Monday, April 16, 2018

Cara Semai Pokok Lantana Camara @ Pokok Bunga Tahi Ayam


Tumbuhan ajaib. Kaya dengan pelbagai khasiat untuk penyembuhan secara semulajadi. Ianya sungguh ajaib. Penagamalnya kadangkala kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Bunga Tahi Ayam

Nama botani : Lantana camara Linn.

Sinonim : L. aculeata Linn.

Famili : Verbenaceae

Habitat

Pokok renek saka ini tahan lasak dan hidup di kawasan lapang, semak atau belukar, di kebun dan padang ragut.

Ciri morfologi

Pokok renek yang rendah ini bercabang banyak. Batangnya tidak rata, bersegi-segi dan kasar. Daun berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Terdapat banyak jenis pokok bunga tahi ayam, jenis liar mempunyai bunga berwarna-warni, iaitu campuran jingga dengan kuning dan campuran merah jambu dengan kuning. Bunga kecil dan teratur padat pada jambak di hujung ranting. Buahnya kecil berwarna hijau dan bertukar menjadi hitam berkilat apabila masak. Keseluruhan tumbuhan, terutama daunnya, beraroma kuat dan unik.

Kegunaan dan khasiat

Pokok bunga tahi ayam rendang, mempunyai bunga yang cantik dan berwarna ­warni. Pokok ini boleh dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan. Buah yang masak boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Pokok bunga tahi ayam bersifat antiseptic . Daunnya dilumatkan dan dipupuk pada luka, ulser dan bengkak. Selain itu, daun boleh juga dibuat lasen untuk melegakan reumatik. Air rebusannya bersifat emetik, iaitu dapat merangsang muntah.

Nak try tanam boleh try teknik yang kawan FB Kak Reen share nie.

Credit : Sumber Info Internet
Cara Tanam : Credit Mazuri

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...