Sunday, February 27, 2011

Jom Tukar Sampah Menjadi Duit



Salam semua,

Hari cuti... sempat la berblogging.. kalau hari biasa keje tak boleh lama online internet banyak benda lain nak settled. Dalam dok berblogging terjumpa satu e-book yang dikira menarik juga ..
bagaimana menukar sampah menjadi duit tulisan Murniwati Anwar @ Cikgu Murnie.

Dalam e-book tersebut dinyatakan beberapa cara bagaimana sampah boleh dijadikan pelbagai barangan yang boleh membawa pulangan lumayan. Dari sekecil bahan buangan seperti kertas, botol tin, kain, surat khabar, besi dan lain-lain lagi. Hanya gabungan idea-idea kreatif, anda boleh membuat duit secara partime @ fulltime di rumah dengan menggunakan bahan terbuang.

Mari kita semua menjaga alam sekitar dengan mengkitar semula barangan terbuang menjadi sesuatu yang bernilai..dalam usaha menghijaukan bumi kita yang semakin tenat ini.

Berminat untuk dapatkan e-book ini boleh lawati ke link berikut :http://www.jutawansampah.com/index.php?ref=azreenafiza


Thursday, February 03, 2011

Adenium Obesum














Adenium Obesum...apa tu?

Mula-mula tak tahu juga apa bendanya.. maklum la belum kenal lagi. Memang pernah tengok pokoknya udah lama cuma tak tahu apa namanya aje. Actually itulah Kemboja Cina @ Desert Rose. Bunganya macam-macam warna.. merah terang, berlapis-lapis, kuning, pink, maroon, putih etc... ikhs... sukanya.. Dah la pokoknya cute comel ala-ala bonsai gitu. Sebab tu la.. berkobar-kobar nak tunggu pokok tu nak besar. Lama tu nak tunggu...

Lepas ke Lee Nurseri on Saturday, on Sunday aku teruskan proses re-pot 3 pokok adenium tu.. alamak 2 tahun nak kena tunggu bunga...Aku pilih 3 pokok yang terbaik.. Even yang satu tu saiznya agak kecil tapi dek kerana bentuk dan rantingnya yang cantik dan banyak aku ambil juga.. tanya hubby.. dia kata yang tu cantik kalau besar nanti sebab rantingnya boleh dibentuk nanti. Yang satu lagi satu batang jer. Tapi ikut kata pekerja Vietnam tu dan pembacaan aku.. bila dah besar sikit boleh dipotong dan biarkan tunas baru muncul..lagi cantik nanti.
Menggoogle...merayap kat blog2... akhirnya ku temui blog yang cukup terperinci tentang pokok adenium nie... http://www.afifiramli.com/ dan beberapa blog lain.

Banyak yang saudara Afifi kongsikan tentang adenium.. from beginner sampai buat grafting, rawatan dan jagaan khas adenium sakit.. memang complete la..

Jalan-jalan ke website http://www.adeniumseeds.com/ dari Thailand. Warna-warna bunganya adoii... tak boleh tahan la..bermacam-macam warna. Ini sebahagian ihsan gambar dari website adenium.com ... cuba layan. cukup mengancam.

Oleh kerana aku dan beli 3 pokok adenium masa ke nurseri hari tu.. jadi kena belajar la macam mana nak menjaganya.. maklum la budak baru belajar. Dari A to Z la nampaknya...

Nampaknya Adenium ni ada penggemarnya juga.. kalau dibentuk cantik-cantik memang mahal harganya. Dah tanya kat tauke nurseri.. pokok adenium dia yang memang fuhh cantik dari puluhan sampai ribuan ringgit..tapi nak bentuk2 cantik ni ambil masa lama ikut kata tauke tu la.

Kena sabar baru pokok tumbuh dan berbunga dengan cantik.

Tuesday, February 01, 2011

Ronda-ronda Di Lee Nursery









Sabtu yang lalu aku ke Lee Nursery di kawasan Mengkuang dekat dengan Empangan Mengkuang. Masuk ajer apa yang aku cari ialah pokok roses laa.... ahh... banyaknya roses yang Mr. Lee tanam dalam nurseri dia, merah terang, marron, kuning, putih, oren dll. Memang mekar betul bunga-bunga ros dia... penuh satu nurseri... geramnya.. kalau la ros kat umah aku camni... syok betul nie. Ingatkan adalah anak-anak pokok yang macam dia tanam tu... alamak dah abis pulak. Yang tinggal cuma ros merah dan pink terang yang bunganya saiz setengah tapak tangan. Besar juga bunganya. Ikut kata pekerja Vietnam kat situ... bunga ros ni tahan panas tak macam ros hibrid yang akan jadi bunga kecik lepas 1st blooming..

Jalan-jalan... Hubby cari pokok amra & anggur... tapi pokok amra & anggur hitam kurus sangat pokoknya.. takut bila dah beli dan balik tanam mati pulak.. so tunggu next time jer la..tunggu besar sikit.

Menyelusuri terus ke dalam nurseri banyak pokok orkid berbagai jenis termasuk orkid hutan pun ada, ada adenium @ kemboja cina, dahlia, bunga kertas, hydragea.. sebut aja nak bunga apa...sure ada. Sampai ada beberapa pokok bunga yang tak pernah aku nampak pun ada.

Akhirnya selepas kata dicapai... aku cuma beli 2 pokok roses warna merah & pink terang, 3 pokok anak Adenium (3 warna - pink terang, maroon,soft pink) yang kena bela 2 tahun untuk berbunga, sepasu pokok ati-ati, 2 pokok bunga dahlia... itu projek hujung minggu kerana perlu pindahkan pasu baru...

Walau apa pun hajat termakbul coz dah dapat apa yang aku inginkan... tambah koleksi pokok-pokok bunga ditaman comel aku...projek hijaukan bumi...terima kasih hubbyku sayang.. next time boleh bawa lagi...muah-muaaahh..

Cerita 2 Ekor Anak Kucing






Salam semua...

Entri kali nie bercerita tentang kucing lagi...tak abis-abis yer. nak buat camna dah minat..so layan ajela..

Alkisahnya 2 ekor anak kucing yang dibawa bersiar-siar dekat umah aku yang akhirnya ditinggalkan ibunya..pada mulanya aku memang betul-betul tak perasan namun bila terdengar anak kucing mengiau-ngiau kat luar rumah terus la keluar cari. Rupanya 2 ekor anak kucing dah ditinggalkan ibunya pada malam pekat. Dah la malam tu hujan renyai2... akhirnya sudah tak sudah tunggu ibunya tak kunjung tiba aku ambil keputusan ambil aje kedua-duanya. Takut juga masuk parit ke, kena langgar dengan kereta ke... sebab belakang rumah akau tu ada shop lots.. memang kereta keluar masuk tak berhenti. so pity both of them.Kang mati pulak kesejukan kat luar. Apa la punya jenis mak kucing aku pun x tau... Satu warna oren & putih dan satu lagi tompok 3 warna..so cute..kedua-duanya. Memang betul-betul kasihan dan mereka memang macam mengharap aja aku membela mereka.. siap buat muka sedih jer..

Masuk dalam rumah aku bancuh susu tepung... memang tengah lapar betul..habis minum susu yang aku buat. Ambil nasi pulak campur ikan sikit... pun abis licin... for sure mak dia bawa jalan2 sampai x sempat nak bagi makan.

Bila Hubby balik.. tanya dia ... macam mana dengan dua ekor kitten nie... dia cakap nak buat camna lagi... bela jer la... untuk sementara sampai emaknya datang... so sekarang campur Lion, Belang & Bella... dah tambah 2 kitten jadi semuanya 5 ekor la...

Tengok keletah dua-dua ekor anak kucing nie... nakal... belum ada nama lagi...tengah memikir nak letak nama apa pulak..Dan for sure Lion akan jadi abah angkat mereka lagi..macam dia bela Budak Kecik (sudah arwah) & Belang.

The next day.. siap tertidur dalam pelukan Lion (maybe 2 ekor kitten itu ingat Lion emak dia orang). That why kenapa aku begitu bangga dengan Lion... even dia ni kucing jantan tapi naluri keibubapaannya begitu menyerlah... so touching...

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...