Cewah….cewah… intro tu macam
happening la sangat…dalam misi mencari dan menambah koleksi Ros Jepun/Japanese
Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora atau nama manjanya Bunga Kembang Pukul
Sepuluh……
Semenjak ada Facebook aka Muka
Buku dan wujud berbagai-bagi group yang ado…acik Reen dah terjebak dalam banyak
group tanam menanam. Dari group pokok bunga, pokok buahan-buahan, masak-masak,
deko-deko umah, deko-deko taman, group pokok anggur, group adenium, group kaktus
dan succulent, group pokok stoberi, group pokok ros, group rose jepun dan
sebagainya….
Dah semangat tu makin memuncak
bila kengkawan post koleksi pokok2 bunga memasing.. buat permulaan… acik Reen
menjalankan misi mencari ros jepun…skodeng punya skodeng akhirnya terjumpa
dengan kengkawan group yang menjual ros jepun secara online melalui cutting aka
keratan batang…
Memang banyak yang menjual kat
group FB Kelab Peminat Ros Jepun/Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora,
tapi buat permulaan ni acik Reen cuba beli dengan Kak Rohani
Kamis…teruja tengok pokok ros jepun kat laman rumah dia… penuh berwarna
warni..macam-macam kaler. Dari yang selapis hinggalah yang berlapis-lapis. Bila tengok foto yang
dia post kat wall group…makin mengebu-gebu semangat acik nie…
He… he… misi berjaya bila acik Reen
berjaya contact Kak Rohani Kamis.. tapi sedihnya coz tak semua bunga ader stok…
hanya 7 warna jenis yang berlapis jer yang ada… yang lain jenis selapis dan
jenis berjambul kak Rohani kata sedang membesar coz sebelum ni banyak yang dah
borong. Jadi kena tunggu. Semuanya campur-campur 7 kaler…merah, pink, oren,
pink gelap, putih, kuning dan pink campur putih. Tak per la.. Reen order 3
ringgit setiap jenis..itu pun coz nak share dengan emak yang juga peminat bunga
RJ nie.
Selepas urusan transaksi
pembayaran selesai..akhirnya RJ dah berada di depan mata. Senangkan.. order online nie.. dengan Poslaju
pun bunga dah dapat dihantar. RJ sampai pada hari Khamis..dah dekat hujung
minggu…jadi kena tunggu hujung minggu la baru dapat ditanam. Hari biasa memang
tak sempat coz balik pun dah malam kengkadang selepas singgah kat rumah MIL
uruskan keperluan dia.
Tak per la RJ oooi… harap-harap
okeyla dalam parcel Poslaju tu..Tapi acik Reen sempat le buka…tengok2 RJ tu,
nampak semua pokok bunga RJ tu kak Rohani dah balut dengan tisu yang dah
dibasahkan dengan air…so..tak jadi masalah coz pokok RJ nie jenis yang agak
tahan lasak juga. Tunggu yer… nanti hari Sabtu kita pindah umah masuk ke tanah
ye…
So Sabtu yang lalu misi menanam bermula…semua
RJ yang dibeli dari Kak Rohani Kamis dah selamat masuk ke pasu.. Dek kerana
pasu pun x mencukupi terpaksa ler ada yang kena tanam agak banyak rasanya lebih
dari 10 poko dalam satu pasu.. tak per la…yang penting dapat tanam dulu.. lepas
nie pergi beli pasu baru dan transfer balik…hidup subur-subur ye sayang… nanti
mama tukar pasu cantik-cantik yer…boleh bloom bloom menggebus dan bunga
banyak-banyak yer…
Bila dah siap dan disusun… oooiii…
banyak la pulak pasu RJ nie…termasuk dengan beberapa pasu Rj yang dah lama
ditanam. Macam boleh buat kebun ros jepun ler pulak… banyak pulak bila dah
disusun. Yang nie acik Reen letak dalam compound rumah lagi coz masih dalam
pemantauan… Esok-esok dah berbunga baru boleh pindah kat tepi pintu pagar masuk
umah. Kalau dah berbunga nanti mesti cantik…heppynya acik ari nie…
Tapi Reen dah tinggalkan sedikit
RJ tu untuk buat bedding kat tepi pagar rumah. Batu bata pun dah ambil balance
project En. Hubby…Jadi selepas habis tanam dalam pasu jadi operasi membuat
bedding kat tepi pagar la pulak…
Ros Jepun Yang Dipetik Oleh Kak Rohani Kamis
Ros Jepun - Dah Sampai Dengan Poslaju
Ros Jepun Selepas Ditanam....
3 comments:
Pokok rj yg byk kelopak beli di mana kak?
Maaf tumpang blog. Sy ada 11 jenis rose jepun. Keratan batang di jual melalui pos laju. Kalu puan berminat boleh add id wechat sy epol-9444 @ email sy shaifful870917@gmail.com .
Hi...rj grandi ada x?
Post a Comment