Thursday, October 24, 2013

Si Bobby Yang Berekor Kontot

                                            Bobby ketika tumpang menyusu dengan Jojo







Ini salah seekor anak bulus Reen namanya Bobby. Masa Reen adopt dia, umurnya dalam lingkungan 3 atau 4 bulan berdasarkan bentuk fizikalnya ketika itu. Ekornya kontot dan sangat cute. Bulunya warna putih bersih dan ada sedikit tompok warna hitam cair. Hidungnya merah pink. Bobby ni bukan anak kandung but cuma anak angkat yang muncul pada tahun lalu pada tarikh 25hb Mac 2012. Kini sudah genap setahun lapan bulan Bobby hidup sebumbung bersama keluarga Reen.

Bobby muncul bersama hujan yang sangat lebat. Masa Reen ambik pun Bobby basah kuyup kerana berlindung disebalik pasu tepi longkang di hadapan rumah Reen. Mula-mula memang tak perasan ada kucing di sana, namun selepas dengar bunyi kucing mengiau Reen cuba cari. Rupa-rupanya dia menyorok dibalik pasu kesejukan. Nasib baik tak jatuh ke dalam parit. Kalau tak mungkin dia sudah arwah di dalam longkang besar. Reen cuba cari kot-kot ada ibunya namun tak ada. Mungkin ada orang buang dia disana.
Sangat sedih tengok dia ketika itu.  

Reen bawa masuk dalam rumah dan mandikan dia. Selepas dilap sampai kering, dia agak takut-takut kerana melihat suasana yang baru dan kucing-kucing lain. Bobby macam tercari-cari ibunya dan nasib baik ada Lion, Jojo dan Jojie yang begitu prihatin. Reen cuba bagi Bobby pada Lion, alhamdulillah Lion ok, Jojo dan Jojie juga ok. Mama salute to you Lion, even ada kucing baru… Lion tetap bapa & abang yang sangat penyayang. Lion jilat-jilatkan bulu Bobby sampai Bobby tertidur. Mungkin dia agak penat dan kesejukan.

Lepas Bobby bangun dari tidur, Reen bagi dia biskut kucing…dia makan dengan lahap sekali. Mmmmmmm… dia lapar rupanya. Lepas makan biskut, dia tumpang menyusu dengan Jojo. Nasib la Jojo, semua kucing baru akan menyusu dan dia akan rela menjadi ibu susuan tumpang. Kalau Jojo tak bagi dia menyusu, dia akan menyusu dengan Jojie pulak sehinggalah dia sudah pandai makan sendiri.

Kini Bobby sudah besar, saiznya lebih besar dari ibu tumpangnya Jojo dan Jojie. Bobby sangat protective. Pernah sekali ketika Reen biarkan anak-anak bulus di laman, tetiba muncul kucing liar entah siapa yang punya, si Bobby kejar kucing tu sampai ke belakang rumah. Dia begitu melindungi keluarganya.


Mama sayang sangat Bobby. Harap-harap Bobby akan terus hidup sihat dengan Mama sekeluarga. 

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...