(Foto : Kredit tu Google)
Rambut
gugur merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh setiap orang di
pelabagai peringkat usia. Namun terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan
untuk mencegah rambut gugur iaitu :
- Campurkan air asam jawa dan santan pekat di
dalam bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi mengikut
kesukaan anda seperti kenanga, melur dll. Lumurkan campuran ini ke rambut
sampai ke kulit kepala. Urut perlahan-lahan agar serata ke seluruh akar
rambut. Biarkan seketika selama 15 minit. Kemudian bilas seperti biasa
hingga bersih. Boleh diamalkan selalu agar rambut menjadi lebih kuat dan
harum.
- Hiris limau nipis kepada bentuk kepingan.
Gosokkan isinya ke kepala terutama dibahagian yang bermasalah. Kemudian
sapukan telur ayam yang dipukul sedikit ke kepala. Bungkus kepala dengan
tuala beberapa jam. Bilas seperti biasa. Rawatan ini akan menguatkan akar
rambut.
- Masak santan dari sebiji kelapa sehingga
mengeluarkan minyak (sesetengah tempat disebut sebagai minyak tanak).
Tutupkan api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan minyak tanak ini keseluruhan
kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air keesokan harinya.
Jika diamalkan selalu, ia dapat menguatkan akar rambut.
- Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan
sejuk. Sapukan air rebusan tersebut ke kepala setiap malam sebelum tidur.
Syampu rambut keesokan harinya. Jika diamalkan selalu, ia akan dapat
menguatkan akar rambut.
- Sapukan lendir pokok lidah buaya, lendir
daun bunga raya, lendir pokok tutup bumi dan sedikit minyak zaitun di
dalam bekas. Lumurkan campuran ini ke kepala hingga ke kulit kepala
terutama akar rambut selepas mandi. Bungkus kepala semalaman. Cuci seperti
biasa keesokan harinya. Amalkan seminggu sekali dan ia boleh kuatkan akar
rambut.
- Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat.
Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan sapukan ke
kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu. Anda akan lihat
keberkesanannya.
- Ambil 3 biji limau nipis dan ambil jusnya.
Campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan ke keseluruhan rambut dan
biarkan selama 2 jam. Bilas dengan air bersih seperti biasa.
No comments:
Post a Comment