Thursday, November 07, 2013

DIY – Tanam Orkid Di Batang Pokok

 

Salam kengkawan,

Ini adalah satu contoh DIY yang Reen buat pada pokok-pokok orkid Reen. Anak-anak pokok ni ada yang Reen beli dan ada juga yang Reen dapat dari kawan. Kebanyakkannya orkid jenis dendrobium, oncodium, vanda dan orkid merpati.

Untuk membuatkan pokok orkid ni hidup dalam keadaan natural, Reen telah buat DIY kat pokok orkid ni. Antara barang yang diperlukan adalah batang kayu (korang boleh guna apa jenis batang kayu pun, pokok rambutan ker, ranting mempelam ker…etc. Reen guna dahan pokok durian yang jatuh masa hujan lebat hari tu). Batang kayu perlu dipotong ok (panjang atau saiz ikut kehendak masing-masing), dawai, tali, sphagnum moss, sabut pun boleh, cutter.

Korang ambil le anak orkid tu… cari posisi yang sesuai, lekatkan sekali dengan sabut/sphagnum moss untuk kelembapan pokok, ikat dengan tali, nak kuat ikat dengan dawai, lepas tu.. ikatla batang tu dengan dawai yang lebih kuat untuk digantungkan…


Dah siap… boleh digantung ye.

No comments:

Menanam Ati Ati Pulak

Aktiviti pagi tadi sebelum panas. Repot pokok ros, pokok strawbery, susun balik pasu ati-ati, siram baja AB, semai seeds sunflower, morning...