Friday, September 27, 2019

Resepi Pes Serbaguna Untuk Memudahkan Kerja Memasak

Assalamualaikum,
Selamat malam.

Tadi, ronda-ronda di Facebook, tetiba terjumpa info yang Kak Reen rasa patut dikongsi dengan semua.

Uuolss tengok sendirilah ye.

Resepi Pes Serbaguna Untuk Stok Sebulan. Siap Masak Dalam 30 Minit!

Sebagai surirumah atau ibu bekerja, kita selalunya akan memperuntukkan masa yang agak lama dalam sehari untuk memasak. Apatah lagi dengan Ramadhan yang bakal tiba, ibu tentu perlu bersiap lebih awal pada waktu pagi dan lebih ekspres pula sebaik saja pulang dari pejabat.

Jadi, untuk memudahkan anda, ada 7 resepi pes atau perencah yang dikongsikan di sini oleh Puan Asrimah Bakri. Dengan adanya stok pes ini, anda boleh memasak pelbagai lauk-pauk dalam masa 30 minit saja!

Jom kita lihat cara-caranya.

7 RESEPI PES SERBAGUNA UNTUK STOK SEBULAN
Pelbagai pes ini boleh dijadikan perencah serbaguna untuk memasak lauk-pauk harian anda. Kegunaannya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti.

1. RESEPI PES SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan

Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa
Cara-cara

1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)

3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.

4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.



2. RESEPI PES ASAM PEDAS
Bahan-bahan

Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1 sudu besar halba
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa.
Cara-cara

1. Macam biasa, panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan halba, serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau,

2. Masukkan pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.

3. Bila dah siap, sejukkan sekejap dan boleh dibekukan.

4. Bila nak guna, defrost dan masukkan ayam / ikan, bendi, tomato, atau air asam lagi (nama pun asam pedas, mestilah masam baru kaw!)

Tempat menarik di Johor
Foto Kredit: microscopasia.com



3. RESEPI PES TOMYAM MERAH
Bahan-bahan

Bawang Merah 10 biji*
Bawang besar 5 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Segenggam cili kering* (tak perlu rebus, terus masukkan dalam blender)
Cili api 10 biji* (optional)
Lengkuas 1 inci*
Halia 3 inci*
Serai 5 batang*
Daun limau purut 5-6 helai*
5 biji air limau purut (semasam yg anda mahu)
Sos ikan (nam pla)
Cara-cara

1. Tumis semua bahan bertanda * di atas kecuali air limau purut dan sos ikan.

2. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.

3. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula bersama 1 sudu serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa sebagai pengganti kiub).

4. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.

5. Bila nak makan, didih pes ini bersama air dalam periuk, masukkan ayam / daging / seafood / sayur-sayur, dan tabur daun ketumbar.

Tips: Kalau nak tomyam yang betul-betul pekat, blender tomato menjadi pes dan masukkan ke dalam tomyam. Kalau nak buat tomyam kungfu, masukkan susu pekat 3 sudu.



4. RESEPI PES TOMYAM PUTIH
Bahan-bahan

Bawang Merah 10 biji*
Bawang besar 5 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Cili Api 10 biji (tetak)*
Lengkuas 1 inci*
halia 3 inci*
Serai 5 batang*
Daun limau purut 5-6 helai*
5 biji Air limau purut/( semasan yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)
Cara-cara

1. Tumis semua bahan bertanda * di atas kecuali air limau purut dan sos ikan.

2. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.

3. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula bersama 1 sudu serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa sebagai pengganti kiub).

4. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.

5. Bila nak makan, didih pes ini bersama air dalam periuk, masukkan ayam / daging / seafood / sayur-sayur, dan tabur daun ketumbar.

Tips: Kalau nak tomyam kaw, masukkan susu pekat 3 sudu.

resepi pes
Foto Kredit: shutterstock.com



5. RESEPI PES RENDANG AYAM
Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara-cara

1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.

3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.

4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.

Resepi periuk Noxxa
Sumber: sajiandapurbonda



6. RESEPI PES SUP
Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup faezah
Rempah 5 sekawan (optional)
Cara-cara

1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.

2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.

4. Siap. Bekukan.

5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air seperlunya dan tambahkan ayam segar dan sayur pilihan. Boleh dimakan dengan nasi putih, bihun, mee, soto nasi, atau wantan.

rawatan penyakit kaki tangan dan mulut
Foto Kredit: sites.psu.edu



7. RESEPI PES KARI
Bahan-bahan

Bawang besar 5 biji*
Bawang kecil 10 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 5 inci*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba
Cara-cara

1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.

2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.

4. Siap. Bekukan.

5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.

resepi pes
Foto Kredit: indianhealthyrecipes.com

MUDAH KERJA!
Menurut Puan Asrimah, beliau boleh menjimatkan masa hingga 4 jam memasak dengan membuat persediaan ini. Senang sangat, lebih-lebih lagi dalam bagi supermom yang selalu sibuk!





Selamat memasak!

*Resepi asal oleh Puan Asrimah Bakri ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk mengikuti lebih banyak perkongsian daripada beliau, follow di Facebook Asrimah Bakri.


No comments:

CERITA TENTANG JATUH

Kau perlu jatuh sekali, untuk tahu siapa yang akan bertanya khabar tentangmu. Kau perlu jatuh untuk kedua kali, untuk tahu siapa yang ...