Thursday, October 31, 2013

Ruellia brittoniana 'Purple Showers'   






Ini pokok Mexican Petunia ‘Purple Shower’, Mexico Bluebell. Reen jumpa masa tengah cuci longkang depan umah yang tersangkut dengan ranting kayu. At first tak tau apa nama pokok ni dan Reen panggil pokok bunga lavender jer coz warna purple.

Selepas menggoggle baru le tahu apa nama saintifiknya iaitu Ruellia brittoniana 'Purple Showers' . Bunga cantik warna ungu. Kelopak bunganya sangat lembut. Namun bunganya kembang sehari saje… Dia pun tak der bau. Berdaun panjang runcing, berbatang hijau. Sangat mudah dibiakkan terutamanya dengan keratin batang. Jika dengan biji benih, boleh tapi pertumbuhan agak lambat jika dibandingkan dengan keratan batang.


Pokok ini sebenarnya berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat. Tidak terlalu tinggi dan dikelaskan sebagai tumbuhan renek. Jika tumbuh pun mungkin sehingga 2 atau 3 kaki sahaja. Boleh ditanam terus di atas tanah atau di dalam pasu dan boleh juga dijadikan sempadan pagaran. Cantikkan.


No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...