Monday, October 07, 2013

Orkid Liar Dah Berbunga





Lama tak update tentang pokok bunga. Bukan malas nak buat entri, tapi entahlah… kekadang sibuk sangat. Tambah-tambah pulak Reen dah tukar job scope aka kerja baru kat Ofis. Banyak benda baru nak belajar. Dulu fully concentrate pasal Sumber Manusia dan Pentadbiran. Sekarang  Reen dah buat ISO la pulak. Belajar Sistem Pengurusan Berkualiti. Kat Company Reen sekarang nie Cuma ISO 9001:2008. Lepas ni maybe nak apply untuk alam sekitar pulak, ISO 14001. Banyak benda tu nak kena prepare untuk dapatkan certification.

Nak buat macam mana kan. Dah boss suruh belajar benda baru.. so belajar je la. Tak rugi pun tapi banyak benda baru yang Reen tahu. Sebelum tu Reen dah cakap kalau pasal ISO memang Reen zero. Langsung tak tahu sangat. So… boss kata ok. Yang penting nak belajar. So Reen kata ok.. belajar pun belajar la. Lagipun dah masuk 11 tahun Reen buat HR. So tak salah kalau belajar benda lain pulak.

Eh… eh… dah melalut la pulak. Berbalik kepada entri pokok orkid liar dah berbunga. Pokok orkid ni Reen beli kat Lee Nurseri di Mengkuang. Ada dua warna, satu yang berbunga warna ungu terang dan satu lagi warna ungu lembut dan putih. Kalau kita ke Cameron Highlands orkid ni banyak tumbuh liar kat tepi-tepi bukit. Reen beli sepasu harga RM 12.00. Masa beli tu pokoknya tak berapa banyak. Tetapi selepas diletak baja dan tambah tanah banyak sulur anak-anak baru yang keluar. Akhirnya dah berbunga. Sangat cantik tapi bunganya mekar tak lama, paling lama pun lebih kurang 4 hari dah layu. Yela… namapun Orkid Liar. Lepas ni Reen ingat nak ubah terus atas tanah. Mungkin pokoknya lebih cepat membesar dan kebun bunga Reen lebih cantik. Dari 2 atau 3 pokok akan jadi berpokok-pokok.


Jom layan munge-munge orkid liar yang sempat disnap oleh Reen.

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...