Thursday, March 20, 2014

Ros Jepun Menguntum Lagi Di Tengah Rembang Panas Lit... Lit...

                                                           RJ Bicolor Putih dan Pink

Hi… hi…acik Reen bersiaran lagi…

Memang cheewii…bak kata orang Kedah..Yelah…asyik-asyik dengan Rose Jepun ajer sekarang nie…Ros Jepun..Ros Jepun..Nak tambah koleksi Ros Jepun…ha…ha…

Sebenarnya bukan cheewii..tapi happy bila tengok Ros Jepun yang acik Reen tanam dah start berbunga. Ros Jepun yang beli ngan Kak Rohani Kamis pun dah mula menguntum walaupun tak banyak…Iyalah..namapun baru tanam, akan ambik masa sikit untuk membesar dan berbunga. Kalau dah besar…penuhla bedding RJ tu nanti…tak sabar rasanya menuggu saat tu…

Ahad lepas…acik Reen terbeli lagi 3 pasu Ros Jepun selapis pulak kat Lee Nursery sebelah Mengkuang Damn masa gi makan bihun sup kat tepi nursery tu……dapat rembat RJ warna Pink, Oren dan RJ Bicolor campuran Pink dan Putih…Hubby pun dah tak boleh cakap apa..layan ajerla isterinya nie…

Dalam misi mencari RJ ni…en. Hubby pun dah terheret sekali…pantang nampak nursery…pasti acik Reen minta suruh singgah…nak skodeng Ros Jepun..nak tengok2 kot2 ada stok ros jepun yang acik Reen tak ader…

Pokok Ros Jepun yang Acik Reen beli ari tu dalam proses nak letak baja…lepas ni mestilah lagi bloom..bloom..meriah RJ ditepi laman.  Semasa tanam RJ ari tu pun acik Reen dah campurkan baja organik ‘tayam’ (taik ayam) so…daun RJ yang kluar pun memang menghijau…

Apapun..acik Reen sangat happy dengan bebunga RJ ari ni yang menguntum nie walaupun acik Reen cuma dapat nikmati keindahannya 2 hari jer dalam seminggu…hu..hu..

Yelah…masa kita kluar gi kerja dia tak kembang lagi…bila dah balik dia dah tutup…ha..ha…x per la…seminggu 2 hari pun dah berbaloi-baloi…nak buat camno kan….


Sekarang ni misi diteruskan dengan memburu Ros Jepun Jambul dan Ros Jepun Hibrid pulak…



RJ Berlapis Putih dan RJ Berlapis Merah Terang

RJ Bicolor Pink dan Pink

RJ Selapis Oren dan RJ Pink

Raj Bicolor Pink dan Putih

RJ Berlapis Pink Terang

RJ Selapis Oren

2 comments:

Unknown said...

berseri2 laman bila semua bunga berkembang mekar..

Wan Azreen Ariff said...

Memang betul tu Kak Nah..
Rasa happy aje...bila tengok-tengok bunga berkembangan...Berwarna warni lagi...

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...