Saturday, May 12, 2012

Epal Hijau. Apa Khasiatnya

Salam,


Sebut tentang epal.. kita mula berfikir, berjenis-jenis epal yang ada. Dari hijau, merah menyala dan pink. Semuanya menjadi buah favourite rakyat Malaysia.Epal adalah buah-buahan yang berkhasiat tinggi.


Sesetengah orang hanya makan sahaja tanpa mengambil tahu apakah khasiat dan zat sebenar yang terkandung dalam sebiji epal.


Hari ini saya akan berkongsikan khasiat yang terkandung dalam sebiji epal.


1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid,  betakarotena dan fitokimia.


2) Selain itu, ia  juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.


3) Ia juga mempunyai kandungan agen antioksida yang boleh menetang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.


4) Kandungan fitokimia dalam epal juga dapat menghalang salur darah  drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu. 


5) Epal juga mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat yang terdapat di dalam epal dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat 
memberikan kita tenaga.

6) Bagi sesiapa yang tengah berdiet, epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan kerana kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.







Fakta & Khasiat Epal Hijau :

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


So... kalau gi shopping ker .. gi pasar malam ker... pandang-pandang la buah epal yang berkhasiat ini.


No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...