Saturday, December 01, 2012


Kiwi Zespri….

Buah kiwi.. ini adalah salah satu buah favourite my hubby & me. Kalau pegi shopping buah ini memang tak boleh lepas untuk dibeli.Selalunya jenama Zespri la yang paling banyak kat shopping complex. So.. asyik dok makan jer buah kiwi, saya ingin kongsikan khasiat dan fakta tentang buah kiwi ZESPRI ni.

Apa maksud ZESPRI?

ZESPRI™ ialah satu jenama, seperti Sunkist dan Dole. Is mewakili tenaga dan vitaliti yang terdapat dalam buah Kiwi New Zealand. ZESPRI™ International dimiliki oleh lebih daripada 2, 500 penanam buah kiwi New Zealand, dan menjual 100 juta dulang buah Kiwi HIJAU dan EMAS setiap tahun. Buah Kiwi adalah penyumbang besar kepada ekonomi New Zealand dan para penanam ZESPRI beriltizam untuk menghantar hasil buah yang terbaik ke Asia.

Bagaimana pula HIJAU lawan EMAS? Apakah manfaat-manfaat kesihatan berbeza?

Kedua-duanya padat dengan khasiat nutrisi, dan hampir sama dari segi manfaatnya. Perbezaannya adalah dari segi "hebat" dan "sangat hebat". Contohnya, satu hidangan EMAS mempunyai lebih daripada 300% Vitamin C saranan RDA, tetapi HIJAU mempunyai lebih daripada 200%, Kedua-duanya adalah sumber yang baik untuk vitamin ini yang berperanan memastikan kesihatan anda dan memastikan anda penuh bertenaga.

Apakah khasiat-khasiat nutrisi buah kiwi?

Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan buah Kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrien daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna, anda memperolehi kebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan banyak buah-buahan lain. Satu hidangan 2 buah Kiwi mempunyai lebih banyak Vitamin C berbanding dengan 2 biji buah oren, lebih banyak potasium daripada sebiji pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin kepingan sekam. Buah Kiwi ZESPRI™ juga dinamakan SuperFood dalam buku laris karya Dr Steven Pratt terbitan NY Times, SuperFoods HealthStle.
Sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren. Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria. Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirn. Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.


Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar. Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak. Kajian juga mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu membaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang. Bagaimanapun untuk warga emas yang mempunyai penghadaman yang lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah  sebelum tidur.

Oleh itu, marilah kita mulakan makan buah kiwi untuk mendapatkan khasiatnya.

Lihatlah proses penanaman dan pengeluaran kiwi di  ladang.




No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...