Thursday, January 06, 2011

Hobi baru...Orkid la pulak

Salam semua...

Tahun baru... saja nak try hobi baru. oleh kerana selalu blog walking kat blog orkid akhirnya terjangkit la pulak.. Memang rasa cantik sangat tengok bunga orkid.. bunga yang terang, tahan lama.. so.. timbul rasa keinginan nak try tanam orkid pulak.

Orkid harimau yang neighbour sebelah rumah bagi dah mula hidup dengan subur. Bila la nak berbunga, tapi auntie tu cakap lama juga.. dok tunggu la.. tinggi mmg dah tinggi tapi belum masa lagi kot. Bela... letak baja.. harap-harap berbunga la..

Ari tu ada auntie bagi lagi bunga orkid.. "Dancing Lady" & anak orkid bunga warna purple. Tengah membelai pokok orkid tu ... dah tukar pasu...letak baja, harap-harap cepat membesar dan berbunga.

Hajat dihati nak tambah koleksi lagi.. semangat tahun baru yang berkobar-kobar. Tengah merengek kat Cik Abang buatkan rumah orkid.. nak tambah koleksi orkid.. Cik Abang cakap orait cuma masa jer tak ada lagi.. harap-harap Cik Abang tunaikan janji..

Salam Tahun Baru... Heeepi New Year

Salam tahun baru 2011.

Dah 6 hari berlalu.. baru hari ni sempat up date blog yg dah mula tumbuh kulat.. + sawang.. so.. kemas-kemas sikit apa yg patut.

Hujung tahun sibuk dengan appraisal ... bonus & kenaikan tahunan. Awal tahun macam biasa... macam projek kena buat termasuk big event untuk company "Annual Dinner". So byk benda yg nak kena buat & siapkan, dari A to Z. Hari ni cuma prepare apa yg tertinggal. Esok Final meeting, hopefully ok until event day on 8hb Jan 2011. Kalau success & semua orang happy pada malam tu alhamdulillah.

Tahun baru... Azam baru, harap semuanya akan terlaksana. Amin.....

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...