Monday, April 16, 2018

Menu Diet Suku Suku Separuh

Menu Diet, Hilang 3-5kg Sebulan!

Assalamualaikum, hai gaiss. Hari ni MamiScha nak share sedikit tips dan beberapa menu untuk loss weight. Progress MamiScha dulu 10bulan++ MamiScha Loss 24-25kg. Jadi setiap bulan MamiScha loss 2-3kg macam tu. Alhamdulillah

Slowly but surely. Laju² nak pegi mana kan? Hahaha Dalam diet Mami, Mami pentingkan portion. 1/4 Carbs, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. Senang cerita boleh amal macam diet yang KKM sarankan tu. Suku Suku Separuh. Mudah faham.

Untuk permulaan, u gaiss boleh cuba makan jaga portion dulu. Then makan dalam piring yang lebih kecil supaya kita rasa makanan tu banyak sangat. Jadi otak pun akan set makanan tu cukup untuk buat kita kenyang.

Kunyah perlahan, Badan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kan signal kenyang ke otak, jadi kunyah perlahan. Mulakan dengan air kosong dahulu 1 gelas sebelum makan.

Cuba kurangkan makanan dan minuman yang manis². Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan boleh cuba dulu tips mudah yang MamiScha sarankan tu ok.

Dalam post ni Mami share beberapa menu MamiScha. Tak perlu ikut sebijik sebijik pun. U gaiss boleh ubah ikut kemampuan masing², kalau betul² follow InsyaALLAH boleh loss 3-5kg sebulan ikut badan masing² ya. Menu² ni boleh makan untuk breakfast, lunch dan dinner ikut keperluan masing².

Oh ya, Mami makan 6-7kali tau. Bergantung kepada keperluan mami untuk hari² tertentu. Jangan lupa snacking ya gaiss, snacking boleh ambil 2-3jam antara main meal. Boleh ambil healthy snack seperti buah buahan, kekacang, ubi keledek atau sumber protein​ seperti telur rebus.

kredit: SCha EllCha Lee

No comments:

Rose Jepun "Banana"

Haiii Haiiii...bersiaran lagi dari kebun seciput Kak Reen. #CiterRoseJepunKakReen lagi Jangan ade yang jemuu ehhh 😍😍 Ceritera weekend ...