Anak-anak Adenium di dalam pasu
Ini baby adenium aka kemboja cina yang baru tumbuh…sangat comel dan cutekan.
Benihnya kawan ofis acik Reen yang
bagi…ini jenis warna pink yang banyak ditanam oleh kebanyakan peminat kemboja
cina.
Benih adenium ni sangat halus
jer..ringan…boleh terbang merata-rata..Bentuk biji benihnya macam tanduk.
Selepas masak, biji benih akan pecah dan keluarlah biji-biji benih berbulu
halus. Selalunya biji benih ini akan dikutip dan boleh disemai dan hasilkan
anak pokok adenium yang baru.
Nak tanam pun mudah saja.. kalau
ikut apa yang acik Reen buat. Selalunya acik Reen akan guna tanak biasa yang
memang guna untuk tanam pokok. Tanah organik 6 in 1 yang beli dari nursery
bunga.
Masukkan tanah dalam pasu semaian,
spray air sampai basah kemudian tabur biji benih. Yang ni sebab benihnya ringan
jadi acik Reen timbus sikit tanah supaya benihnya tak terbang.. Untuk siram septiap
hari acik Reen cuma guna spray ajer. Jangan siram gunakan paip air kerana
siraman air yang kuat boleh buatkan benihnya terbang kluar…karang tunggu-tunggu
benihnya tak tumbuh tapi yang sebenarnya benih dia dah terbang ke mana
entahlah.
Lepas dah besar sikit bolehlah
acik Reen transfer ke pasu yang lebih besar supaya dia dapat hidup bagaikan
juara.
No comments:
Post a Comment