Sunday, December 19, 2010

'Bella' & 'Belang'








Dah lama tak posting... tak ada cerita baru nak dikongsi. Ari nie ada sesuatu nak diperkenalkan.

"Bella" & "Belang"... cuba teka apa dia.. Actually ini adalah ahli baru dalam keluargaku..
Bagi menggantikan "Kanggaro" & "Budak Kecik" yang mati sebulan lalu akibat demam, so aku adopt kucing baru.

Sebenarnya sedih bila ingat memori bersama "Kanggaro" dan " Budak Kecik", kedua-duanya ada cerita & karekter tersendiri. Namun nak buat mcm mana, bila ajal dah sampai..bagi makan ubat dan pi treatment pun tak sihat2.



Namun ok la.. mereka "pergi" dalam keadaan yang baik kecuali "Kanggaro' yang menghilang sebelum kematiannya. Puas aku cari merata-rata tapi tak jumpa.. akhirnya jiran bagi tahu yg ada kucing mati kat belakang rumah dia dekat sebulan yg lalu iaitu ketika Raya Haji. Dia yang tolong kebumikan kerana aku balik kampung ketika itu.

Ini ingin diperkenalkan "Bella" & "Belang"....


Tuesday, October 26, 2010

Bunga - bunga








Minggu lepas ke Carrefour Seberang Jaya... shopping2... akhirnya terpandang pokok2 bunga cantik punya.. maklum la Deepavalli dah dekat so.. kat situ ada jual bunga2 stok baru..macam2 ada.. dari green plant, orchid, roses, keladi, kekwa...

Apa lagi.. dari jauh cepat jer kaki melangkah laju sampai Cik Abang hairan kenapa... Oh.. syiot.. cantik tu..... Actually x berapa pasti jenis bunga apa.. bunga purple.. daun mmg mcm plastik. So.. apa lagi belek2.. rembat la satu pasu.

Pusing sebelah sana pulak.. mak oooooi... bunga ros pulak pujaan hatiku..Warna merah terang pulak tu.. meruntun jiwa betoi. kalau tak beli memang x boleh tido la dok teringat. Jadi nak dijadikan cerita.. fikir2 tak sudah. Dua pasu bunga dalam tangan...rasanya bunga purple tu.. bunga Bluebell kot coz bentuknya macam loceng gitu.. Tambah la koleksi bunga kat taman kecilku..Kira berbaloi juga coz kudup bunganya banyak, dekat2 15 kuntum gitu dan harga pun x mahal...

Sebelum ni aunty sebelah rumah ada bagi pokok orchid harimau dia yang dipotong.. dah semai dan hidup subur pun..alahai pokok orchidku bila la nak berbunga... kira pokok baru tu temankan orchid tu la.. Pokok orchid tu jenis yang ditanam dalam tanah.. tinggi betoi dia.. terpeluk tiang roman depan rumahku..

Mari Kait-Kait (Crocheting)




Salam Semua...

Terasa sungguh lamanya tak up-date entry kat sini. Actually rindu sebenarnya.. namun apa nak buat sooo busy lately. Lagi pun x ada cerita syok yang nak dikongsi..

Anyway entry kali ni kita balik ke kait-kait pulak @ crocheting. Ini kira projek tahun lepas... baru siap sebelum raya puasa hari tu..Oleh kerana saiznya agak besar.. jadi ambik masa lama la juga.. maklumla makcik kait masa dok tengok TV jer... Soo hayatilah..Design bunga nenas warna oren.. matching dengan sofa L shape kat umah. Oleh kerana x berapa faham crochet guna tulisan.. so guna diagram jer la.. Nanti saya akan uploadkan designnya.. ok.

Friday, July 16, 2010

Romantic Blue Roses





Salam Semua,

Rasanya sudah lama blog ini sepi. Sebenarnya bukan apa, banyak urusan lain yang sedang diuruskan. Untuk tatapan semua walaupun karyaku ini sudah siap dua bulan yang lepas.

Masih menggunakan teknik jahitan roses ribbon stich, french knot, carnation stich, fly stich, etc.
Selamat menghayati...


Tuesday, March 02, 2010

Blooming Roses Cushion Cover








Dah lama blog nie sepi. banyak benda nak buat sebenarnya... macam2 hal.
Actually jahitan sulaman RE ini start 1 minggu lepas. Dek kerana tugasan seharian dan aktiviti lain maka inilah hasilnya yang telah siap 3 hari lepas. Ini belum dijahit menjadi cushion lagi. Temanya masih menggunakan roses, ala-ala english style juga... but colornya terang sikit. Anyway... I hope my sister will love it.

Tuesday, January 26, 2010

Buku Anyaman Bakul Kertas










Banyak yang bertanya saya tentang teknik pembuatan bakul anyaman dari surat khabar. Saya nie tidaklah pandai sangat cuma belajar dari pemerhatian sahaja.Tiada pendidikan formal tentang anyaman ini. Ada beberapa pengunjung blog selalu bertanya bagaimanakah membuat anyaman ini, cara dan teknik.

Oleh kerana itu... saya telah terjumpa sebuah buku istimewa yang memaparkan semua teknik anyaman berasaskan kertas. Ia mudah dan senang dipelajari. dari yang zeroooo........ boleh jadi heeroooo. Tapi kena rajin ler. Dah lihatlah beberapa foto yang saya ambil dari Buku Panduan Hanazcraft. Dan lihatlah foto-foto hasil anyaman dari Hanazcraft.

Anda mungkin boleh memulakan bisnes dengan hobi dan kreativiti anda sendiri.

Untuk maklumat lanjut sila klik link berikut :

Thursday, January 21, 2010

Ros.. Ros... Ros







Bunga memang sinonim dengan wanita. Tak kira le apa bunga hatta bunga tahi ayam pun cantik untuk hiasan. Aktiviti tanam pokok2 bukan perkara baru bagiku. Namun dek kesibukan...banyak bungaku yang dah mati sebab tak terjaga..

Dengan azam dah pindah ke rumah baru... aku mulakan aktiviti ini kembali. Pasu2 dan pokok-pokok bunga lama dari rumah dulu aku rawat kembali... mmg betul. Pokok juga macam manusia. kalau rajin membelai, bercakap dan merawat pasti akan subur kembali.Nah akhirnya... pokok bunga kertas dan pokok bungan ros aku berbunga kembali...

Ini adalah koleksi terbaru pokok bunga ros yang aku beli di nursery.. satu warna merah oren & satu lagi warna kuning...

Masa ni belum pindah masuk pasu baru lagi. Petangnya aku tukar masuk ke pasu lain. Hopefully akan terus hidup ler kamu pokok bungaku.




Tuesday, January 19, 2010

Aku Dan Kucing







Aku dan kucing..

Mungkin ada chemistry antara aku dan kucing... bukan aku nak kata aku nie species dari kucing. Tapi kucing memang haiwan kesayangan aku sejak dulu. Seingat aku... kucing pertama yang aku bela masa umur aku 3 tahun... warna oren. Tapi dah tak ingat macam mana kucing tu mati.

Lepas tu... aku masih bela kucing coz semua family aku suka kucing. Ayah aku lagi ler... semua binatang dia suka bela. Termasuklah kambing, burung merpati, arnab, ayam belanda, burung puyuh, dan yang terbaru... itik angsa.
Berbalik kepada kisah aku dan kucing... cik abang aku pun suka kucing... kira ok ler.. lepas kawin baru kawin aku tau dia mmg suka kucing. Yang aku tahu... Nabi Muhammad s.a.w pun sukakan kucing dan kucing memang haiwan kesayangan baginda.
Tapi kebanyakan kucing yang aku bela mmg ada history yang tersendiri... ada yg suka bercakap, makan durian, suka tidor ngan orang, suka naik kereta dan pandai kejutkan kita bangun tido. Mak aku pernah kata kucing yang pandai @ cerdik mesti tak akan hidup lama. Tapi memang betul... kebanyakan kucing macam tu tak akan hidup lama. Dan ini memang true story... ada kucing aku kena langgar, orang curi...dan mati kerana sakit.

Dan akhirnya hanya inilah saja 2 ekor kucing yang masih ada dengan aku sekarang... Namanya Lion dan Kanggaro (krn masa kecil mcm kanggaro, bila besar baru nampak jadi macam kucing)

Dua-dua ekor nie... dah dilatih ke toilet sendiri... x menyusah... but so sweets about this two cats... seekor boleh cakap dan sekor lagi diam membisu... lapar @ tidak tunggu yg byk cakap mintak jer. Dan lihat ler aksi2 mereka selepas penat main kat taman aku.. tergolek dan terlentang tido... siap meleleh ayer lior....




ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...