang baru dan kucing-kucing lain. Bobby macam tercari-cari ibunya dan nasib baik ada Lion, Jojo dan Jojie yang begitu prihatin. Reen cuba bagi Bobby pada Lion, alhamdulillah Lion ok, Jojo dan Jojie juga ok. Mama salute to you Lion, even ada kucing baru… Lion tetap bapa & abang yang sangat penyayang. Lion jilat-jilatkan bulu Bobby sampai Bobby tertidur. Mungkin dia agak penat dan kesejukan.

Lepas Bobby bangun dari tidur, Reen bagi dia biskut kucing…dia makan dengan lahap sekali. Mmmmmmm… dia lapar rupanya. Lepas makan biskut, dia tumpang menyusu dengan Jojo. Nasib la Jojo, semua kucing baru akan menyusu dan dia akan rela menjadi ibu susuan tumpang. Kalau Jojo tak bagi dia menyusu, dia akan menyusu dengan Jojie pulak sehinggalah dia sudah pandai makan sendiri.

Kini Bobby sudah besar, saiznya lebih besar dari ibu tumpangnya Jojo dan Jojie. Bobby sangat protective. Pernah sekali ketika Reen biarkan anak-anak bulus di laman, tetiba muncul kucing liar entah siapa yang punya, si Bobby kejar kucing tu sampai ke belakang rumah. Dia begitu melindungi keluarganya.


Mama sayang sangat Bobby. Harap-harap Bobby akan terus hidup sihat dengan Mama sekeluarga. 

Wednesday, October 23, 2013

Orkid Spider Yang Merajuk Setahun Lalu








Entri ini ditulis selepas Reen terkejut tengok pokok orkid Spider Reen yang lebih kurang setahun merajuk tetiba keluar spike bunga selepas Reen pangkas dan tanam terus di atas tanah.

Memang tak sangka dia akan berbunga lagi coz selepas berbunga setahun yang lalu. Dia tetap tumbuh subur di dalam pasu tapi tak nak keluar-keluar bunga. Baja dah diletak, tanah dah ditambah… macam mabuk daun pulak dia. Tumbuh memanjang di dalam pasu memanjat pillar di hadapan rumah. Bunga tidak le juga. Memang frust juga. Namun nak buat macam mana. Orang kata menanam orkid ni kena sabar… begitulah Reen pun sabar juga.

Semasa musim hujan lebat hari tu, ada beberapa batang pokok orkid dah meliuk-liuk  ditiup angin dan terlepas dari pillar, so kerana itu Reen ambik keputusan potongkan batang-batang orkid tu. Lepas tu Reen tanam terus atas tanah di tepi laman rumah.

Mana tahu, tetiba muncul pulak spike bunga. Sungguh tak ku sangka.  Tak tahu la pulak kenapa boleh berbunga pulak. Baja apa pun tak letak. Lepas tanam biar macam tu saja. Dapat tahu orkid tu berbunga pun lepas pokok tu dah tumbang dan Reen pergi ikat pada kayu penyokong. Baru perasan yang ada spike baru muncul.

Alhamdulillah… penantian berakhir juga.Bukan satu spike tetapi 5 spike yang keluar banyak spike pulak tu. Happy sesangat. Reen harap yang dalam pasu juga akan berbunga. Tapi entah bila.

Monday, October 14, 2013

Tips Hidup Bahagia – Dari Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah


Salam semua.

Berkongsi tips dari pakar motivasi terkenal di Malaysia untuk panduan dan pedoman kita semua. Beberapa tips untuk HIDUP BAHAGIA :

  1. Rapat hubungan dengan Allah dan patuh dengan segala perintah Allah
  2. Doa & zikrullah untuk tenang & bahagia
  3. Cuci hati agar dapat menarik bahagia & perkara positif
  4. Elakkan dendam dengan memberi kemaafan setiap hari sebelum tidur
  5. Layan orang lain dengan sopan & kasih saying agar orang lain juga akan layan kita dengan baik
  6. Lihat setiap masalah sebagai cabaran, peluang dan didikan daripada Allah
  7. Redha dengan Qada’ dan Qadar Allah kerana apa yang yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk kita
  8. Bentuk impian yang hebat kerana orang yang ada harapan sentiasa memandang ke hadapan dengan positif
  9. remehkan yang remeh dan besarkan yang benar-benar penting sebab ramai orang stress kerana perkara yang remeh
  10. hebahkan kebaikan dan tutupkan kelemahan orang lain
  11. Orang yang berjaya tunjukkan hasil tetapi orang yang gagal memberi alas an. Elakkan memberi alasan
  12. Fokus kepada apa yang boleh dilakukan sekarang dan lupakan perkara yang berlalu.
  13. Elak membandingkan diri sendiri dengan orang lain kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing
  14. Pilih kawan-kawan positif yang Allah suka
  15. Jangan risau tentang apa orang kata tetapi risau apa yang Allah kata
  16. Kurangkan cakap dan lebih mendengar
  17. Luaskan jaringan sahabat
  18. Menyendiri sekali sekala untuk rawat dan muhasabah diri sendiri
  19. jaga diet – makan yang halal, baik dan seimbang
  20. Exercise dengan istiqamah
  21. bentuk sifat Qanaah
  22. Sentiasa jujur – sesekali berbohong terpaksa berbohong untuk menutup pembohongan seterusnya
  23. Kawal diri dan elakkan orang lain yang mengawal kita
  24. Ubah apa yang termampu yang lain serahkan kepada Allah
  25. Hakis sifat takut dan risau serta yakin bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik
  26. Fokus pada 1 masalah pada 1 masa
  27. Elakkan bawa masalah ke tempat tidur
  28. Selalu bahagiakan orang lain untuk gamit bahagia
  29. Bentuk rutin harian yang positif dan mengikut syariat
  30. Programkan minda untuk bahagia
  31. Temui cinta sejati
  32. Hidupkan sunnah harian
  33. Seimbangkan hidup agar harmoni


Moga Allah akan merahmati kita semua. Amin.

Sunday, October 13, 2013

Rahsia Tidur Yang Diberkati Allah S.W.T dan Dilindungi Malaikat



Sekadar perkongsian untuk semua. Agar kita mendapat manfaat dan berkat.


  1. Berwuduk sebelum tidur
  2. Berdoa sebelum tidur
  3. Tidur tidak terlalu malam (awal malam)
  4. Memaafkan semua kesalahan orang yang pernah menyakiti kita
  5. Bersyukur atas apa yang Allah S.W.T berikan hari ini
  6. Bertaubat dari semua dosa dan kesalahan
  7. Berprasangka baik pada Allah S.W.T

Friday, October 11, 2013

Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

                                                             (Kredit to foto from Google)
                                                        

Antara cara berkasih sayang yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Jom kita amalkan bersama moga-moga mendapat keberkatan :

  1. Tidur satu selimut dengan isteri
  2. Memakai wangi-wangian
  3. Mandi bersama isteri
  4. Menyikat rambut suami
  5. Membantu isteri di dapur
  6. Minum bergantian pada tempat yang sama sama
  7. Membelai isteri
  8. Tidur dipangkuan isteri
  9. Memanggil dengan kata-kata mesra
  10. Berjalan berpegangan tangan




Wednesday, October 09, 2013

Lion, Robert & Tuah




Masa Reen tengah housekeeping folder foto-foto lama, Reen terjumpa beberapa keping gambar Lion masa dia masih baby, rasanya dalam umur 3 bulan kot masa bulan Jun 2008. Nampak cute aje. Tak sangka kini Lion dah besar dan dewasa. Bapa dan abang yang sangat penyayang. Dah hampir 5 tahun Lion hidup bersama Reen sekeluarga.  Tiap-tiap malam mesti masuk tidur ngan hubby Reen. Siap kongsi bantal lagi. Setiap malam Lion dah tahu kat mana dia nak tidur. Tapi kalau hubby Reen marah dia, dia akan tidur sebelah Reen pulak. Nampak garang… tapi dalam hati ada taman juga.

Bila tengok balik foto Lion tu, baru perasan yang muka dia sebijik macam anak dia dan si Bella namanya si Robert aka Obert yang lahir 5 bulan lalu dan si Tuah, 2 bulan lalu. Yela…. anak dan bapa, mesti sama. Yang paling sama sebijik macam Lion adalah si Obert dengan bentuk bulu dan ekor kontotnya yang kembang.  Kalau dilihat dari bentuk fizikal, Lion ini mungkin ada keturunan kucing jenis Bobtail. Si Tuah pulak ikut emaknya Si Bella berekor panjang.  Warna bulu dan badan Lion, Obert dan Tuah adalah warna “mackerel tabby cat” atau warna kucing tabby iaitu berbelang coklat, hitam, kuning dan sedikit putih.

Lion mempunyai badan yang berangka besar dan sangat tegap. Badannya juga jenis padat dan sangat berisi. Sekarang ni pun berat Lion dah dekat 5 kilo lebih. Kaki Lion agak pendek dan tangan dia juga sangat lebar. Kalau kena penampar atau pelempang pening juga kot kucing yang lain. Perangai pun lebih kurang je Obert dan Lion… tapi Obert agak “keepoh”  sikit. Sangat suka bercakap. Diam tak diam umur Obert dah masuk 5 bulan. Cepat betul membesar.


Sedikit sejarah tentang keturunan Lion, Obert dan Tuah (Sumber: Google)
American Bobtail adalah salah satu ras kucing yang berkembang melalui seleksi alamiah. Meskipun kucing-kucing hutan bobtail (ekor pendek) telah ada di Amerika sejak dulu, program pengembangbiakan baru mulai berkembang sekitar akhir 60-an.
Ciri utama ras kucing ini adalah ekor yang tebal dan pendek, sekitar 1/3 panjang normal ekor kucing. Seperti juga pada kucing Manx, bentuk ekor yang pendek tersebut merupakan hasil mutasi genetik.

 Karakter :
1.       Berbadan sasa, panjang, berangka besar, mirip kucing liar Bobcat yang terdapat di hutan Amerika.
2.       Jenis semi cobby dan bertulang yang sangat kuat dengan dada lebar dan padat
3.       Kaki belakang lebih panjang dan lebih besar dari kaki depan
4.       Kepala berbentuk segitiga lebar denga rahang yang lebar dan kuat
5.       Hidung lebar dengan daerah cekung di antara kening dan hidung
6.       Telinga berukuran sederhana, lebar dibahagian dasar dan terdapat rambut dibahagian hujungnya
7.       Mata berbentuk almond dengan warna mata bervariasi mengikut bulu
8.       Mula matang ketika berusia 2-3 tahun
9.       Berat boleh mencapai 7.5 kg
10.   Sangat aktif, cerdas dan suka bermain dan perangai sangat mirip dengan anjing dimana senang bersama pemilik dan mencari perhatian tuannya.

11.   Sangat bersahabat dengan manusia 

Monday, October 07, 2013

Pokok Untuk Pengudaraan Di Rumah

Orkid Liar Dah Berbunga





Lama tak update tentang pokok bunga. Bukan malas nak buat entri, tapi entahlah… kekadang sibuk sangat. Tambah-tambah pulak Reen dah tukar job scope aka kerja baru kat Ofis. Banyak benda baru nak belajar. Dulu fully concentrate pasal Sumber Manusia dan Pentadbiran. Sekarang  Reen dah buat ISO la pulak. Belajar Sistem Pengurusan Berkualiti. Kat Company Reen sekarang nie Cuma ISO 9001:2008. Lepas ni maybe nak apply untuk alam sekitar pulak, ISO 14001. Banyak benda tu nak kena prepare untuk dapatkan certification.

Nak buat macam mana kan. Dah boss suruh belajar benda baru.. so belajar je la. Tak rugi pun tapi banyak benda baru yang Reen tahu. Sebelum tu Reen dah cakap kalau pasal ISO memang Reen zero. Langsung tak tahu sangat. So… boss kata ok. Yang penting nak belajar. So Reen kata ok.. belajar pun belajar la. Lagipun dah masuk 11 tahun Reen buat HR. So tak salah kalau belajar benda lain pulak.

Eh… eh… dah melalut la pulak. Berbalik kepada entri pokok orkid liar dah berbunga. Pokok orkid ni Reen beli kat Lee Nurseri di Mengkuang. Ada dua warna, satu yang berbunga warna ungu terang dan satu lagi warna ungu lembut dan putih. Kalau kita ke Cameron Highlands orkid ni banyak tumbuh liar kat tepi-tepi bukit. Reen beli sepasu harga RM 12.00. Masa beli tu pokoknya tak berapa banyak. Tetapi selepas diletak baja dan tambah tanah banyak sulur anak-anak baru yang keluar. Akhirnya dah berbunga. Sangat cantik tapi bunganya mekar tak lama, paling lama pun lebih kurang 4 hari dah layu. Yela… namapun Orkid Liar. Lepas ni Reen ingat nak ubah terus atas tanah. Mungkin pokoknya lebih cepat membesar dan kebun bunga Reen lebih cantik. Dari 2 atau 3 pokok akan jadi berpokok-pokok.


Jom layan munge-munge orkid liar yang sempat disnap oleh Reen.