Saturday, January 28, 2012

Orkid "Spider" Dah Berbunga

"Spider" orkid semasa baru keluar kudup bunga



Orkid "Spider"sedang berkembang mekar


Cerita aku tentang orkid memang sudah lama tapi belum memulakan koleksi besar-besaran. Namun semenjak orkid "Spider" yang ditanam hampir setahun yang lalu berbunga, hati terus membuak-buak nak meneruskan koleksi orkid. Rasanya berbaloi melihat orkid spider berbunga hampir 2 minggu. Walaupun rasa lama betul menunggu orkid ni bebrbunga... namun rasa puas. Walaupun terpaksa menunggu lama tapi berkat kesabaran akhirnya dia berbunga juga.

Kira-kira ada 10 bunga orkid dalam setangkai. Eeeeiiii.......sukanya.


Sekarang aku memulakan orkid yang paling mudah & tahan lasak... orkid mokara. Ada 3 jenis yang aku beli semasa Ekspo Majlis Perbandaran Kulim hujung tahun lalu. Cuttingnya harga RM 6.00, dibeli dari Nurseri orkid dari Sungai Tengas, Kulim. Warna Red, Yellow & Purple.

Hopefully hidup la.

Sunday, January 08, 2012

Kejutan Tahun Baru 2012




Salam....


Fobia... memang betul2 fobia. Sejak aku memelihara kucing ini, fobia kucing hilang dan mati memang perkara yang tak mahu aku masukkan dalam diari kehidupan. Tapi... adatlah hidup-mati, sihat-sakit,jumpa-hilang, etc...
Tahun baru tanggal 6hb Januari 2012 aku dikejutkan dengan cerita my "Lion" keluar umah tak balik2. Memang dia kucing kesayangan aku dan hubby coz dia pandai, cerdik dan boleh diharapkan even al-ala pon-pon.. sikit. dia bapa penyayang.
Dari kecik sampai besar.. dia cuma akan makan kat pinggan dia saja, x pernah kacau makanan orang. Memang betul-betul terlatih..Aku jadi haru biru juga ingatkan dia sampai tak boleh nak makan & tido.. cik abang cakap maybe dia gi jalan-jalan cari awek.. malam tu akau tunggu juga kot2 dia balik tapi tak juga.Macam2 aku fikirkan... mungkin orang buang ke? kena langgar etc.. apa yang dia makan agaknya. Kalau dengan aku makan on time.
Namun pagi tadi dalam pukul 6.15 pagi, aku buka sliding door... ahak.s... dia dah tunggu kat depan pintu... alhamdulillah... mengiau dia... nak marah pun memang ada. Tapi bial tengok muka dia yang cute tu... tak jadi pulak nak marah.


Yang penting dia dah balik... syukurlah...

Friday, September 30, 2011

Gloxinia - Sekadar Bereksperimen

Salam,

Bercerita tentang pokok Gloxinia yang dibeli beberapa bulan lalu di Tesco Seberang Jaya. Hingga kini masih berbunga. Tambah-tambah lagi yang warna maroon. Berbunga bersulam ganti. Banyak buds baru muncul di celah-celah pohon induknya.

Hasil pembacaan tentang penjagaan dan pembiakan Gloxinia dari internet dan forum, aku pun bereksperimentasi. Pembiakan melalui daun. Alhamdulillah dari 3 ranting daun sihat yang disemai didalam pasu ada satu yang membuahkan hasil. Ingatkan dah kantoi... tetapi rupa-rupanya menjadi. Mula-mula memang dah frust sebab semuanya tak nampak kesan tapi lepas korek pasu hari Sabtu lepas rupa-rupanya ada ubi gloxinia baru yang tumbuh.

Hari ini aku dah mula nampak anak-anak daun baru mula tumbuh melalui ubi tersebut... yahooo... my experiment for gloxinia successful. So.. try lagi.. ranting-ranting gloxinia yang tumbuh aku kerat, letak hormon penggalak akar dan semai dalam pasu... hopefully berjaya juga.

Caranya senang saja... ambik daun gloxinia yang sihat dan cantik. Potong biar tangkai daun panjang sikit untuk cucuk dalam tanah. Letak hormon penggalak akar dan tanam ke dalam pasu yang berisi peat moss atau tanah nurseri. Letak dibawah teduhan dan siram air. Jangan terlalu lembap sangat takut batang daun lembik coz gloxinia terlalu sensitif kepada air yang berlebihan. Maklumat lanjut kat malay forum, cari gloxinia discussion. banyak info.

Selamat mencuba. Sama-sama kita menghijaukan bumi

Friday, July 29, 2011

Kraf Anyaman Surat Khabar

Salam,

Ada beberapa pengunjung telah e-mail saya tentang anyaman kraf surat khabar ini. Tapi saya pun belajar dari internet dan sumber-sumber lain. Try & error. Akhirnya jadi la...

Tapi itulah tak sempat nak membuat tutorial untuk yang bertanya. So... kepada sesiapa yang nak belajar basic anyaman surat khabar ini saya sertakan blog yang boleh anda kunjungi.... http://jom-buat-kraf.blogspot.com/ dan http://umiecraft.blogspot.com/ dan http://nurmuharram.blogspot.com ... cuba belajar dari sana ok.

Selamat menganyam...dan mulakan usaha anda.

Thursday, July 21, 2011

Gloxinia In My Small garden







Salam bersua kembali.

Ini koleksi bunga terbaru dalam tamn kecilku. 2 pasu Gloxinia yanga aku dapat minggu lepas masa shopping kat Tesco Seberang Jaya. Sebenarnya dah lama tengok bunga ni maybe sebelum ni bunganya dah layu dan tak cantik jadi tak tergerak hati nak beli.

Tapi last week maybe bunga baru sampai jadi bunganya masih segar bugar. Ada 3 kaler sebenarnya Pink, Merah & Purple. Harganya pun muran jer tak sampai RM 8.

So... aku decide ambik warna pink 7 merah. Hopefully boleh la hidup. Rupanya Gloxinia ni pokok indoor. Adik beradik macam african Violet. itu selepas goggle kat internet cari nama pokok ini.

So... sekarang ni belajar menjaga la pulak. Pokok ini sensitif juga. Sejenis pokok berubi. Boleh dibiakkan melalui keratan batang, daun dan ubi.Itu pun dapat dari internet...

Thursday, June 23, 2011

Gaya Tidur Sang Kucing

Momot Lena Tidur Sampai Tertonggeng
Jojo & Jojie Sedang Enak Melayan Mimpi

Momot, Tabu & Dak Siam asyik dalam dakapan Lion


Jojo sedang memikirkan masa hadapan


Belang (baby sitter) dan Lion saling berpelukan....


Jojo & Jojie Dalam Dakapan Lion "bapa mithali"


Wednesday, June 22, 2011

Pokok Kucing Galak

Pokok Kucing Galak



Setelah beberapa lama aku membela kucing baru aku tahu rupanya ada sejenis pokok yang selalu kucing cari kalau mereka sakit. Rahsia ini pun aku dapat dari seorang pakcik yang datang mengutip derma kat rumah aku. Dia cakap pun lepas tengok aku pun ada bela kucing. Dia kata bila kucing sakit macam demam, cirit birit, selsema... pasti mereka akan cari herba ini untuk makan. Akhirnya... dia tunjuk pokok ini kat aku... dia kata orang pun boleh makan tapi kena ikut nasihat doktor dulu la...So sekarang ni kalau kucing aku sakit atau demam aku cari pokok ini lah...


Sumber dari internet....



Nama tempatan : Kucing Galak
Nama Saintifik : Acalypha Indica
Nama Lain : Indian copperleaf, India acalypha

Famili : Euphorbiaceace

Lokasi Dijumpai : Tumbuhan liar


Keterangan :

Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar di negara kita walaupun dikatakan berasal dari India. Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 ~ 1 meter. Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan memakan akar dan daunnya.

Kegunaan :

Digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional dan homeopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk. Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.


ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...