Misi Menanam Pokok Bunga Kembang Pukul 10 aka Japanese Rose/Moss Rose/Rose Jepun/Portulaca Grandiflora
(Foto Ehsan Cik Google)
Pokok bunga kembang
pukul 10 aka Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora/Rose Jepun memang sudah
lama menjadi kegilaan pencinta tanaman berbunga. Lagipun RJ mempunya bermacam
warna dan berbunga sepanjang tahun. Dari yang berbunga selapis sehinggalah yang
berlapis-lapis. Memang sangat cantik, comel dan awesome….walaupun bunganya
comel tapi cantik jer…
Banyak penggemar
tanaman bunga suka dengan pokok bunga RJ nie kerana pokoknya sentiasa berbunga.
Cepat membesar, mudah membesar dan sangat sesuai dengan cuaca Malaysia yang
panas dan lembap. Lagi pun penanaman dan penyelenggaraannya RJ sangat mudah dan
tidak cerewet. RJ juga jenis yang tahan panas. Boleh ditanam dengan keratan
batang dan juga biji benih. Namun menanam dengan membiak RJ dengan keratan
batang lebih mudah dan lebih cepat.
RJ boleh ditanam didalam pasu, sebagai pokok
gantungan ataupun ditanam terus di atas tanah. Banyak yang Reen tengok
sekiranya RJ ditanam berkumpulan…sangat cantik sekali. Reen pun baru mula
menanam kembali RJ nie, kiranya macam jatuh cinta lagi semenjak dua menjak
pindah ke rumah baru. Memang dah berangan-angan nak up-grade taman comel Reen. Buat
masa sekarang Reen tengah mengumpul kembali spesis2 RJ yang ada. Kekadang kalau
ke nursery tertinjau-tinjau kot2 ada RJ yang baru.
Hari tu masa balik ke kampung Reen dapat beberapa
jenis RJ antaranya warna merah pink, putih, oren, dan pink lembut. Semua RJ ini
adalah dari jenis yang berlapis dan berdaun tirus tajam. Bukan jenis selapis
yang berdaun jenis bulat.
Pokok RJ ni pun ambik dari umah mak Reen dan jiran
sebelah umah mak. Mak kata ambil la balik semai banyak2 lepas tu bagi balik kat
dia sedikit. Ye lah mak… mak punya pasal ok lah…maka misi membiakkan RJ
bermula. Dari sepasu sekarang dah ada beberapa pasu.. Cuma tunggu untuk
berbunga sahaja. Kalau kluar bunga-bunga
pun tak sempat nak snap coz dia kembang pukul 10 pagi, kita nie seawal 8.00
pagi dah kluar umah ke tempat kerja. Bila balik pulak dah malam…. Mana nak
sempat tengok RJ berkembangan hu….hu…. Harap-harap hari cuti nanti dapatlah
tengok RJ berkembang. Baru tahu RJ yang ada sekarang bunga dia kaler apa…
2 comments:
Salam hujung minggu dari bunda..
Salam juga untuk BUNDA...
selamat berkenalan...
Post a Comment