Monday, March 18, 2013

Jom Tanam Taugeh Sendiri



Ini adalah taugeh. Semua orang suka makan taugeh. Sedap digoreng tumis ringkas, tumis air, taugeh ikan masin, sayur lemak dan macam-macam lagi.

Sebenarnya bukan susah nak menanam taugeh. Jom kita sama-sama try yer :

Apa yang diperlukan ialah, biji kacang hijau, balang bersih, kain net dan getah/tali untuk menngikat.
Kuantiti kacang ikut suka jer. Nak banyak mana.

1. Mula-mula ambik biji kacang hijau hijau, cuci bersih-bersih. buang kacang yang rosak/timbul. Lepas cuci bersih-bersih rendam selama 12 jam.

2. Lepas diremdam selama 12 jam. Bilas lagi sekali dan masukkan dalam balang. Tutup mulut balang dengan kain net dan ikat dengan getah supaya mudah unutk membilas nanti.

3. Letak macam foto kat atas tu. Tak payah rendam lagi.Kita akan nampak kulit kacang akan pecah-pecah sedikit. Itu memang proses biasa.

4. Kemudian simpan kat tempat gelap untuk proses percambahan.

5. Lepas tu bilas kacang selepas setiap 12 jam. Balang hendaklah di simpan di tempat gelap. Jika tidak taugeh yang terhasil akan jadi warna hijau. Jangan lupa ya bilas setiap 12 jam. Pada ketika ini taugeh dah dalam proses nak jadi. Selalunya selepas hari ke-3 atau ke-4 taugeh dah boleh dituai dan dimasak.

Selain kacang hijau, antara kacang lain yang boleh digunakan adalah kacang soya, taugehnya jadi besar-besar, kacang hitam...

Ok... selamat mencuba.

Foto : ehsan cik Google.



1 comment:

Dalila yusof said...

bagus tanam taugeh ni..jimat

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...