Wednesday, March 19, 2014

Pokok Bakawali..


                                                     Pokok Bakawali ( foto dari internet)

Ini pokok bunga bakawali…bunga yang sangat klasik…

Kalau ikut kata mak sedara acik Reen bunganya kaler putih…sebab masa kat rumah lama dia dulu pokok nie dah pernah berbunga. Benih bakawali ni pun arwah suaminya yang tanam. Bila dia pindah rumah..mak sedar acik Reen pun bawa pokok tu sekali.

Masa acik Reen ke rumah mak sedara baru-baru ni nampak pokok bakawali ni dah tumbuh banyak daun..Mintak dengan mak sedara acik Reen, dia kata ambil la..

Acik Reen ambik 2 helai daun bakawali tu untuk bawa balik untuk dibiakkan. Balik rumah potong-potong daunt u dapat le 5 keping…ambik pasu..masuk tanah..cucuk ajer daun tu dalam pasu.

Dok belek-belek juga kot-kot dah tumbuh…tapi lambat juga. Tak der pun tunas yang keluar. Tapi daunnya masih hijau…jadi maksudnya daun ni masih hidup la…

At last beberapa hari yang lepas macam ada pucuk yang mula kelihatan di hujung –hujung daun bakawali tu..…Wow…dia dah bertunaslah…..kembang kuncup-kembang kuncup hidung acik Reen gembira…lihat eksperimen berjaya lagi…

Oleh kerana ini adalah pertama-tama kali tanam bakawali…jadi tak banyak info yang acik Reen tahu…so kena google lah.. Yang tahu pun bunganya kembang tengah malam dan bungannya wangi… itu ajer…

Nak tahu juga bagaimanakah proses pertumbuhan pokok bakawali ini. Nanti kalau dah jumpa infonya acik Reen share ye…

Kat bawah ni adalah semaian pokok bakawali acik Reen....











No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...