Saturday, March 23, 2013

Tilladansia

Salam semua. Selamat bersua kembali..
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan March. Dah 3 bulan kita di dalam bulan March.
Reen pun busy sket.... dulu Reen cuma buat koje Admin/HR plus Payroll sekarang boss panggil Reen buat ISO pulak lepas adik Diana yang sorang tu resign. Mula-mula macam nak menolak jer but.. its good for future. So.. ambil challenge ni untuk tambah ilmu. Tak rugi belajar. 

So dalam kesibukan tu... semasa Reen pergi beli tanah kat nursery.. terjumpa la pokok yang sangat comel dan kiut ni. Tokey nursery tu kata nama Tillandansia. Tak payah jaga dia.. cuma spray air jer.. 
So.. Reen beli la dengan rega RM 10 sepokok. Try sepokok dulu.

foto dari google 

fot dari google 

                                                           Pokok Tillandansia yang Reen beli

Masa beli lekat kat papan jer. 
Macam tak cantikla pulak. 
Reen modify lekatkan kat batang pokok yang dipotong.

Dibawah ini Reen sempat la google cari indo cara tanam pokok cute ni.
Sumber dari Forum OPM :

Just sharing.

1. Guna tunggul kayu - beli aje kat kedai akuarium atao cari sendiri dalam hutan atao kebun sawit 

[image]

2. Free media - ikat je pokok tu dan gantung

[image]

3. Guna PVC paip - idea ni keluar masa wa punys stok tunggul kayu dah abis, ternampak la PVC lama tak guna..so try je le, ok gak sebab ringan dia ni

[image]

4. Guna simenferro - no wa saja nak test boleh ke tidak, jawapan nye OK..pokok wa makin membesar tanpa masalah

[image]

5. Rantai plastik - ni idea terkini wa..ringan dan siap ada tempat nak sangkut dah..sekaki baru rm0.70 je.

[image]

Sumber dari Berita Harian:

POKOK Udara Tillandsia yang dipaparkan tidak lama dulu bukan saja mudah ditanam dan dijaga tetapi juga amat mudah dipamerkan dengan cara yang lebih unik, kreatif dan menarik sekali menggunakan pelbagai bahan atau barangan hiasan. 

Yang menarik mengenai pokok Tillandsia ini ialah ia mudah dipamerkan dalam pelbagai cara dan sesuai dijadikan bahan hiasan yang unik, cantik dan menarik untuk menghiasi kediaman anda. Sebenarnya ia boleh dipamerkan dengan hanya melekatkan pada batang kayu, batu, seramik, kaca, batu karang, cermin dan pelbagai barangan lain. 
                                                 Pameran pada batang kayu mati Pameran Tillandsia pada batang kayu mati adalah seperti di alam semula jadinya kerana ia mudah hidup menumpang di pokok lain atau kayu mati dan sebagainya. 



Kayu hanyut 
Kayu hanyut mempunyai pelbagai bentuk yang unik untuk dijadikan bahan bagi mempamerkan pokok Tillandsia ini agar tampak unik dan lebih menarik lagi. 

Jaring dawai besi 
Ini adalah kaedah yang paling mudah untuk mempamerkannya, contohnya spesies Tillandsia oaxacana iaitu dengan hanya sangkutkan pada jaring dawai besi. 
Pelbagai cara pameran di atas adalah sesuai untuk digantung, memang cantik untuk menghiasi ruang sempit seperti apartmen atau pangsapuri dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk pameran di ruang seperti balkoni dan patio untuk semua jenis kediaman seperti banglo, rumah teres dan sebagainya. 

Namun jika ingin mempamerkannya pada benda keras seperti di atas anda harus melekatkannya dengan kuat menggunakan salah satu kaedah berikut:
  • 1. Mengikatnya menggunakan dawai taman, dawai, tali tangsi, tali rafia dan sebagainya. Kaedah ini sesuai untuk melekatkannya pada batang kayu, batu, seramik, kaca, batu karang, cermin dan sebagainya. 
  • 2. Gunakan gam atau ‘UHU glue’ yang menggunakan bahan bukan berasaskan campuran dan bancuhan air. Kaedah ini sesuai digunakan untuk melekatkan pokok Tillandsia ini pada batu, kayu, bahan seramik, kaca dan sebagainya 
  • 3. Gunakan paku kecil untuk melekatkan pada benda seperti batang kayu, kayu hanyut dan sebagainya

Idea pameran unik Tillandsia dalam kulit siput 
Ada satu cara yang mempunyai kelainan dan keunikannya yang tersendiri serta mudah dilakukan iaitu dengan menanam atau mempamerkan pokok Tillandsia ini dalam kulit siput. 

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...