Wednesday, January 16, 2013

Cintaku Tertumpah Pada Orkid

Salam semua...

Sempena tahun baru 2013...Reen tambah lagi koleksi pokok bunga lagi iaitu orkid. Jika dulu hanya bunga-bunga lain kini dah tambah lagi dengan orkid. Semuanya bermula semasa Reen dan Hubby ke Pesta Flora Kulim di hujung tahun 2012 iaitu bermula 17hb Dec 2012 hingga 23hb Dec 2012.

Oleh kerana terpesona dengan warna dan bunga-bunganya yang cantik... akhirnya Reen rembat 12 pasu orkid pelbagai jenis. Oleh keran Reen ini amatur kan.. so tak berani la ambik orkid yang mahal sangat. kalau mati pun tak la berapa menyesal. Ada dendrobium, mokara, vanda, cymbidium dan miltonia.ar

Jom layan gambar pokok orkid yang Reen beli.

Red Mokara

Dendrobium Purple Curly

Anak Orkid Cymbidium, Vanda dan Dendrobium

Cymbidium Orkid


Dendrobium Light Purple

Orkid Mokara (kalau salah tolong betulkan)





No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...