Bertemu kembali…
Ini kisah seterusnya…sambungan
dari Part 1
Misi meronda diteruskan…kita ke
ladang strawberry pulak, kami semua ke Big Red Strawberry Farm, nasib baik kali
nie ada parking. Jadi kita masuk sini ajelah..Entrance free ye…tak kena
bayaran……ronda-ronda apa yang patut…tarikan utama kat sini mestilah strawberry kan ?? Dari yang ftesh
hinggalah yang dah siap dikeringkan…pokok-pokok strawberry hidup subur
sekali…seronoknya di sini..kalau la umah acik Reen macam nie…tentu best nie…
Pokok bunga ros pun
banyak…macam-macam kaler..tapi kali ni entahlah tak berapa nak attract dengan
pokok ros..Pokok bunga yang acik Reen tak kenal pun banyak…
Misi mencari pokok strawberry
masih diteruskan…hubby acik Reen tanya kot-kot ada jual pokok strawberry
disini…at last pekerja Bangladesh
kat situ bagi tau..memang ada jual..harga pokok berbeza ikut saiz dan kuantiti
pokok. Jadi apa lagi…acik Reen teruslah ke lot yang ditempatkan strawberry yang
ditanam secara fertigasi..Boleh pilih sendiri yang mana suka…ha…ha…sukernya
acik ….
Rambang mata tengok pokok-pokok
strawberry yang tengah membesar dan memang dah kluar buah…apa lagi…pilih-pilih…jangan
x pilih…Akhirnya hubby acik Reen pilihkan 4 pasu pokok strawberry…pokok besar
yang matang dengan bunga dan buah sekali. Dalam setiap pasu ada 5 hingga 6
pokok…Ya Allah…heppynya acik Reen masa tu…tenkiu hubby ku sayang…Akhirnya acik
Reen dapat juga pokok strawberry walaupun kecewa pokok2 yang beli dengan Joe
Jalil dah arwah dulu…luka terubat….kembali. Pokok yang acik Reen beli ngan Joe
Jalil bukan salah Joe Jalil pun coz masa beli okey ajer……maybe cuaca yang panas
ari tu buatkan dia tak dapat sesuaikan diri…Harap-harap pokok strawberry ni
hidup dengan bahagianya di tanah rendah bersama acik Reen.
Kita terus ke pasar basah sebelum
ke Lavender Garden . Di sini semua pengunjung boleh
singgah beli sayur-sayuran dan buahan-buahan..semua deretan kedai menjual
barangan yang hampir sama…ada sayuran, buah-buahan, bunga segar, pokok bunga,
buah strawberry, pakaian, teh, dan macam-macam lagi…kat sini acik Reen dan adik
borong sedikit sayur, buah strawberry …en. Hubby beli madu asli dari seorang
penjual Orang Asli..madu tualang katanya..Dah siap semuanya memborong kita
terus menuju ke Lavender
Garden .
Ramai orang betul di Lavender Garden …maklumlah cuti sekolah dah
bermula…mestila ramai orang…Bayaran masuk ke Lavender Garden RM 5 untuk Dewasa
dan RM 3 untuk kanak2.. Dah siap bayar tiket…tunggu apa lagikan..terus masuk ke
dalam menikmati keindahan bunga-bungaan di sini..
Sempat la juga acik Reen dan hubby
berposing-posing dalam nie ditemani bunga-bunga…macam filem Hindustan la
pulak…memang best dalam Lavender
Garden nie keliling
bunga-bunga…yang paling acik Reen geram adalah bunga petunianya…ditanam penuh
di atas tanah pelbagai warna…berhamparan ajer…kalaulah umah acik Reen macam tu
memang best giler….Mona Lavender dan pokok lavender pun ader… adoiii….macam tak
mo balik la…nak tido kat sini…
Da siap posing bagai apa lagi…kami
teruskan perjalanan nak balik ler… ala macam tak puas jer jalan Cameron kali
nie…harap-harap akan berkunjung lagi ke sini…
1 comment:
tengok bunga2 kat sana memang rambang mata,geram..tp bila beli bawak blk,tak hidup lama...
Post a Comment