Friday, May 04, 2012

Operasi Mengemas Dan Up-grade Taman

Salam,

Sempena cuti hari pekerja 1hb Mei, 2012 sempat la juga aku menjalankan operasi mengemas taman dan memangkas pokok-pokok bunga yang dah merimbun. Sedar tak sedar semenjak berpindah hampir 2 tahun banyak juga koleksi pokok bungaku yang bertambah.

Dari beberapa pokok bunga kertas yang dibawa dari rumah mertuaku kini dah berpasu-pasu ditambah dengan pokok-pokok lain.
Semua pokok-pokok tu ada yang dibeli, diberi jiran, sedara dan beli benih dari kedai. Alhamdulillah berkat berkebun hari-hari lamanku menghijau dengan pokok-pokok dan berwarna-warni dengan bunga-bunga yang berkembang mekar.

Misi menanam pokok orkid telah berjaya dan kini menunggu masa untuk berbunga.
Pokok orkid tu dah melekat kuat di batang pokok ceri yang jadi rumahnya sekarang. Dah gemuk dan subur pun pokoknya. Angan-anganku kini cuma ingin mempunyai sebuah rumah orkid dan menambah koleksi orkid. Eksperimen lagi la gamakya.

Kini benih-benih bunga matahari yang dituai sedang disemai semula. Tunas benih baru mula tumbuh dan menunggu masa untuk dipindah ke bekas yang lebih besar. Tak lama lagi rumahku akan penuh semula dengan sunflower. Oh... bahagianya.

Pokok buah naga, limau kasturi, amra, kelapa, pokok pandan,daun limau purut,pegaga, betik dan serai nampaknya dah membuahkan hasil. Tak lama lagi betik dah boleh makan. Buahnya banyak sekali.

Itulah nikmatnya berbudi dengan tanah.

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...