Sunday, July 21, 2013

Wild Fairy Pink Roses



Ini adalah Wild Pink Fairy Roses. Warnanya pink dan jenis yang tidak banyak lapis. Kalau berbunga pun kembangnya tidak lama, Cuma bertahan sehari sahaja. Kalau diikutkan sejarah pokok bunga Wild Fairy Pink Rose ini dah jauh sebenarnya ia berjalan. Mula-mula pokoknya Reen tanam dirumah emak Reen di kampung, lepas tu Reen tanam pulak di rumah mertua, lepas Reen berpindah ke rumah sendiri, Reen pun bawa la sepokok. Reen tanam kat atas tanah di tepi taman. Tak tahulah pulak ia cepat membiak dan membesar. Mungkin tanahnya sangat sesuai… maka meriahlah ia tumbuh merimbun.

Sangat senang sekali untuk menanam Wild Pink Fairy Roses ini kerana boleh ditanam dengan batang sahaja. Kalau ia berbunga sangat banyak dan begitu meriah sekali…Kerana pokoknya ditanam di atas tanah, jadi ia sangat subur dan sangat cepat membesar. Pertumbuhannya juga macam dah tak terkawal oleh kerana Reen tak sempat juga nak pruning pokoknya. Akhirnya minta hubby pruning secara besar-besaran gunakan gunting pokok besar. Habis kontot jadinya pokok Ros Wild Fairy Pink ini. Macam kesian la pulak lihat hanya ranting yang berceracak selepas dipruning.

Tapi tak apalah… sekejap saja dah keluar banyak pucuk-pucuk baru… lepas tu… kudup-kudup bunga muncul dah bunga pun keluar la. Mesti akan meriah sangat taman kecil Reen selepas ini.



No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...