Wednesday, October 23, 2013

Orkid Spider Yang Merajuk Setahun Lalu








Entri ini ditulis selepas Reen terkejut tengok pokok orkid Spider Reen yang lebih kurang setahun merajuk tetiba keluar spike bunga selepas Reen pangkas dan tanam terus di atas tanah.

Memang tak sangka dia akan berbunga lagi coz selepas berbunga setahun yang lalu. Dia tetap tumbuh subur di dalam pasu tapi tak nak keluar-keluar bunga. Baja dah diletak, tanah dah ditambah… macam mabuk daun pulak dia. Tumbuh memanjang di dalam pasu memanjat pillar di hadapan rumah. Bunga tidak le juga. Memang frust juga. Namun nak buat macam mana. Orang kata menanam orkid ni kena sabar… begitulah Reen pun sabar juga.

Semasa musim hujan lebat hari tu, ada beberapa batang pokok orkid dah meliuk-liuk  ditiup angin dan terlepas dari pillar, so kerana itu Reen ambik keputusan potongkan batang-batang orkid tu. Lepas tu Reen tanam terus atas tanah di tepi laman rumah.

Mana tahu, tetiba muncul pulak spike bunga. Sungguh tak ku sangka.  Tak tahu la pulak kenapa boleh berbunga pulak. Baja apa pun tak letak. Lepas tanam biar macam tu saja. Dapat tahu orkid tu berbunga pun lepas pokok tu dah tumbang dan Reen pergi ikat pada kayu penyokong. Baru perasan yang ada spike baru muncul.

Alhamdulillah… penantian berakhir juga.Bukan satu spike tetapi 5 spike yang keluar banyak spike pulak tu. Happy sesangat. Reen harap yang dalam pasu juga akan berbunga. Tapi entah bila.

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...