Wednesday, July 17, 2013

Boboy



Ini Boboy... Reen adopt dari tempat kerja Reen.

Kenapa nama Boboy ??? Sebenarnya Boboy ni mengingatkan Reen pada abang si Gegirl.
Jadi Reen pun letak la namanya Boboy.

Boboy sebenarnya hendak dibuang ke market oleh tukang kebun kat ofis. Masa tu umurnya dalam 3 atau 4 bulan dan sangat kecil lagi. Jadi oleh kerana kasihan Reen bawa balik tanpa sempat tanya Hubby. Nasib baik Hubby tak marah. Bapanya Pak Abu, emaknya Si Putih. Emak dan bapaknya dah dibuang ke market. So jadi yatim piatu la Boboy.

Masa jemput Reen dari ofis, Hubby tanya kotak apa tu... Reen tersengih jawab, anak angkat baru...selamba bawa masuk kereta. Mula-mula sampai di rumah dia agak takut dengan kucing-kucing yang lain, tapi lepas 2 hari dia dah ok. Sekarang kami hidup dalam satu family yang bahagia.

Boboy siap menyusu susu Jojo lagi... jadi emak angkat lah si Jojo. Jojo pun tak kisah, anggap Boboy macam anak dia. Wah.. bahagianya Boboy.

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...