Thursday, July 18, 2013

Pokok Ros… Hasil Cubit-cubitan Sayang



Salam semua….Selamat bertemu kembali.


Semenjak mula bertanam ros kembali, Reen sibuk mencari info-info baru tentang raja segala bunga ini. Sebelum ini ada juga bertanam ros, namun untuk mendapatkan pokok yang sihat, rajin berbunga dan subur.

Tahukah anda semua bahawa pokok ros yang mengeluarkan pucuk baru perlu dicubit-cubit dihujungnya sekiranya ingin mendapat kuntuman bunga yang lebih banyak.

Mula-mula macam pelik juga, tetapi Reen dah try…memang menjadi. Reen telah cuba pada pokok ros Magenta Kampung & cecul Brunner Ros Pink. Pastikan pucuk pokok ros tersebut mempunya 5 helai daun atau lebih jika anda ingin mencubitnya. Selepas beberapa hari, tunas-tunas baru akan muncul. Dari tunas-tunas itulah akan muncul kudup-kudup bunga.

Ok.. selamat mencuba.

4 comments:

Anonymous said...

hi Reen,

nak tanya, cubit2 tu waktu bila? pagi sj atau setiap kali kita belai dia atau mcm mana?.. ini 1st time dgr ni... tq reen..

Wan Azreen Ariff said...

Hi...

Kalau Reen, cubit ros tu tak tentu masa, kekadang pagi, kekadang petang. Bila tengok ada pucuk baru muncul Reen cubit je. Tak der pantang, pagi ke petang. Alhamdulillah, baru-baru ni semua pokok ros yang Reen tanam kluar byk buds. Sukenya...

Unknown said...

Hye kak..Nak tnye..cmne nk wat kaedah cubitan tu kak?maaf ye..

Wan Azreen Ariff said...

Hi Syazana Rifhan,

X per...sharing is caring...
Cubit-cubitan tu adalah kaedah pinching...yang dilakukan pada
hujung pucuk baru bunga ros.

Adik boleh pinching pada hujung2 pucuk untuk menggalakkan pengeluaran pucuk dan buds baru yang lebih banyak..

Selamat mencuba

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...