Wednesday, July 17, 2013

Ros Lagi


Salam semua… hi uols….Selamat bertemu kembali.

Sebelum bertanam ros secara serius…. Reen sendiri tidak berapa tahu teknik penjagaan ros yang sebenar. Yang tahu hanya beli pokok ros atau ambil batang ros, potong, tanam, siram, letak baja… itu pun ikut suka je. Bunganya pun akhirnya keluar ikut suka jugalah.

Namun selepas mula berjinak-jinak kembali dengan aktiviti berkebun, itu pun selepas pindah ke rumah sendiri. Baru banyak benda tentang ros yang Reen telah pelajari.
Pokok ros sebenarnya adalah pokok bunga yang tak banyak kerenah sekiranya diberi perhatian dan penjagaan yang betul. Bunganya akan sentiasa berkembangan sekiranya dijaga dengan betul.

Dulu Reen tidak tahu bahawa bunga ros yang dibeli yang berasal dari tanah tinggi tidak boleh diletakkan terus dibawah terik matahari. Patutlah pokok ros yang Reen beli dulu… alahai semua dah arwah akibat silap teknik. Namun ada yang mengatakan ada juga pokok ros tanah tinggi yang terus boleh didehakan kepada cahaya matahari. Ini Reen belum try lagi.

Bermula dari kita membeli ros sehingga minggu keempat, ros hendaklah secara bergradual didedahkan kepada cahaya matahari. Proses ini dinamakan ‘harderning process’.

Pada minggu pertama dan kedua, ros boleh diletakkan dibawah bumbung seperti porch, tepi balkoni, beranda ataupun di tepi tingkap. Anda boleh dedahkan pokok ros anda pada mentari pagi dari pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Jangan biarkan sampai tengahari panas terik…... kalau mati tangggung sendiri ya…

Selepas dibeli Reen selalunya akan menukar terus pasu asal yang dibeli kepada pasu yang lebih besar. Dengan cara ini pokok ros anda akan dapat membesar dengan lebih baik. Akarnya akan dapat berkembang dan pokok sudah pasti mempunyai ruang yang lebih besar untuk membesar di laman anda.

Anda boleh siram pokok ros anda pada waktu pagi dan petang. Air hendaklah disiram pada pangkal pokok dan jangan siram air berlebihan air kerana pokok ros anda tidak terdedah sepenuhnya dikhuatiri tanah yang lembap boleh mengundang pelbagai penyakit kepada pokok ros anda terutamanya black spot atau akarnya membusuk. Pokok ros hendaklah disiram sehingga 4 pukul petang saja. Jika disiram pada waktu malam atau petang, dikhuatiri tanam didalam pasu tidak dapat tersejat airnya.

Semasa kita membeli ros kebanyakan pokoknya akan penuh dengan kuntuman bunga, sekiranya ada bunga-bunga yang dah berkembang dan layu. Anda boleh memangkas ranting-rantingnya. Ini akan memberi peluang kepada ros anda mengeluarkan pucuk baru.

Apabila masuk minggu ke-2, anda boleh meletakkan ros anda kepada pancaran cahaya matahari sehingga pukul 1.00 petang. Bila masuk minggu ke-3 dan ke-4 ros anda sepenuhnya boleh diletakkan terus dibawah cahaya matahari. Kerja penyiraman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Pastikan pokok ros anda mendapat air, baja & cahaya yang secukupnya. Ranting-ranting yang telah mengeluarkan bunga hendaklah dipotong untuk menggalakkan pengeluaran pucuk & tunas baru.

Ok..sampai disini saja. Kita bertemu lagi di lain siaran.

2 comments:

Stephanie said...

Azreen, bunga ros anda sungguh cantik dan 'sharp'. I like :-D

Wan Azreen Ariff said...

Bunga Ros ini Ros magenta kampung. Reen cuma letak baja tahi ayam, air basuhan beras & ikan.
betul.. warna agak terang jika dibandingkan sebelum ini.

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...