Teman-Temanku

Saturday, March 23, 2013

Teknik tanam pokok bunga ros.

Kredit to FB Jom Tanam Sendiri. 

Di sini Reen kongsikan teknik yang boleh kita try sma-sama for roses lovers.

1. Potong 20-23 cm panjang beberapa batang pokok bunga ros. Buang semua daunnya.

2. (Pilihan) Terdapat tips daripada penggemar tanam sendiri untuk mencucuk keratan batang dengan ubi kentang. Katanya untuk mengekalkan kelembapan pada batang pokok dan memberi galakan untuk batang tumbuh akar.

3. Tanam pada lubang batas yang disediakan (14-16 cm dalam). Jika guna pasu, bolehlah pada dalam pasu.

4. Kambus dan padatkan sedikit tanah sekitar keratan batang. Jika pada pasu, guna tangan (bukan kaki!).

Jangan lupa siram setiap hari. Dalam masa 1-2 minggu insya-Allah akan ada tumbuh pucuk di celah-celah ruas keratan batang.


4 comments:

melati biru said...

wah senag rupanya tanam pokok ros ni

Anonymous said...

memang mudah nk tanam...tp nk maintain tu mcmner ye??

cucubulat said...

salam,,berapa hari cucuk kat ubi kenttangtu n tanam sekali dgn ubi kentang ker?..

fazliana said...

pelik je cucuk kt potato..nnti kuar potato plak...hehe...