Orkid Buluh aka Arundina Bambusifolia
Hari ini Reen
nak kenalkan kengkawan dengan pokok orkid liar yang selalu dikenali juga
sebagai Orkid Buluh atau Arundina Bambusifolia.
Ada orang
memanggilnya dengan sebagai orkid buluh kerana bentuk seakan-akan pokok buluh
dan ada juga yang memanggilnya sebagai Tapah Weed. Ini kerana pokok orkid ini
banyak tumbuh meliar sekitar kawasan belukar dan tebing jalan sekiranya anda
ingin ke Cameron Highlands . Mengikut sejarahnya pokok
orkid ini berasal dari kawasan Asia Tenggara.
Boleh ditanam
secara teresterial dan boleh mencecah tinggi sehingga 8 kaki tinggi. Tetapi
jika ditanam sebagai ‘indoor plant’ iaitu di dalam pasu namun saiznya agak
kecil jika ditanam terdedah kepada cahaya matahari atau ditanam di atas tanah.
Ia agak cantik ditanam di taman kerana bunganya tidak bermusim dan berbunga
sepanjang tahun.
Nama Biasa : Orkid Buluh,
Tapah Weed, Kinta Weed, Bird Orchid
Nama Saintifik : Arundina Bambusifolia, Arundina Graminifolia
Ciri-ciri : Berbatang
seperti pohon buluh, berdaun panjang dan runcing, berbunga warna ungu dan
putih.
Cara Tanam : Boleh
dibiakkan dengan bebawang anak pokok, anak pokok yang tumbuh di batang pokok
induk atau biji benih. Namun kebanyakan pokok lebih mudah ditanam menggunakan
anak bebawang induk dan pertumbuhan adalah lebih cepat.
Medium Tanaman : Ditanam dalam
medium tanah bersaliran baik.
No comments:
Post a Comment