Kolam Itik Dan Kolam Ikan Keli
Pisang Nangka yang Sedang Membesar
Pokok Selom Yang Subur Menghijau
Pokok Kesum
Pokok Pandan Yang Gemuk-gemuk Dan Lebar-lebar Daunnya
Assalamualaikum….selamat bersua…
Dua minggu yang lepas masa acik
Reen dan Hubby balik kampung, sempat la kami melawat kebun-kebun ayah kat tepi
rumah…sempat la menghirup udara segar kat tepi batas ban sungai…meronda-ronda
kebun dan tanaman ayah yang sedang diusahakan. Macam-macam ada…dari pokok
Seperti yang sedia maklum…ayah
acik Reen sekarang dah pencen dari kerja so sepenuh masa dia boleh berkebun.
Buat apa yang dia suka…
Memang dari dulu ayah tak boleh
duduk diam atau Orang Kedah kata tak boleh dok saja. Waima ari cuti pun ayah
ada kerja ynag nak dibuat… teringat masa acik Reen kecik2 dulu ayah ada bela
lembu dan kambing, arnab, ayam selasih, ayam gajah, burung merpati, itik angsa,
ayam kampung, ayam katik, burung puyuh dan macam-macam lagi…Tangan ayah memang
menjadi…bela lah apa pun pasti membiak.
Dulu masa acik Reen belajar kat
Universiti Malaya…kalau balik ajer kampung pasti kengkawan rumah sewa dapat
makan burung puyuh dan burung merpati yang ayah bela. Ayah akan sembelih dan
siang dan bersihkan elok-elok lepas tu bawa balik KL untuk dimasak… memang time
tu puas betul makan burung puyuh dan burung merpati. Sempatlah kami merasa
puyuh dan merpati masak kicap, goreng kunyit dan macam-macam masakan lagi.
Sekarang ni ayah dah bela itik dan
ayam kampung pulak..dari beberapa ekor itik ajer dah membiak jadi banyak. Itik
tu pun bertelur tak berhenti…ayah dan mak pun dah tak lalu nak makan terlur
itik. Finally ayah buat telur masin…saper jer anak-anak yang balik mesti ayah
bagi bawa balik telur masin sebagai buah tangan.
Baru-baru ni pun masa acik Reen
dan Hubby balik ada seekor ibu itik tengah mengeram 24 biji telur…cuba
bayangkan…kalau semua menetas… meriah lagi lah anak-anak itik ayah dan penuhlah
reban ayah. Mesti best tengok anak-anak itik berenang dalam kolam yang ayah
buat kat tepi reban itik tu…
Sebelah kolam itik ayah juga bela
ikan keli…pun kerana suka-suka…ayah tak makan pun ikan keli tapi dek kerana
anak menantu dan cucu-cunya suka makan ikan keli…so ayah pun start la membela
ikan keli…itu pun sekadar suka-suka. Masa kenduri kahwin adik acik Reen bulan
Disember 2013 ari tu pun masa kenduri tahlil waktu malam kita masak ikan keli
sambal pedas. Bila dipotong-potong ikan keli tu dapat sampai 130 ketul.. Ikan
keli yang ayah bela memang besar…Malam tu menunya gulai pisan, ikan keli sambal
pedas, kacang goring hati dan pedal, sambal belacan dan ulaman..
Semua yang datang untuk kenduri
tahlil malam tu cakap memang sedap….lauk pun habis malam tu..mungkin sedap
sangat penangan lauk kampung…
Jom tengok apa yang ayah tanam…ini
baru sebahagian…ada pisang, pokok kelapa, pokok limau kasturi, pokok serai,
lengkuas, pandan, daun selom, daun kesom, kangkung dan macam-macam lagi…
Nanti kalau sempat acik Reen snap
foto lain ye… kita masuk part 2 ok…
No comments:
Post a Comment