Wednesday, March 12, 2014

Percubaan Pertama ~ Semaian Petunia

                          Anak-anak petunia (yang kecik  daun tirus tu anak Dahlberg Daisy)


Masih ingatkah pembaca semua dengan petunia yang acik Reen beli masa CNY ari tu…Oleh kerana ini adalah kali pertama acik Reen beli petunia..memang banyak benda yang kena ambil tahu dan belajar pasal pokok petunia ni.

 Bak macam orang tua-tua berkata, kalau malu bertanya boleh sesat jalan…so.. semasa berjalan-jalan kat muka buku aka Facebook dan hasil pembacaan pasal petunia yang dikongsi oleh kengkawan, acik Reen baru tahu petunia yang kita beli pun boleh kita tanam dan biakkan semula.

Ooo…macam mana tu. Rupa-rupanya bunga yang kluar tu boleh kita tuai benihnya dan semai semula. Ada sorang kakak dalam group guna plastik dan ikat pada bunga yang dah kering untuk mengutip benih-benih petunia. Caranya senang ajer, cuma ambil plastik dan gelang getah aje. Ikat pada bunga yang dah kering...jadi bila benih dah masak, benih akan pecah masuk dalam pastik tu lah..tak terabur merata. Boleh simpan benih tu dan biakkan semula.

Acik Reen punya style pula, bila bunga dah kering..acik Reen biarkan ajer. Sampai masa kena pergi la check benihnya dah okey ke belum. Kalau nampak warnanya dah bertukar ke warna agak coklat kerana kelonsong benih asalnya warna hijau, bila dah masak akan tukar jadi warna kuning coklat. Benih tu bolehlah diambil, pecahkan kelonsong benih dan anda akan nampak benih-benih halus berwarna hitam. Benih tu anda semailah…boleh dapat anak petunia baru..

Ada yang kata petunia yang ditanam sendiri lebih tahan lasak kerana dah biasa dengan cuaca persekitarannya. Acik Reen pun baru nak cuba
Tapi macam best juga coz percubaan pertama dah berjaya…tengokla anak-anak petunia yang comel tu..

Warnanya nanti memang akan surprise coz ari tu beli 3 jenis petunia iaitu putih, ungu dan warna belang putih ungu yang orang kata macam lollipop candy crush tu…

Tak ingat nak label pulak…bukan sebab apa, mana taknya asal jumpa benih aje pi tabur, jumpa benih ajer tabur…semua dah bercampur aduk..tak tahu dah kaler aper…memang surprise la nanti. So terpaksa la acik Reen tunggu beberapa bulan lagi sampai bunga tu besar dan berbunga…lama lagi tu…hu..…hu…

Benih Petunia (Sumber : Cik Google)


Benih petunia yang dikumpulkan (Sumber : Cik Google)


5 comments:

samarinda said...

Salam nk tnya Kt mne bli bnih dahlberg daisy

Wan Azreen Ariff said...

salam Cik Samarinda


oooo... Dahlberg daisy tu kak Reen beli pokoknya dari nursery...bunganya dah abis jadi kak Reen semai balik benihnya..
Sekarang dah berbunga pun....


Wan Azreen Ariff said...
This comment has been removed by the author.
samarinda said...

owh.. tengah cri benih dia..cri kat internet takder jual benih plak.. bunga dia kecik and warna kuning kan.. mcam comel untuk border

Wan Azreen Ariff said...

Benih dia memang kecil2 sahaja.
Sebenarnya pokok ni sesuai untuk tanaman gantung or hanging basket.

Insyaallah if ada seeds akak boleh share. Pls pm details dekat akak punya e-mail address or add akak dekat fb.

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...