Thursday, February 13, 2014

Asystasia Gangetica / Chinese Violet / Creeping Foxglove / Rumput Israel





Cantik tak bunga di atas ? Bagi Reen bunganya memang cantik…walaupun nampak simple tapi memang nampak menarik jer. Sebenarnya pokok ni pun pemberian daripada seorang adik, yang Reen kenal dalam FB iaitu Mohd Raimi dari Sabah.

Actually…Mohd Raimi pernah post picture bunga nie dalam FB…Reen pun liked la picture tu dan cakap cantiknya bunga tu…dia pula tanya nak ker bunga nie. Reen kata bolehkah? Dia kata okey…kalau akak nak Raimi boleh poskan…so akak nie...cakap okeyla kalau camtu...

Tak berapa lama Reen terima parcel dari Mohd Raimi melalui Pos Laju. Nak bayar kos poslaju Raimi tak nak…thanks ya adik Mohd Raimi. Jauhnya…terbang pokok Asystasia Gangetica nie dari Sabah hingga ke Kedah. Masa tu nama pun tak tahu lagi…bunganya macam mana pun tak tahu. Memang surprise jer tanam pokok nie…tertunggu-tunggu macam mana la rupanya bunganya…

Selepas beberapa bulan ditanam akhirnya…kudup-kudup bunga dah kluar. Tertunggu-tunggu lagi…bila la nak berkembang. Bila post kat FB banyak pulak yang kata bunganya cantik…tapi nama tak tahu lagi. Bila Tanya Raimi balik…dia pun dah lupa namanya. Dah kembang semua…cantik aje warna pink.

Namanya still tak tahu sehinggalah blogger Cik Lynn Abdullah dari seedandotherforsale.blogspot.com dan blogger Cik Rose dari Semua Menjadi bagi komen yang pokok nie nama Asystasia Gangetica. Sejenis weed ataupun rumput liar…ha…rumput liar rupanya awak sipokok. Tapi yang ini jenis berwarna merah jambu. Jika yang liar, kebanyakannya berwarna putih dan sedikit warna ungu ditengah kelopak bunga. Ada juga yang memanggilnya rumput Israel kerana tumbuh liar menggila di dalam kebun-kebun tanaman.


Walau apa pun… acik Reen tetap suka…rumput rumpai pun cantik. Lepas nie selepas bunga semua kluar Reen akan semai banyak2. Coz dalam pokok nie kalau tanam secara kelompok.... Asystasia Gangetica/Chinese Violet nie memang nampak cantik dan menawan sekali…

Jom layan-layan foto kat bawah nie...



Ini juga antara spesis Asystasia...memang cantik bunganya. Semua foto from cik Google...tq ya...





4 comments:

Kamsiah yusoff said...

cantik2 bunga kat sini..tyhanks follow blog akka ya Reen..

Wan Azreen Ariff said...

Salam untuk akak..

Terima kasih atas pujian...sekadar berbudi kepada tanah..

Mengindahkan alam semesta...

Normala Saad said...

Salam Azreen, so surprise sebab tak pernah lansung terpikir bunga ini ada color pink. Kak rumah akak color purple.

Wan Azreen Ariff said...

Salam Normala Saad,

Reen pun tengah mencari yang purple tu. If ader boleh la kita exchange ye..

Dulu ingat rumput jer... rupanya bunga dia cantik ler pulak...

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...