Thursday, July 17, 2014

KUIH TAKO aka TEPUNG PELITA

Assalamualaikum….

Jom ari ni kita beresepi pulak…kita main masak-masak ye….

Untuk pengetahuan semua, kuih tako ni adalah kuih favourite achik Reen……setiap kali bulan puasa memang kuih ini yang achik Reen cari kat bazaar ramadhan..…
Memang sangat sedap dan lembut…

Resepi ni yang achik Reen jumpa dalam FB…..dikongsi dalam sebuah group masak-masak. Dah tak ingat group apa…

Untuk tidak lupa, jadi achik Reen kongsikan di sini…so kita boleh cuba sama-sama ye…



                                                             Foto : Kredit tu Cik Google


KUIH TAKO/TEPUNG PELITA

Lapisan bawah
1 cawan tepung jagung
1cawan gula
5 cawan air
sedikit pewarna hijau
2 daun pandan disimpul
4 sengkuang cina [dikupas kulit dan cuci bersih dan potong dadu kecil kecil]

Lapisan atas
4 1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam

Cara cara

Lapisan bawah - satukan semua bahan bahan masak hingga pekat [ lebih kurang 15 minit],
sentiasa dikacau dan last masukan sengkuang cina kacau sekejap matikan api.
masukan dlm kelongsong pandan atau mangkuk plastik yg kecil kecil.biarkan sejuk.

Lapisan atas -satukan bahan bahan masak hingga pekat [ lebih kurang 15 minit] hendaklah
sentiasa dikacau. tuang kedalam kelongsong tadi , siap dan sejukan

Kalau x der kelongsong, dalam bekas plastic comel-comel tu pun boleh….


Cara Lipat Daun Pandan untuk kelongsong (Foto : Cik Google)



Wednesday, July 16, 2014

Bintang-bintang Bertaburan….


Dah lama tidak berkongsi dalam dunia kraf….

Ari ni achik Reen nak kongsikan seni origami yang sangat popular masa sekolah dulu..
Ini macam throwback le…mengimbas kenangan….

Buat bintang berwarna-warni…simpan kemas2 dalam botol yang dihias cantik…boleh dibuat sebahagi cenderahati lagi….

Sebenarnya achik Reen pun dah tak berapa ingat macam mana nak lipat bintang-bintang ni...Hi…hi… maklumlah otak lama… ada sikit yang dah karat….

Untuk mudahkan achik Reen ingat semula stepnya, so achik Reen kongsikan ye untuk kegunaan achik Reen dan kawan-kawan semua






Tuesday, July 15, 2014

Tilladansiaku Dah Berbunga

Hi...hi.....

Sudah puas menunggu...akhirnya pokok air plant achik Reen si Tilladansia berbunga...
Cantik bunganya weh... teruja tengok...

Dari sepokok kecil yang sangat comel sekarang mula melahirkan baby-baby comel...
Cantik sangat....ini adalah kali pertama achik Reen tengok bunga Tilladansia secara life tau...

Seronok tak terhingga bila dah berbunga...rasa berbaloi-baloi..








Saturday, July 12, 2014

Ros Jepun Hibrid Kelopak Besar


Mari-mari…..tengoklah sini… pandanglah saya…saya cantik tak…???

Ini koleksi ros jepun jenis hibrid bersaiz besar yang ada di laman achik Reen. Buat masa ni achik Reen cuma ada 4 jenis ni sahaja…Pink Gelap, Putih, Pink/Putih dan Pink…

Jika diperhatikan, ia memang bersaiz agak besar jika dibandingkan dengan ros jepun yang biasa. Bunganya pun kembang lebih lama sampai petang…

Yang achik Reen ada sekarang, kebanyakannya achik Reen dapat dari nursery…Cuma yang kelopak warna pink/putih tu achik Reen beli dengan sifu ros jepun achik Reen akak Rohani Kamis…
Sekarang achik Reen tengah biakkan…insyaallah…dah banyak boleh open for sale pulak…


Jom layan bunga-bunga comel ini….memang serius sangat cantik dan lawa….teruja melihat ros jepun ini berkembangan….
















Thursday, July 10, 2014

Rezeki Dengan Ros Jepun


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Siapa sangka dengan mula berdikit-dikit menanam Ros Jepun sebagai hobi akhirnya aku terjebak pula dalam bisnes online bunga….

Ha….ha…..macam tak percaya pulak… tapi itulah….. tahun ini ada rezeki buat bisnes online jual bunga. Tapi ros jepun sahaja tau…bunga-bunga lain belum lagi… tapi ada juga yang bertanya adakah acik ni menjual pokok-pokok lain juga…

Tapi mungkin pada masa akan datang… mana tau rezeki kan…achik Reen jual pokok-pokok lain pulak kan...

Dengan ros jepun dan pokok bunga-bunga juga acik Reen dapat ramai kawan-kawan yang sealiran yang amat suka dengan pokok-pokok bunga. Makin meriahnya hidup….bila dapat jumpa dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama malah dari seluruh Malaysia…

Alhamdulillah….banyak kawan luas pandangan dan berkongsi bermacam-macam maklumat berkaitan penanaman dan penjagaan pokok bunga. Rasa bahagia dan gembira sangat biarpun hanya berkomunikasi di alam maya.

Bermulalah episod baru dalam hidup acik Reen. Acik Reen mula dengan menjual keratan ros jepun berlapis… ada 8 jenis ros jepun berlapis (double layered) iaitu pink, putih, pink/putih, kuning, peach, merah, oren dan pink gelap (maroon). Achik Reen jual murah-murah aje… ikut apa yang ditetapkan dalam group…harga standard RM 1 untuk 7 keratan. Tapi selalunya achik Reen bagi lebih…kekadang ada FOC lagi…

Bila dah ada koleksi ros jepun selapis achik Reen dah mula mendapat ramai pelanggan.Suka suki kat Group Peminat Rose Jepun memulakan segalanya. Bermula dengan beberapa orang pelanggan kini achik Reen tak menang tangan. Macam-macam kerenah…pelanggan...sabar ajelah...Asam garam berniaga...

Bermain panas menanam ros jepun, kerja-kerja membaja, menyiram, memetik dan mempacking…semuanya rupanya bukan mudah. Setiap keratan ros jepun yang acik Reen petik perlu dipacking dan dilabel berasingan mengikut jenis untuk memudah pelanggan menanam nanti. Dah siap semua perlu tulis nota penghantaran Poslaju…lepas tu pergi ke Poslaju pulak…banyak kerja juga rupanya…memang remeh…

Namun ini semua adalah satu pengalaman yang cukup seronok dan menggembirakan. Gembira kerana dapat berkongsi minat dengan teman-teman sealiran…gembira kerana dapat melihat bunga comel ini menguntum hidup subur di laman orang…sungguh bahagia rasanya…


Bunga-bunga achik Reen dan mula bertebaran dari utara hingga ke selatan. Mula menguntum di laman orang… waduh… puitis banget ni… ada yang teruja bila dah dapat parcel dari achik Reen… achik Reen tumpang bahagia kawan-kawanku…setiap hari ada pelanggan yang update tentang perkembangan ros jepun mereka…gembira bukan kepalang bila mereka bercerita yang ros jepun mula subur di laman mereka…


Untuk pelanggan yang achik Reen kasihi…terima kasih kerana sudi berurusan….

Terima kasih daun keladi...kalau nak belilah lagi....

Wednesday, July 09, 2014

Torenia Pink & Purple


 Assalamualaikum dan salam sejahtera…bersua lagi kita ya….

Masih ingatkah kawan-kawan dengan semaian torenia achik Reen hari tu….

Jeng…jeng…tengok-tengok…selepas dijaga-jaga dan dibelai…akhirnya dia dah berbunga.  Bila berkembangan menguntum banyak-banyak….memang sangat lawa….Tapi kali achik Reen sangat gembira kerana……tetiba munculnya torenia warna pink ini…dulu masa mula achik Reen tanam hanya ada warna purple. Entah dari mana agaknya torenia pink ini….

Pokok torenia ni achik Reen tanam dalam pasu saja…tapi ada yang menanam torenia di atas tanah sebagai tanaman sempadan (border). Bagi achik Reen yang cuma ada laman seciput…jawabnya tanam dalam pasu ajelah… nak buat border memang tak banyak ruang……tapi teringin juga…insyaallah satu hari nanti achik Reen akan bina sebuah taman comel ditepi rumah achik Reen…

Lihatlah keindahan kuntum-kuntum comel cik Torenia Pink dan Purple ini !!!

  



Tuesday, July 08, 2014

Cara Menanam Ros Jepun - Ini caraku....


Assalamualaikum…dan salam sejahtera…

Ari ni acik Reen just nak share cara acik Reen tanam Ros Jepun. Lain orang mungkin lain caranya…Ini cara yang acik Reen selalu guna jika hendak menyemai atau menanam keratan Ros Jepun.

  1. Masukkan tanah dalam pasu/pot/polibag. Jika guna tanah yang 6 in 1 boleh guna terus tidak perlu campur apa-apa lagi. Jika anda menggunakan tanah hitam perlu campurkan tanah merah, baja organik untuk memjadikan tanah lebih subur. Selalunya acik Reen akan gaulkan seminggu awal dengan baja organik biar mesra baru digunakan. Ros jepun perlukan tanah yang bersaliran baik. Tidak mahu tanah yang bertakung air. Batang rose jepun mudah lembik jika terlebih air.
  2. Siram tanah dengan air sehingga basah.
  3. Lepas tu bolehlah cucukkan ros jepun.
  4. Letak di tempat teduh yang ada juga sinaran matahari semasa proses awal semaian.
  5. Siram bila perlu atau nampak tanah sudah kering.
  6. Jika pokok dah nampak subur bolehlah pindahkan ke tempat yang panas (ada sinaran terus matahari)
  7. Lepas seminggu bolehlah pokok dibaja dengan baja pertumbuhan (warna hijau), baja bunga (warna pink)  dan baja kopi.
  8. Ros Jepun perlukan matahari, air dan baja yang mencukupi untuk hidup dan tumbuh subur.
  9. Tunggu ajelah tak lama lagi keluarlah kudup-kudup bunga nanti dan dengan meriahnya berbunga…
  10. PERINGATAN PENTING : Ros Jepun juga  kadangkala mudah diserang oleh haiwan/serangga perosak termasuk siput babi, bena putih, ulat daun dan belalang. Jadi berjaga-jagalah sebab serangga semua ni kita tak tahu bila akan menyerang. Untuk serangan siput babi, bolehlah gunakan racun siput dan serangan bena putih pula boleh gunakan semburan aerosol H2O ataupun campuran solution organic yang pernah diberikan sebelum ini. Untuk serangan bena ada yang menggunakan Malathion dan juga Furadan. Perlu diingatkan semasa menggunakan bahan kimia terbabit...sila pastikan langkah-langkah keselamatan di ambil.
 Selamat mencuba dan selamat ber ros jepun...



….

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...