Tuesday, August 04, 2009

Cookie Canister Cover



Oleh kerana terpikat dengan hasil kreatif Kak Ann @ Sifu Ann....Teringin juga nak buat satu set cookie canister untuk diri sendiri. Yela.... teringin gak nak buat satu set. Hari Raya kan dah nak dekat. Sambil buat untuk diri sendiri mana tau pulak ada nanti ada orang yang berkenan. Ingat dihati kalau 1st projek ok, aku nak buat untuk emak & sister aku juga. Oleh kerana tak ada kain kusyen seperti yang kak Ann guna, aku belasah aje kain balance buat kusyen. Yang penting projek tetap berjalan.

Inspirasi cookie canister dari Kak Ann maka terhasillah cookie canister ala-ala english style. Menggunakan ribbon warna maroon yang sinonim dengan english style. Cookie canister ini adalah gabungan sulaman riben menggunakan teknik folded roses,ribbon stich serta french knot. Tapi belum siap lagi coz belum lekatkan pada canister cookie lagi. Lepas ni baru nak pegi beli canister cookie. Rasanya nak gunakan glass cookie canister coz lasting & nampak stylish sikit.

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...