Friday, April 25, 2014

Petunia - Sedikit Sejarah dan Penjagaan


                                                             (Gambar : Cik Google)

Petunia…oh…petunia…kamu ada di mana-mana…menghiasi setiap laman dan sudut taman…ooo…petunia yang menawan hati….

Kalau ke mana-mana nursery kat Malaysia ni, pasti anda semua akan nampak pokok bunga yang berbunga cantik nie…Ada bermacam-macam warna…Selalunya pokok-pokok petunia ditanam di dalam pasu gantung di kebanyakan nurseri. Petunia sebenarnya dalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan…Namun ada jug apetunia yang ditanam sebagai window box planter.

Perkataan petunia berasal dari bahasa Perancis iaitu Petun iaitu tembakau kerana mempunyai cirri-ciri yang hampir serupa dengan tembakau. Petunia banyak ditanam di Malaysia dalam berbagai variasi warna.

Sungguhpun begitu, banyak yang salah anggap dengan penanaman dan penjagaan petunia di Malaysia. Walaupun petunia tergolong dalam bunga semusim, namun sekiranya dijaga dengan betul dan rapi, petunia mampu bertahan sehingga setahun lamanya.

Berikut adalah beberapa tips utama dalam penjagaan petunia untuk dikongsi :

a)     Cahaya – Ini merupakan salah satu anggapan yang salah bagi sesetengah orang kerana beranggapan bahawa pokok petunia perlu diletakkan di tempat redup dan langsung tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Sebenarnya petunia adalah pokok yang memerlukan cahaya matahari sebanyak 80% ~ 100%. Jadi pokok petunia hendaklah digantung di kawasan yang menghadap cahaya.
b)     Siraman – Pokok petunia hendaklah disiram secara konsisten. Petunia seeloknya hendaklah disiram pada waktu pagi pada pangkal pokok dan bukannya pada keseluruhan pokok. Cuba elakkan mennyiram petunia pada sebelah petang atau malam kerana ia boleh mendedahkan pokok kepada jangkitan kulat dan merosakkan akar. Perlu diingatkan bahawa pokok petunia tidak sukakan air yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan akarnya masam dan membusuk. Ada juga petunia yang ditanam menggunakan pasu bunga jenis ‘self watering’ yang ada dijual di nursery.
c)      Pembajaan – Petunia yang masih berbunga boleh diberikan baja NPK 12-12-12 yang telah dicairkan atau menggunakan baja bunga siraman yang ada di pasaran. Untuk petunia yang ingin dialih pasu, tanah baru hendaklah dicampurkan dengan baja organik yang tinggi agar pokok tersebut boleh berbunga secara serentak.
d)     Pemangkasan – Untuk  menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm kebawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
e)  Tips penjagaan harian – Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih. Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
f)       Hujan – Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.

3 comments:

Normala Saad said...

Memang minat sangat petunia dan thanks for the tips. Ni duk tengan didik pokok petunia yang disemai melaui biji benih.

Wan Azreen Ariff said...

Bunga petunia memang cantik..
tapi kena tahu tips dan trick...
Reen pun masih belajar.
Kongsikan ilmu untuk semua..
Kita hijaukan bumi ya akak Normala.

Unknown said...

Bunga petunia sy layu..ape yg patut sy buat...sy baru beli 2 hari..

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...