Showing posts with label Torenia. Show all posts
Showing posts with label Torenia. Show all posts

Wednesday, July 09, 2014

Torenia Pink & Purple


 Assalamualaikum dan salam sejahtera…bersua lagi kita ya….

Masih ingatkah kawan-kawan dengan semaian torenia achik Reen hari tu….

Jeng…jeng…tengok-tengok…selepas dijaga-jaga dan dibelai…akhirnya dia dah berbunga.  Bila berkembangan menguntum banyak-banyak….memang sangat lawa….Tapi kali achik Reen sangat gembira kerana……tetiba munculnya torenia warna pink ini…dulu masa mula achik Reen tanam hanya ada warna purple. Entah dari mana agaknya torenia pink ini….

Pokok torenia ni achik Reen tanam dalam pasu saja…tapi ada yang menanam torenia di atas tanah sebagai tanaman sempadan (border). Bagi achik Reen yang cuma ada laman seciput…jawabnya tanam dalam pasu ajelah… nak buat border memang tak banyak ruang……tapi teringin juga…insyaallah satu hari nanti achik Reen akan bina sebuah taman comel ditepi rumah achik Reen…

Lihatlah keindahan kuntum-kuntum comel cik Torenia Pink dan Purple ini !!!

  



Tuesday, March 18, 2014

Si Purple Torenia ( torenia fournieri )



Hari ni kita cerita pulak pasal pokok Torenia. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Wishbone atau pokok bunga tulang garpu. Lazimnya torenia ditanam didalam pasu, sebagai tanaman sempadan (border) boleh juga sebagai window planter.  

Dulu masa di rumah mak mertua memang ada juga acik Reen berkebun bunga…tanam juga bunga serba sedikit tapi taklah sebanyak sekarang. Ada sedikit pokok bunga ros, bunga kertas, bunga raya dan juga torenia purple yang comel nie.

Masa kat umah mak mertua memang banyak acik Reen tanam torenia purple ni. Ada juga yang berwarna pink lembut. Tapi disebabkan torenia adalah bunga semusim, jadi dia akan tumbuh, berbunga, mati dan tumbuh kembali. Begitulah kitaran hidup torenia. Anak-anak dia akan tumbuh merata dibawa angin dan juga air bila biji benihnya pecah.

Pokok torenia purple ni pun asalnya anak yang acik Reen jumpa di rumah mak mertua, ada dalam 3 pokok kot. Anak-anak pokok pun tak berapa besar lagi. So acik Reen cabut  anak pokok tu dan bawa balik tanam dalam pasu di rumah.


Bila dah besar memang berbunga agak meriah…dan acik Reen semai balik benihnya supaya pokok ini hayatnya berterusan…

Antara torenia yang ditanam di Malaysia dari beberapa jenis antaranya Torenia Deep Blue, Torenia Blue White, Torenia Cherry White, Torenia Light Pink, Torenia, White Yellow dan Torenia Suzie Wong (nama-nama ini acik Reen ambik dari blog cik Lynn Abdullah. Nak tahu info lanjut dan beli benih boleh ke blog Cik Lynn seedsandothersforsale.blogspot.com atau pun Facebook GO GREEN)

Berikut adalah cara yang acik Reen guna untuk semai pokok torenia ni ….. orang lain maybe guna cara lain :

  1. Pilih benih yang dah betul-betul masak. Warna benihnya akan bertukar dari warna hijau ke warna kuning coklat. Benih torenia sangat halus. Dalam satu kelonsong benih akan terdapat berpuluh-puluh benih di dalamnya.
  2. Masukkan tanah dalam pasu, selalunya gunakan tanah yang dicampur kompos ataupun tanah organik. Mengikut kata En. Iskandar dari blog Tanam Sendiri.com. Nota : Untuk dapatkan tanah semaian yang bagus, tanah yang ingin digunakan perlulah digaulkan dengan bahan organik, seperti bahan kompos ataupun baja organik seperti tayam (tinja ayam) sebelum 2 minggu anak pokok disemai ataupun dialihkan. Kenapa perlu dibiarkan selama 2 minggu ? Ini supaya bahan baja atau kompos dapat terurai dan sebati dengan tanah tersebut. Selepas 2 minggu tanah tersebut sudah sedia dan boleh digunakan.
  3. Siram air ke dalam pasu hingga air mengalir keluar dari lubang pasu. Gembur-gemburkankan tanah supaya sekata.
  4. Kemudian, bolehlah ambil biji benih dan taburkan ke dalam pasu. Siram sekali lagi hanya menggunakan penyembur (spray) air kerana biji benihnya sangat halus. Jika guna air paip mungkin benihnya yang kecil akan terpelanting keluar disebabkan semburan air paip sangat kuat.
  5. Dalam beberapa hari biji benih akan tumbuh. Anda akan nampak anak-anak pokok kecil akan keluar.

Thursday, January 16, 2014

Purple Torenia

Selamat bersua, hari ni Reen nak kenalkan kengkawan dengan sejenis pokok bunga renek, namanya Torenia. Pokok bunga berwarna ungu. Pokok nie…kejap ada, kejap x ader. Macam biskut la pulak ye..Dulu banyak tumbuh tepi-tepi longkang bawah pokok ros lepas tu ilang kejap. Lepas tu muncul dalam pasu…

Baru Reen perasan, semenjak akhir-akhir ni Reen selalu update pokok, anak bulus, motivasi, dan etc... jahit menjahit dah sepi... tak tau le.. macam tak der mood.

So berbalik kepada pokok Torenia,ini pun Reen jumpa anak pokok yang tumbuh dalam pasu, Reen dah pindahkan ke pasu yang lebih besar supaya perkembangannya lebih baik. Tambah-tambah Reen letak baja untuk tumbesaran… so makin gemuk la dia dan kluar bunga banyak-banyak… Alo.. alo… sangat suke.





ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...