Tuesday, July 08, 2014

Cara Menanam Ros Jepun - Ini caraku....


Assalamualaikum…dan salam sejahtera…

Ari ni acik Reen just nak share cara acik Reen tanam Ros Jepun. Lain orang mungkin lain caranya…Ini cara yang acik Reen selalu guna jika hendak menyemai atau menanam keratan Ros Jepun.

  1. Masukkan tanah dalam pasu/pot/polibag. Jika guna tanah yang 6 in 1 boleh guna terus tidak perlu campur apa-apa lagi. Jika anda menggunakan tanah hitam perlu campurkan tanah merah, baja organik untuk memjadikan tanah lebih subur. Selalunya acik Reen akan gaulkan seminggu awal dengan baja organik biar mesra baru digunakan. Ros jepun perlukan tanah yang bersaliran baik. Tidak mahu tanah yang bertakung air. Batang rose jepun mudah lembik jika terlebih air.
  2. Siram tanah dengan air sehingga basah.
  3. Lepas tu bolehlah cucukkan ros jepun.
  4. Letak di tempat teduh yang ada juga sinaran matahari semasa proses awal semaian.
  5. Siram bila perlu atau nampak tanah sudah kering.
  6. Jika pokok dah nampak subur bolehlah pindahkan ke tempat yang panas (ada sinaran terus matahari)
  7. Lepas seminggu bolehlah pokok dibaja dengan baja pertumbuhan (warna hijau), baja bunga (warna pink)  dan baja kopi.
  8. Ros Jepun perlukan matahari, air dan baja yang mencukupi untuk hidup dan tumbuh subur.
  9. Tunggu ajelah tak lama lagi keluarlah kudup-kudup bunga nanti dan dengan meriahnya berbunga…
  10. PERINGATAN PENTING : Ros Jepun juga  kadangkala mudah diserang oleh haiwan/serangga perosak termasuk siput babi, bena putih, ulat daun dan belalang. Jadi berjaga-jagalah sebab serangga semua ni kita tak tahu bila akan menyerang. Untuk serangan siput babi, bolehlah gunakan racun siput dan serangan bena putih pula boleh gunakan semburan aerosol H2O ataupun campuran solution organic yang pernah diberikan sebelum ini. Untuk serangan bena ada yang menggunakan Malathion dan juga Furadan. Perlu diingatkan semasa menggunakan bahan kimia terbabit...sila pastikan langkah-langkah keselamatan di ambil.
 Selamat mencuba dan selamat ber ros jepun...



….

4 comments:

Unknown said...

Salam. Maaf tumpang blog. Sy ada menjual keratan bunga rose jepun dan mulberry melalui pos laju. RM2 20 keratan bunga rose jepun dan RM10 bg 10 keratan mulberry. Kalau berminat boleh add id wechat sy epol-9444 atau whatapp sy di 0148414659 atau sms atau email sy di shaifful870917@gmail.com

HaniHanafi said...

Sy blogwalking..nampak entry sis.. pasal tips tanam pokok rj..baru nak mula berjinak2 ni.. pg td belek pokok nampak bena seko..ada tips x camna nak musnahkan serangga perosak tanaman ni?

maz said...

td tengah siram pokok rj nmpk dah ada bena putih..
nnt boleh try sembur dgn aerosol H2O..
tq sis :)

mR_MorQ said...

Saya dah cucuk di tanah campuran hitam & merah. 2 hari pucuk daun naik, 3 4 hari bunga kluar & cukup seminggu kluar lagi 1 bahan dari yang di tanam = 2 batang. Dan di alihkan ke 1 polibeg.

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...