Assalamualaikum…
Dua minggu lepas pada 22hb Mac
2014 dan 23hb Mac 2014 acik Reen, hubby, adik lelaki dan isterinya ambil peluang makan angin ke Cameron Highlands
selama 2 hari 1 malam.
Memang dah lama acik Reen tak ke Cameron Highlands …rasanya dekat 15 tahun
kot....ishh…ishh lamanya tu. Bukan tak nak pergi tapi tak der plan nak ke sini.
Selalu pergi pun kita ke tempat lain…tak jadi nak ke sini…kerana jarak
perjalanan yang jauh. Tapi bila dah ada jalan baru ikut Simpang Pulai acik Reen
memang nak pergi sangat…
Last minit punya plan…jadilah
pulak. So, kita semua ambik keputusan ke Cameron Highlands pada 22hb Mac 2014
lepas wife adik acik Reen balik kerja shif malam. Bertolak dari Kulim pun dah
hampir pukul 12 tengahari…sampai ke Cameron
Highlands pun dah petang
hampir 4 petang. Kita ambil keputusan berehat di hotel di Brinchang dan keluar
semula ke pasar malam selepas maghrib.
Lepas manghrib kita ke pasar malam
berdekatan hotel..Macam-macam yang dijual dari sayur-sayuran, makanan, pokok,
pakaian, fridge magnet, key-chains, dan yang paling banyak mestilah buah
strawberry…dan macam-macam lagi…Acik Reen beli jagung baker manis…memang sedap
dan manis sangat…
Malam di Brinchang, Cameron
Highlands sejuk sangat…masa dinner pun terasa angin sejuknya menggigit tulang,
acik Reen tengok handphone dan suhu pada waktu tu 17°C…auuuwwww…sejuknya. Tapi hubby acik Reen
relaks ajer..tak pakai sweater pun…tahan dan tebal betul lemak dia…ha…ha… kutuk
hubby sendiri la pulak..
Hubby acik Reen ketawakan kami
semua kerana tak tahan sejuk…dia cakap dia dulu duduk kat London lama…so tak kisahlah sejuk-sejuk macam
nie…biasa saja bagi dia..(dalam hati acik Reen kata…London la sangatkan ….jejak pun x pernah).
Acik Reen, Sister in Law siap berjaket lagi…memang sejuk…Acik Reen siap
berstokin lagi… memang tak tahan kesejukannya…
Esoknya kita ke Cameron Bharat Tea
Plantation, MARDI, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap etc….memang full dari pagi
sampai ke petang. Lepas breakfast kita ke Cameron Bharat Tea Plantation di Tanah
Rata…ramai betul orang walaupun cuti sekolah baru bermula. Kita orang siap
posing-posing dalam kebun teh. Dapatlah menikmati angin pagi yang sangat segar
dari ladang teh ni. Dah puas jalan-jalan dan posing dalam kebun teh, kami semua
naik ke cafe pekena teh tarik untuk 6 gelas berharga RM 22.00. Siap makan
dengan donut dan sandwich…lagi. Sangat santai dan best sekali dalam cuaca yang
agak dingin.
Kami sempat masuk dalam kedai kat
situ, borong apa yang patut…yang semesti kena beli ialah Teh Boh Bharat Valley
le..hubby beli mug Bharat
Valley ..acik Reen beli
baja teh kompos…(baru dok cari info macam mana nak guna baja tu)…hi…hi…
Habis di Cameron Bharat kami
bergerak ke MARDI..sempat tinjau-tinjau ladang strawberry contoh kat situ..pelbagai pokok herba,
bunga-bunga dan tumbuhan di tanam kat situ…teruja sangat tengok bunga-bunganya.
Sana bunga sini
bunga….acik Reen macam mabuk bunga. Kita orang sempat borong beberapa pokok kat
sana ..hubby
belikan pokok raspberry, mona lavender dan lavender untuk acik Reen. Cari pokok
strawberry…hi…hi…x der jual. Kita pun nak cari pokok epal tapi tak der stok
masa tu…mungkin next trip kena cari juga…kalau dah tak dak cara..kena seedling
sendiri la pokok epal…hi..hi…berangan betoi…boleh idup tak agaknya yer???
Perjalanan diteruskan ke Ros Valley , Cactus Valley
dab Big Red Strawberry Farm…tapi sayang..x der parking masa nak masuk ke Rose Valley
dan Cactus Farm.. hampanya…hubby kata nak buat camna…Cameron Highlands
time cuti sekolah memang pack…Tak boleh la acik Reen nak bergambar dengan bunga-bunga
ros yang besar-besar…keciannya…kena tunggu next trip le gamaknya…
Bersambung ……part 2 ye…
No comments:
Post a Comment