Showing posts with label Orkid. Show all posts
Showing posts with label Orkid. Show all posts

Friday, November 08, 2013

Orkid Buluh aka Arundina Bambusifolia

 


Hari ini Reen nak kenalkan kengkawan dengan pokok orkid liar yang selalu dikenali juga sebagai Orkid Buluh atau Arundina Bambusifolia. Ada orang memanggilnya dengan sebagai orkid buluh kerana bentuk seakan-akan pokok buluh dan ada juga yang memanggilnya sebagai Tapah Weed. Ini kerana pokok orkid ini banyak tumbuh meliar sekitar kawasan belukar dan tebing jalan sekiranya anda ingin ke Cameron Highlands. Mengikut sejarahnya pokok orkid ini berasal dari kawasan Asia Tenggara.

Boleh ditanam secara teresterial dan boleh mencecah tinggi sehingga 8 kaki tinggi. Tetapi jika ditanam sebagai ‘indoor plant’ iaitu di dalam pasu namun saiznya agak kecil jika ditanam terdedah kepada cahaya matahari atau ditanam di atas tanah. Ia agak cantik ditanam di taman kerana bunganya tidak bermusim dan berbunga sepanjang tahun.

Nama Biasa : Orkid Buluh, Tapah Weed, Kinta Weed, Bird Orchid
Nama Saintifik : Arundina Bambusifolia, Arundina Graminifolia
Ciri-ciri : Berbatang seperti pohon buluh, berdaun panjang dan runcing, berbunga warna ungu dan putih.
Cara Tanam : Boleh dibiakkan dengan bebawang anak pokok, anak pokok yang tumbuh di batang pokok induk atau biji benih. Namun kebanyakan pokok lebih mudah ditanam menggunakan anak bebawang induk dan pertumbuhan adalah lebih cepat.

Medium Tanaman : Ditanam dalam medium tanah bersaliran baik.                     

Thursday, November 07, 2013

DIY – Tanam Orkid Di Batang Pokok

 

Salam kengkawan,

Ini adalah satu contoh DIY yang Reen buat pada pokok-pokok orkid Reen. Anak-anak pokok ni ada yang Reen beli dan ada juga yang Reen dapat dari kawan. Kebanyakkannya orkid jenis dendrobium, oncodium, vanda dan orkid merpati.

Untuk membuatkan pokok orkid ni hidup dalam keadaan natural, Reen telah buat DIY kat pokok orkid ni. Antara barang yang diperlukan adalah batang kayu (korang boleh guna apa jenis batang kayu pun, pokok rambutan ker, ranting mempelam ker…etc. Reen guna dahan pokok durian yang jatuh masa hujan lebat hari tu). Batang kayu perlu dipotong ok (panjang atau saiz ikut kehendak masing-masing), dawai, tali, sphagnum moss, sabut pun boleh, cutter.

Korang ambil le anak orkid tu… cari posisi yang sesuai, lekatkan sekali dengan sabut/sphagnum moss untuk kelembapan pokok, ikat dengan tali, nak kuat ikat dengan dawai, lepas tu.. ikatla batang tu dengan dawai yang lebih kuat untuk digantungkan…


Dah siap… boleh digantung ye.

Wednesday, October 23, 2013

Orkid Spider Yang Merajuk Setahun Lalu








Entri ini ditulis selepas Reen terkejut tengok pokok orkid Spider Reen yang lebih kurang setahun merajuk tetiba keluar spike bunga selepas Reen pangkas dan tanam terus di atas tanah.

Memang tak sangka dia akan berbunga lagi coz selepas berbunga setahun yang lalu. Dia tetap tumbuh subur di dalam pasu tapi tak nak keluar-keluar bunga. Baja dah diletak, tanah dah ditambah… macam mabuk daun pulak dia. Tumbuh memanjang di dalam pasu memanjat pillar di hadapan rumah. Bunga tidak le juga. Memang frust juga. Namun nak buat macam mana. Orang kata menanam orkid ni kena sabar… begitulah Reen pun sabar juga.

Semasa musim hujan lebat hari tu, ada beberapa batang pokok orkid dah meliuk-liuk  ditiup angin dan terlepas dari pillar, so kerana itu Reen ambik keputusan potongkan batang-batang orkid tu. Lepas tu Reen tanam terus atas tanah di tepi laman rumah.

Mana tahu, tetiba muncul pulak spike bunga. Sungguh tak ku sangka.  Tak tahu la pulak kenapa boleh berbunga pulak. Baja apa pun tak letak. Lepas tanam biar macam tu saja. Dapat tahu orkid tu berbunga pun lepas pokok tu dah tumbang dan Reen pergi ikat pada kayu penyokong. Baru perasan yang ada spike baru muncul.

Alhamdulillah… penantian berakhir juga.Bukan satu spike tetapi 5 spike yang keluar banyak spike pulak tu. Happy sesangat. Reen harap yang dalam pasu juga akan berbunga. Tapi entah bila.

Monday, October 07, 2013

Orkid Liar Dah Berbunga





Lama tak update tentang pokok bunga. Bukan malas nak buat entri, tapi entahlah… kekadang sibuk sangat. Tambah-tambah pulak Reen dah tukar job scope aka kerja baru kat Ofis. Banyak benda baru nak belajar. Dulu fully concentrate pasal Sumber Manusia dan Pentadbiran. Sekarang  Reen dah buat ISO la pulak. Belajar Sistem Pengurusan Berkualiti. Kat Company Reen sekarang nie Cuma ISO 9001:2008. Lepas ni maybe nak apply untuk alam sekitar pulak, ISO 14001. Banyak benda tu nak kena prepare untuk dapatkan certification.

Nak buat macam mana kan. Dah boss suruh belajar benda baru.. so belajar je la. Tak rugi pun tapi banyak benda baru yang Reen tahu. Sebelum tu Reen dah cakap kalau pasal ISO memang Reen zero. Langsung tak tahu sangat. So… boss kata ok. Yang penting nak belajar. So Reen kata ok.. belajar pun belajar la. Lagipun dah masuk 11 tahun Reen buat HR. So tak salah kalau belajar benda lain pulak.

Eh… eh… dah melalut la pulak. Berbalik kepada entri pokok orkid liar dah berbunga. Pokok orkid ni Reen beli kat Lee Nurseri di Mengkuang. Ada dua warna, satu yang berbunga warna ungu terang dan satu lagi warna ungu lembut dan putih. Kalau kita ke Cameron Highlands orkid ni banyak tumbuh liar kat tepi-tepi bukit. Reen beli sepasu harga RM 12.00. Masa beli tu pokoknya tak berapa banyak. Tetapi selepas diletak baja dan tambah tanah banyak sulur anak-anak baru yang keluar. Akhirnya dah berbunga. Sangat cantik tapi bunganya mekar tak lama, paling lama pun lebih kurang 4 hari dah layu. Yela… namapun Orkid Liar. Lepas ni Reen ingat nak ubah terus atas tanah. Mungkin pokoknya lebih cepat membesar dan kebun bunga Reen lebih cantik. Dari 2 atau 3 pokok akan jadi berpokok-pokok.


Jom layan munge-munge orkid liar yang sempat disnap oleh Reen.

Monday, March 18, 2013

Orkid Merpati @ Dendrobium Crumenatum

Selamat bertemu kembali,

Awal January dan February... boleh dikatakan semua bunga-bunga orkid Reen yang ditanam mula mengeluarkan bunga termasuklah yang dibeli. Actually Orkid Merpati ini pernah berbunga dulu... tapi sikit saja. Tak sempat nak snap foto masa tu. Maklum la... kembangnya cuma sekejap.

Orkid merpati ni memang wangi... namun esoknya dah gugur & layu. Namun ia sempat mengharumkan laman Reen. Jom layan foto orkid merpati.








Orkid Dancing Lady

Salam. Selamat bersua kembali.

Orkid Dancing Lady ini adalah antara pokok orkid yang terawal Reen tanam. Setelah menunggu agak lama, akhirnya berbunga juga. Walaupun hanya setangkai, namun ia cukup menggembirakan bagi amatur grower macam Reen ni. Semenjak dua menjak ni, pantang jer nampak orkid... mesti nak beli punya. Semangat makin berkobar-kobar apabila meilhat bunga-bunga berkembang di taman.

Setelah setahun orkid ni Reen lekatkan pada batang pokok ceri, inilah pertama kali ia berbunga. Ingatkan dah tak jadi eksperimen tu... namun syukur... ia berjaya. alhamdulillah.

                                                        Spike Dancing Lady


Dancing Lady Blooming

Closed up Dancing Lady



Sunday, March 17, 2013

Brown Oncidium Orkid

Ini Brown oncidium orkid yang Reen beli hujung tahun lalu.
Akhirnya dah berbunga juga... jom ushar...




Tuesday, January 22, 2013

Yellow Butterfly Orkid

Salam semua...

Jom layan foto-foto Yellow Butterfly Orkid yang dah berbunga

Pokok Orkid Butterfly 

Putik bunga Yellow Butterfly Orkid

Kuning warnanya...


Bila dah lihat orkid berbunga makin berkobar-kobar semnangat Reen nak menambah koleksi orkid.



Wednesday, January 16, 2013

Cintaku Tertumpah Pada Orkid

Salam semua...

Sempena tahun baru 2013...Reen tambah lagi koleksi pokok bunga lagi iaitu orkid. Jika dulu hanya bunga-bunga lain kini dah tambah lagi dengan orkid. Semuanya bermula semasa Reen dan Hubby ke Pesta Flora Kulim di hujung tahun 2012 iaitu bermula 17hb Dec 2012 hingga 23hb Dec 2012.

Oleh kerana terpesona dengan warna dan bunga-bunganya yang cantik... akhirnya Reen rembat 12 pasu orkid pelbagai jenis. Oleh keran Reen ini amatur kan.. so tak berani la ambik orkid yang mahal sangat. kalau mati pun tak la berapa menyesal. Ada dendrobium, mokara, vanda, cymbidium dan miltonia.ar

Jom layan gambar pokok orkid yang Reen beli.

Red Mokara

Dendrobium Purple Curly

Anak Orkid Cymbidium, Vanda dan Dendrobium

Cymbidium Orkid


Dendrobium Light Purple

Orkid Mokara (kalau salah tolong betulkan)





Saturday, January 28, 2012

Orkid "Spider" Dah Berbunga

"Spider" orkid semasa baru keluar kudup bunga



Orkid "Spider"sedang berkembang mekar


Cerita aku tentang orkid memang sudah lama tapi belum memulakan koleksi besar-besaran. Namun semenjak orkid "Spider" yang ditanam hampir setahun yang lalu berbunga, hati terus membuak-buak nak meneruskan koleksi orkid. Rasanya berbaloi melihat orkid spider berbunga hampir 2 minggu. Walaupun rasa lama betul menunggu orkid ni bebrbunga... namun rasa puas. Walaupun terpaksa menunggu lama tapi berkat kesabaran akhirnya dia berbunga juga.

Kira-kira ada 10 bunga orkid dalam setangkai. Eeeeiiii.......sukanya.


Sekarang aku memulakan orkid yang paling mudah & tahan lasak... orkid mokara. Ada 3 jenis yang aku beli semasa Ekspo Majlis Perbandaran Kulim hujung tahun lalu. Cuttingnya harga RM 6.00, dibeli dari Nurseri orkid dari Sungai Tengas, Kulim. Warna Red, Yellow & Purple.

Hopefully hidup la.

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...