Teman-Temanku

Friday, September 30, 2011

Gloxinia - Sekadar Bereksperimen

Salam,

Bercerita tentang pokok Gloxinia yang dibeli beberapa bulan lalu di Tesco Seberang Jaya. Hingga kini masih berbunga. Tambah-tambah lagi yang warna maroon. Berbunga bersulam ganti. Banyak buds baru muncul di celah-celah pohon induknya.

Hasil pembacaan tentang penjagaan dan pembiakan Gloxinia dari internet dan forum, aku pun bereksperimentasi. Pembiakan melalui daun. Alhamdulillah dari 3 ranting daun sihat yang disemai didalam pasu ada satu yang membuahkan hasil. Ingatkan dah kantoi... tetapi rupa-rupanya menjadi. Mula-mula memang dah frust sebab semuanya tak nampak kesan tapi lepas korek pasu hari Sabtu lepas rupa-rupanya ada ubi gloxinia baru yang tumbuh.

Hari ini aku dah mula nampak anak-anak daun baru mula tumbuh melalui ubi tersebut... yahooo... my experiment for gloxinia successful. So.. try lagi.. ranting-ranting gloxinia yang tumbuh aku kerat, letak hormon penggalak akar dan semai dalam pasu... hopefully berjaya juga.

Caranya senang saja... ambik daun gloxinia yang sihat dan cantik. Potong biar tangkai daun panjang sikit untuk cucuk dalam tanah. Letak hormon penggalak akar dan tanam ke dalam pasu yang berisi peat moss atau tanah nurseri. Letak dibawah teduhan dan siram air. Jangan terlalu lembap sangat takut batang daun lembik coz gloxinia terlalu sensitif kepada air yang berlebihan. Maklumat lanjut kat malay forum, cari gloxinia discussion. banyak info.

Selamat mencuba. Sama-sama kita menghijaukan bumi