Wednesday, September 11, 2013

Baja-baja Organik

Baja-baja Organik

Salam semua…Selamat bertemu kembali di alam maya.

Hari ini kita belajar perkara baru yang mungkin kebanyakan readers & gardeners sudah tahu iaitu baja-baja organik.

Tahukah anda bahawa bahan-bahan buangan dari dapur boleh digunakan sebagai baja pokok-pokok bunga & sayuran yang kita tanam. Kebanyakan daripada kita membuang bahan dapur tersebut yang sebenarnya sangat bernilai sebagai baja organik.
  
  1. Air basuhan beras – air basuhan beras boleh digunakan untuk menyiram pokok-pokok  bunga & sauran yang kita tanam. Selain dikatakan dapat menghilangkan hanyir ikan ia boleh menyuburkan pokok-pokok yang kita tanam.
  1. Air basuhan ikan – sama seperti air basuhan beras, air basuhan ikan juga dapat menyuburkan tanaman yang kerana menpunyai zat yang dapat menyuburkan pokok ros dan tanaman anda. 
  1. Air rendaman kulit bawang – kulit bawang yang digunakan didapur boleh direndam semalaman dan besoknya airnya boleh dijirus pada pokok anda. 
  1. Kulit pisang dan pisang yang sudah rosak boleh dipotong-potong dan ditanam didalam tanah. Ia mengandungi potassium yang bagus untuk pertumbuhan dan pembungaan ros. 
  1. Kulit telur – kulit telur boleh dihancurkan dan ditabur disekeliling pokok ros. 
  1. Kepala Udang, Tulang Ikan, Lemak Ayam – boleh ditanam didalam tanam tanah pasu ros.

  1. Hampas teh & kopi -  Kalau ada jangan dibuang dalam tong sampah. Anda boleh tabur disekeliling pokok ros anda.

  1. Baja tahi ayam, arnab, lembu & kambing – semua baja-baja ini hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum ditabur pada pokok anda. Pada zaman sekarang sudah banyak baja-baja ini yang sudah dikomersilkan. So anda semua boleh dapatkan terus dari nursery bunga (kena beli ye).

Selamat mencuba. Jumpa lagi….
 ….

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...