Sunday, June 17, 2012

Makhluk Comel Yang Paling Ku Sayang

Salam hari minggu & Salam Isra' Mikraj...

Sure semuanya sedang bercuti. Hari ini artikel ini aku tulis ditujukan pada makhluk comel yang forever aku sayang... Cat @ kucing.
Seingat aku... kucing pertama yang aku bela semasa berumur 3 atau 4 tahun...warna oren. Family aku juga memang yang suka kucing terutamanya emak aku, adik perempuan aku & adik lelaki aku paling kecil. Dapat hubby pun suka kucing so... kucing & me... tidak boleh dipisahkan.

Dalam banyak2 kucing yang aku bela... ada beberapa yang masih aku ingat dan masih aku rindui coz kerana karakter yang pelik dan tak boleh aku lupa. Antaranya :

a) Kembang (mati kerana accident) - Suka makan durian & buah2an tempatan lain
b) Bubu & Dak Ciam (Hilang) - Juga suka makan durian & paling nakal
c) Sontorian ( juga mati kena langgar) - Suka kejutkkan aku & hubby waktu pagi. Kalau tak bangun dia akan gigit2 telinga sampai bangun
d) Kanggaro (hilang masa raya haji 2 tahun lepas) - adik yang paling responsible.
e) Belang (hilang juga tak dapat dikesan) - abang paling penyayang
f) Pak Tam - Ini kucing masa zaman aku kecik2 dulu. Dia suka naik basikal dan adik aku suka 
   bawa ronda-ronda dalam raga basikal.

Kini aku masih membela kucing dan yang masih ada dengan aku :

Buas - Bapa kepada Lion & Kanggaro. Masih tinggal dengan MIL di kampung
         (setiap hari nak nasi yang aku gaul even dah tak duduk serumah dengan aku)
Lion  - King of the house
Bella - Queen of the house 
Comot aka Emot - Prince of the house
Jojo & Jojie - 2 beradik yang dijumpa di belakang rumah.
E.T. aka Teey Teey - Kecik2 macam ET sekarang baru tukar jadi kucing
Bobby aka Obiey - makhluk kecil yang mucul dirumah ku pada hujan lebat 26/3/2012.
Bella Jr. - 2 ekor kitten - Boboi (boy) & Princess (girl) 
Jojo Jr. 4 ekor kitten ( belum taruk nama lagi)

Aku tidak pernah merancang semua ini terjadi dan mempunyai family sebesar ini. Alhamdulillah kehadiran kamu anak2 ku menceriakan hari mama & abah. Kita kongsi rezeki Allah swt bersama. I love u all. Muuuuaaaaahhhhh...



Lion - My Hero & My Love



Bella - The Queen



Comot aka Emot - The Prince 



Jojo & Jojie - ketika aku jumpa di belakang rumah 1 setengah tahun yang lalu


Bubu & Dak Ciam (Mama will always miss you). 
Semoga Allah melindungi kamu berdua di luar sana

Kanggaro - Masih ingat telatah nakal kamu anakku

Belang - Abang yang paling cool & macho. 
Di mana kamu sayang ? Mama missed you.



Foto ini ketika Emot, Dak Ciam dan Bubu masih kecil. Sangat cute dan comel.Tapi kini hanya tinggal Emot sekor jer. Namun mama masih rindukan Bubu dan Dak Ciam



No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...