Wednesday, October 09, 2013

Lion, Robert & Tuah




Masa Reen tengah housekeeping folder foto-foto lama, Reen terjumpa beberapa keping gambar Lion masa dia masih baby, rasanya dalam umur 3 bulan kot masa bulan Jun 2008. Nampak cute aje. Tak sangka kini Lion dah besar dan dewasa. Bapa dan abang yang sangat penyayang. Dah hampir 5 tahun Lion hidup bersama Reen sekeluarga.  Tiap-tiap malam mesti masuk tidur ngan hubby Reen. Siap kongsi bantal lagi. Setiap malam Lion dah tahu kat mana dia nak tidur. Tapi kalau hubby Reen marah dia, dia akan tidur sebelah Reen pulak. Nampak garang… tapi dalam hati ada taman juga.

Bila tengok balik foto Lion tu, baru perasan yang muka dia sebijik macam anak dia dan si Bella namanya si Robert aka Obert yang lahir 5 bulan lalu dan si Tuah, 2 bulan lalu. Yela…. anak dan bapa, mesti sama. Yang paling sama sebijik macam Lion adalah si Obert dengan bentuk bulu dan ekor kontotnya yang kembang.  Kalau dilihat dari bentuk fizikal, Lion ini mungkin ada keturunan kucing jenis Bobtail. Si Tuah pulak ikut emaknya Si Bella berekor panjang.  Warna bulu dan badan Lion, Obert dan Tuah adalah warna “mackerel tabby cat” atau warna kucing tabby iaitu berbelang coklat, hitam, kuning dan sedikit putih.

Lion mempunyai badan yang berangka besar dan sangat tegap. Badannya juga jenis padat dan sangat berisi. Sekarang ni pun berat Lion dah dekat 5 kilo lebih. Kaki Lion agak pendek dan tangan dia juga sangat lebar. Kalau kena penampar atau pelempang pening juga kot kucing yang lain. Perangai pun lebih kurang je Obert dan Lion… tapi Obert agak “keepoh”  sikit. Sangat suka bercakap. Diam tak diam umur Obert dah masuk 5 bulan. Cepat betul membesar.


Sedikit sejarah tentang keturunan Lion, Obert dan Tuah (Sumber: Google)
American Bobtail adalah salah satu ras kucing yang berkembang melalui seleksi alamiah. Meskipun kucing-kucing hutan bobtail (ekor pendek) telah ada di Amerika sejak dulu, program pengembangbiakan baru mulai berkembang sekitar akhir 60-an.
Ciri utama ras kucing ini adalah ekor yang tebal dan pendek, sekitar 1/3 panjang normal ekor kucing. Seperti juga pada kucing Manx, bentuk ekor yang pendek tersebut merupakan hasil mutasi genetik.

 Karakter :
1.       Berbadan sasa, panjang, berangka besar, mirip kucing liar Bobcat yang terdapat di hutan Amerika.
2.       Jenis semi cobby dan bertulang yang sangat kuat dengan dada lebar dan padat
3.       Kaki belakang lebih panjang dan lebih besar dari kaki depan
4.       Kepala berbentuk segitiga lebar denga rahang yang lebar dan kuat
5.       Hidung lebar dengan daerah cekung di antara kening dan hidung
6.       Telinga berukuran sederhana, lebar dibahagian dasar dan terdapat rambut dibahagian hujungnya
7.       Mata berbentuk almond dengan warna mata bervariasi mengikut bulu
8.       Mula matang ketika berusia 2-3 tahun
9.       Berat boleh mencapai 7.5 kg
10.   Sangat aktif, cerdas dan suka bermain dan perangai sangat mirip dengan anjing dimana senang bersama pemilik dan mencari perhatian tuannya.

11.   Sangat bersahabat dengan manusia 

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...