Thursday, October 31, 2013

Limau Kasturi


Selamat bersua kembali di alam maya.

Limau kasturi ini Reen beli bersama pokok limau purut dan pokok amra. At last yang hidup subur Cuma pokok limau kasturi dan pokok limau purut.


Pokok amra dah arwah coz kena serangan bena putih. Serangan kali pertama, masih hidup lagi selepas Reen sembur dengan semburan racun organik (Cili Padi + Air Sabun + Kunyit). Namun selepas serangan kedua, nampaknya pokok amra tu dah tak dapat bertahan.  Dapat la rasa buah sulung tapi pokoknya digigit anai-anai la pula. Hairan juga kenapa pokoknya kekuningan, rupa-rupanya akarnya dah dimakan anai-anai. Pokok tu  akhirnya Reen cabut. Ingat lepas ni nak cari juga lagi sepokok coz hubby suka sangat jus amra asam boi. Kalau ada pokok sendiri bolehla buat jus sendiri. 




No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...